Bercuti di Bukit Gambang Resort City
As salam ini adalah entry tertangguh selepas beberapa ketika balik bercuti mingguan ke Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang Darul Makmur. Kenapa pilih Gambang sebab ada Safari. Then dah tahu bila berjalan ke safari atau zoo mesti akan libatkan penggunaan tenaga yang banyak. Sebab nak layan Ikhwan Hafeez yang tengah membesar perlukan ketenangan dan kawalan yang tinggi. Keselamatan, kebersihan, ketenangan jiwa keluarga yang bercuti. Oh banyaknya tanggungjawab seorang ibu.Kenapa pilih Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang Darul Makmur?
Dari segi kos, Jarak yang bolehla
dikatakan dekat. Kl ke Gambang. Dengan minyak dan tol. Agak berbaloi jika
difikirkan bila check in pagi sabtu dan balik petang ahad.
Studio suite ni dia bagi bilik
ala apartment yang ada dua katil queen size, peti ais mini, tv, and bilik air
yang ada macam gambar aku ambil dari website Bukit Gambang Resort City
Untuk urusan sebelum bercuti
untuk check availability dengan pihak hotel feedback yang diterima amatlah
pantas, tepat dan jitu. So after confirm bilik dengan hotel dan available terus
beli pakej groupon. Sampai lunch dulu dekat kedai depan hotel then baru check
in. Alhamdulillah dapat masuk awal sikit. Masa check in staff dia advice pergi
safari dulu since masih sempat masuk safari siang punya. Untuk kesenangan sila
ambil dan baca template waktu operasi safari dan waterpark. So rancang dengan
bijak.
Kami pergi safari siang nya
tengok semua haiwan yang memang nampak kat tv naik tramp. Cute tramp dia. Nak cerita
semua binatang yang ada memang tak dapat digambarkan keseronokkan. Harus pergi.
Kami sekeluarga pencinta binatang so amatlah enjoy. Apa yang tak bagus ialah tramp
ni sangatlah lasak keadaannya. Amat tak sesuai bawak baby.
Pendek kata setahun kebawah tidak digalakkan sebab keadaaan muka bumi akan terhentak-hentak. Bayangkan masa pergi satu tramp dengan kami ialah baby yang tak sampai setahun dan masa balik kebetulan jumpa warga emas menaiki kerusi roda. Dengan keadaan persekitaran dan kemudahan yang kurang baby and warga emas friendly ni kena fikir banyak kali.
Pendek kata setahun kebawah tidak digalakkan sebab keadaaan muka bumi akan terhentak-hentak. Bayangkan masa pergi satu tramp dengan kami ialah baby yang tak sampai setahun dan masa balik kebetulan jumpa warga emas menaiki kerusi roda. Dengan keadaan persekitaran dan kemudahan yang kurang baby and warga emas friendly ni kena fikir banyak kali.
Ok safari ni ada siang and malam.
So at 6, dah start night safari. Pendekkan cerita aku sempat tengok elephant
feeding sambal makan kat cafeteria, pastu tengok white tiger and binatang lain
kat wild nursery. Pastu sambung tarzan show at 8pm then continue lagi show
orang main api. Memang terbaik. Even tak larat tapi masih ada hati aku nak
jalan-jalan sekeliling lagi. Memikirkan mak yang semakin berusia kami balik ke
bilik.
Esok pagi breakfast yang not bad
then terus pergi waterpark. Kami check out terus sebab nak berlamaan didalam
waterpark. Tengahari at 1.00 berjaya keluar lepas layan karenah ikhwan nak
mandi. Singgah hantar mak ke kampung dan berehat sekejap sebelum teruskan
perjalanan balik KL. Indahnya dunia
Btw banyak lagi gambar tapi guna hp gambar macam tak best nak upload. So sila pergi baru rasai kegembiraan ini.
![]() |
tarzan show waktu malam |
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.