Restaurant Decowboycafe Wangsa Maju

Rodiah Amir

Restaurant Decowboycafe Wangsa Maju

Dinner di restoren Decowboycafe yang baru sahaja dibuka di WangsaMaju Kuala Lumpur. Restoren ni betul-betul dekat dalam LHDN depan Balai Polis Seksyen Satu WangsaMaju ya. Restoren ni menyediakan makanan Western dan juga ikan bakar kalau ikut menu dia lah. 

Aku tak order Ikan bakar pun. Aku dan suami makan Lamb Chop, Ikhwan nak Mushroom Soup.

*Ni bukan paid review.

pemandangan pintu masuk. depan tu ada gerai burger dia

Review Restaurant Decowboycafe Wangsa Maju

Ambience – 3/5 kalau family dan 4/5 untuk orang bujang lepak.

Interior design – 5/5 terbaik kalau nak ambil kenangan. Meja dan kerusi selesa untuk duduk.
Price – 4/5 star. Harga munasabah dengan portion.

Food – 4/5 star. Sos lamb chop sedap tapi portion sedikit. Sebab harga hanya RM10++. Nampak pasangan Chinese makan so aku rasa memang sedap la makanan dia. aku kalau pergi kedai makan kalau ada berbilang bangsa makan kat kedai tu sah la kedai tu makanan sedap harga murah. Teori aku guna J

Sebelum balik tapau burger daging special. Pun sedap. Air biasa-biasa je.

Kalau sesiapa bosan nak makan kat mana boleh la cuba Restaurant ni ok tapi jangan expect perfectionist sebab Decowboy baru je beroperasi. Banyak lagi room for improvement. 

kedai ni banyak kucing tapi semua kucing behave. dapur pun open kitchen concept

harga yang murah
ada dua  tingkat. ada disediakan surau kecik
ada seksyen  untuk bergambar. aku pergi awal so orang tak ramai, bebas nak snap gambar

air mangga tu sedap,  ABC sirap Ikhwan kata tak berapa sedap. Lamb Chop satu helai je tu tak kenyang. 
Tags