A’Famosa Resort Tempat Percutian Keluarga

Rodiah Amir
0

Pernah tak anda alami, teringin nak bawa seisi keluarga bercuti tapi kekeringan idea tempat nak dituju? Nak berseronok tapi tak mahu travel terlalu jauh? 

Dengan masa yang pendek di hujung minggu tapi masih lagi nak berhibur, apa kata anda bawa anak-anak bercuti ke A’Famosa Resort yang terletak di Alor Gajah, Melaka. 

A’Famosa Resort Tempat Percutian Keluarga

Selain resort percutian keluarga, A’Famosa Resort Melaka memang terkenal dengan sukan Golf. Dengan keluasan padang Golf seluas 17 ekar dan dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. 

A’Famosa Resort amat terkenal dengan tiga tarikan taman tema utama nya iaitu: Safari Wonderland, Water Theme Park dan juga Old West (Cowboy Town). 

Ia juga merupakan destinasi ideal untuk bercuti kerana jarak yang dekat bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan juga Singapura. 


Pintu masuk A’Famosa Resort Melaka


A’Famosa Water Theme Park


Kalau nak tahu A Famosa Water Theme Park ini merupakan taman tema air terbesar di Malaysia. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 11.00 pagi sehingga 7.00 petang. 

Pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah pula, ianya dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang. Terdapat 11 tarikan yang perlu dicuba dan sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak iaitu:



1. Arabian Village - Kawasan kolam permainan air untuk kanak-kanak yang dilengkapi gelungsur bertemakan Perkampungan Arabian. 

2. Kid Adventure Play Pool – Kawasan kolam permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak yang dilengkapi gelungsur mini, gelungsur air dan air pancuran.

3. Sandy Beach – kawasan pasir putih seakan-akan berada di persisiran pantai

4. Family Raft Ride – Gelungsur khas untuk seisi keluarga yang dinaiki oleh empat orang satu pelampung dan menyusuri tiub yang besar dan menggelongsor laju.

5. Wave Pool – Kawasan kolam permainan air untuk orang dewasa yang berombak agak besar dan merupakan pentas utama tempat berlangsungnya persembahan. 

6. Lazy River – Anda boleh menikmati pengalaman menyeronokkan apabila terapung dan menyelusuri taman tema dengan pelampung. 

7. Big Ice Cream - Salah satu tarikan utama di Taman tema ini kerana gelungsur ini merupakan gelungsur tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, diameter diameter terluas 18.3 meter dan panjang keseluruhan Ice Cream adalah betul-betul 108 meter. Berat pengunjung mestilah di bawah 85kg jika ingin merasai keseronakkan Big Ice Cream. 

8. Wahaha – Rasakan pengalaman gelombang air deras seakan-akan efek tsunami menggunakan pelampung. 

9. Hula Hula – Nak rasa ‘adrenaline rush’? cubalah gelungsur ni. 

10. Inner Tube Slide – Gelungsur panjang yang tertutup dan siapa yang takutkan tempat sempit memang akan cuak sehinggalah sampai ke penghujung. 

11. High Speed Slides – anda kena meluncur dari gelunsur di ketinggat 7 tingkat. Kalau berani kena cuba. 

12. Body Slides – gelungsur yang perlu dicuba untuk mereka yang sukakan cabaran 


Harga Tiket A’Famosa Water Theme Park
Dewasa: Weekday (RM49) | Weekend (RM53)
Kanak-kanak: Weekday (RM43) | Weekend (RM49)


Tempat lepak Melaka

Safari Wonderland

Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kalau ke sini anda kena cuba Safari Truck Ride yang mana anda akan dibawa menaiki trak untuk melihat haiwan liar seperti harimau, singa, zirafah dan lain-lain. 

Jangan ketinggalan untuk menonton empat persembahan yang diadakan khas untuk pengunjung iaitu;

Elephant Encounter – Persembahan dari si gajah (10:15 pagi & 4.30 petang)
Multi Animal Fun Play – Persembahan aneka binatang (11:20 pagi & 3.00 petang)
Color of the Bird – Persembahan dari burung seperti kakak tua, helang dan gagak (12.00 Tengahari & 3.45 petang)
Pertunjukan Wild Wild West (2.15 petang)

Lapan tarikan yang ada di A'Famosa Safari Wonderland adalah: 

1. Elephant Encounter
2. Multi Animal Fun Play
3. Color of the Bird 
4. Wild Wild West
5. Tiger Encounter
6. Crocodile Alive
7. Animal Rides
8. Walk-Thru Area 
9. Orang Utan of Borneo
10. Monkey Island
11. Farm House
12. Safari Adventure Truck Ride 

Harga Tiket A’Famosa Safari Wonderland
Dewasa: Weekday (RM61) | Weekend (RM66)
Kanak-kanak: Weekday (RM49) | Weekend (RM53)




A Famosa Old West

Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 6.00 petang sehingga pukul 12.00 tengah malam. Old West adalah kawasan yang di inspirasikan dari perkampungan Cowboy dan antara yang menarik adalah: 

1. Red Indian Show – waktu tayangan pada pukul 8.30 malam
2. Fireworks – waktu tayangan pada pukul 10.00 malam 
3. Carnival– waktu tayangan pada pukul 9.15 malam 
4. Fun Fair 
5. 4D Theatre 


Selain daripada tarikan taman tema, A’Famosa Resort Melaka juga menyediakan pelbagai jenis sukan dan rekreasi yang boleh dicuba untuk seisi keluarga dan berkumpulan. 

Memang sesuai sangat kalau nak buat team building, AGM, atau seminar dekat sini. Kemudahan seperti kantin, classroom, dorm dan kawasan teambuilding turut disediakan. Antara aktiviti yang ditawarkan termasuklah:


1. A’Walk
2. Memanah
3. Target Shooting 
4. Go-Kart
5. Flying Fox
6. Paintball Wargame
7. Crimson River

Menginap di A’Famosa Resort

Jika bercuti ke A’Famosa, semestinya tak lengkap hari anda kalau tak menginap di sini. Terdapat empat jenis tempat penginapan yang boleh anda pilih bergantung kepada bajet dan keselesaan anda. 

1. Resort Hotel
2. Condo D’Savoy
3. Villa Private Pool
4. Villa Suites

Nak menginap dekat The Straits Hotel And Suites Melaka pun best. Nak stay hotel tengah bandar boleh cuba Hotel Estadia (Boutique Hotel)

Boleh tengok harga dan maklumat lain di laman website mereka di https://www.afamosa.com/ dan sekarang tengah ada promosi sempena Matta Fair Promo. Harga memang cun habis, rugi kalau tak grab. 

A’FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka(Malacca), Malaysia

Tel: +(60)6-552 0888

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)