Fakta kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Assalamualaikum.

Penuh di wall fb dan whatsapp semua menyebarkan berita tentang kebakaran sebuah Pusat Tahfiz  Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat yang telah mengorbankan lebih 20 nyawa.

Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang beriman. 

Perit untuk kita terima perit lagi ibu bapa dan keluarga yang terlibat. 

Semoga mereka semua diberi ketabahan menghadapi kehilangan menyedihkan.
Baca Selanjutnya

- Api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz berkenaan, antara 5.15 dan 5.20 pagi ketika para pelajar dan warden sedang tidur.

- Lebih 20 terkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal dalam kejadian ini.

 -Berdasarkan laporan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelan kedudukan pusat tahfiz itu belum lulus kerana tidak ikut spesifikasi keselamatan.

- Mereka dipercayai gagal keluar berikutan api sudah marah dan hanya satu pintu manakala semua gril tingkap pula dikunci.



Sumber:Harian Metro