Review Doctor Zana Gombak Medical Centre - Pengalaman & Pakej Bersalin
As salam, very short update since ada request from reader yang nak tahu pengalaman bersalin dengan Dr Zana di Gombak Medical Centre. Hi Ieda, hopefully entry ni membantu since Ieda tak mentioned pon nak tahu part yang mana so I assume nak tahu bab admitted dan layanan semasa bersalin.
Alhamdulillah selamat
melahirkan anak kedua; seorang princess pada hari Jumaat penuh barakah seperti
yang aku idamkan. Tak ada la idam sangat tapi hati tergerak memang kata akan
bersalin on Friday. Detail lain aku cerita entry lain.
Pakej Bersalin & booking
Start jumpa Doc Zana since
kandungan 7bulan, bayaran deposit Rm1000 dibuat pada check up ketiga, bayaran selebihnya
adalah selepas selesai bersalin. Ada dalam 5kali appointment (kalau tak silap)
berjumpa dengan Doc sebelum bersalin. Ikut syarat sekurangnya 2 kali. Kos setiap
kali check up dari range Rm75- Rm120 (urine test, ctg, ultrasound &
consultation – berbeza setiap kali check up).
Walau waktu menunggu lebih
lama dari check-up di KK tapi oleh sebab factor layanan Doc Zana buat aku
selesa, selamat, dan mesra. Tolak tepi penat menunggu. Datang awal kalau nak
awal sebab ramai gila datang check up. Aku selalu amik hari sabtu.
Bayaran bersalin aku ialah Rm
2,236 dan disambut oleh Doc Zana. Kos cover - bilik Rm 1,800 untuk satu malam
termasuk breakfast, snack after deliver, dinner. Bayaran bersunat baby Rm70, ubat
cucuk tahan sakit Rm 100++, pampers memang banyak aku mintak so diaorg charge jugak
dan etc. kalau nak epidural dia charge Rm1, 000.
*kawan aku admitted pada
kandungan 36 minggu, then disambut oleh bidan kat GMC since doctor Zana tak
available masa tu. untuk dua hari di wad ialah Rm2,200. Doctor & Bidan
bayaran berbeza.
Bilik, Layanan, & kemudahan:
Aku admitted pada pukul 4.30
pagi dan sebelum tu aku dah call siap-siap doc Zana kata air ketuban dah pecah.
Bilik aku dapat nama Teratai, ada TV, attached bilik air, sofa untuk yang
menunggu, katil, locker, almari siap dengan sejadah dan kain sembahyang. Bilik semua
selesa. Ada bilik yang aku perasan tak attach dengan bilik air so kena berjalan
keluar la. Rezeki aku kat situ. Boleh bawak toto untuk tidur kat lantai bagi
siapa yang menunggu nak bersalin.
Layanan dari doc Zana superb,
mesra, ramah dan tak kedekut nak jawab semua soalan mengarut. Dia selalu baca
bismillah pastu ayat-ayat dia kelakar dan tak buat kita panic. Itu penting ye. Bonusnya,
Doc Zana seluk tak sakit. Ikut je cakap dia, in sha Allah ok. Layanan staff
nurse kat sana jugak bagus. Tekan loceng terus datang kecuali waktu memang ada
kes. Bilik lain memang banyak so jangan takut la sesak ke apa. Masa aku
bersalin memang tak putus orang keluar masuk.
Kemudahan Lain
Kemudahan lain macam parking
sangat ok untuk pelawat dll, kedai barangan baby Manjaku sangat dekat in case
barang-barang ada tak sempat beli, kedai mamak, runcit etc. waktu melawat start
9.30 pagi sampai 9.30 malam. Memang adik beradik aku berkampung masa petang
lepas aku bersalin tu. diaorang pun puji GMC.
Apa lagi nak share ye.
So far itu sahaja kot. apa aku
tulis adalah berdasarkan layanan yang aku terima, aku lihat dan rasai. Lain orang
lain pengalaman nya. Buat Ieda jangan risau, masa admitted akan ada staff nurse
explain pakej, charge, waktu melawat, waktu keluar etc. Dia akan bagitahu harga sebelum buat. Seeloknya suami ada
sekali untuk dengar.
Nanti jumpa aku share pulak
pengalaman bersalin anak kedua. Harap membantu.
Nice sharing sis.. semoga membantu pada mereka yang memerlukan info ini..
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.