Perlu ke Pantang Lepas Bersalin?

Rodiah Amir
0

Memulakan pantang di kampung selepas sehari di wad bersalin. Buka buku baru bila semuanya berubah dengan kehadiran orang baru. 

Orang kata bila bersalin anak kedua dan seterusnya, keadaan badan amatla teruk dan memerlukan penjagaan lebih rapi. Itu sebabnya masa pantang anak pertama kena jaga betul-betul. 

Rasa lemah dan sakit badan akan terasa bila anak kedua lahir.

Dan padanla muka aku merasa perkara yang aku takutkan. Bila anak kedua badan memang totally terbabas. Putus-putus urat habis. 

Perlu ke Pantang Lepas Bersalin?

So kena come back dengan urut, pantang yang betul dan supplement. So far agak insaf jugak berpantang kali ni.

Rezeki aku kali ni luka koyak tak besar. Luka kulit kecil sahaja dan tidak digunting. Kebiasaan anak pertama sahaja di gunting. 

Macam anak pertama susu badan aku memang meriah. Alhamdulillah. Cuma kali ni, hari kedua susu baru keluar. So anak minum susu formula semasa di wad.

credit gambar Kosmo online

Rutin Semasa Pantang


Rutin berpantang di kampung dan di kawal selia oleh ibu tercinta. Memang la strict dan kadang-kadang aku merayu nak minum air sirap. Adui. Dugaan berpantang musim panas. 

Alhamdulillah hari ke 12 hari ni semakin biasa dengan jadual:

Pagi: 

Terus kena bertungku, mandi sebelum pukul 9 dan berbengkung. Tungku kena seawal pagi tapi aku selalu lewat sebab kadang-kadang malam tidur terganggu so terlajak tidur. 
Dan setel kena cepat-cepat sarapan takut masuk angin badan.

Lunch: 

Makan tengahari seeloknya pukul 11/12 tengahari dan kalau tak boleh lewat dari pukul 1 petang. Pernah je aku lambat tapi aku alas perut dengan milo dan roti.

Petang by 4, dah kena standby tungku dan mandi. Sapu minyak dan berbengkung. Kalau anak pertama sebelum pakai bengkung aku kena letak pilis (kalau tak silap) tapi kali ni aku sapu minyak panas je. Bengkung pon lilit sendiri.

Malam seeloknya makan before 8pm. malam dah free so memang focus kepada anak. Waktu-waktu sengkang memang aku sibuk dengan anak, pam susu dll.

Masalah penyusuan kali ni macam biasa puting luka. Apa aku buat ialah aku letak minyak zaitun setiap masa. Selepas penyusuan dan bila aku ingat. Alhamdulillah. Membantu. 

Amalkan juga urutan untuk elak bengkak susu. 

Menu berpantang pun agak terhad. Mak risau jadi apa-apa so memang limited. Kalau air hadap air milo dan air suam jela. Rindu kat air manis yang lain.

Bersalin kali ni Peranakan aku macam lambat kecut dan tak masuk ke tempat yang sepatutnya. Aku pon perasan, sakit bila berjalan. Itu sebab aku malas bertungku dan tak pakai bengkung. 

Bila terlalu lasak dan kadang-kadang angkat baby dan meneran tu yang buat Peranakan beralih dan lambat kecut. 

Apa motivasi aku bila malas nak bertungku dan berbengkung ialah bila nurse klinik kesihatan yang datang melawat rumah untuk check keadaan aku. 

Cuak risau kena masuk wad semula terus disiplin nak buat semua dengan betul. Dulu serik nak berbengkung, bila rasa sedap badan kemas pakai bengkung baru la ikhlas nak pakai. Tidur pon pakai bengkung. Alhamdulillah.

Jadi nasihat aku ikut la pesanan orang-orang tua. Apa yang kena buat,  buat sahaja. Untuk kesihatan kita juga untuk jangka masa panjang. Makan jaga. 

Mak kata kesan dia bukan sekarang, tunggu kau nak menopause atau selepas menopause nanti.
Ok itu sahaja kali ni. Hal bersalin masih lagi cuak nak share. Nak recall semula rasa ngeri. Pandang muka anak lega je sebab semua dah lepas. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)