Cara Membuat Agar-Agar Tembikai

by - September 15, 2017


Assalamualaikum.

Weekend lepas teringin punya pasal maka rajinkan diri buat agar-agar tembikai.
Dapat resepi kat Group MAHN, dan olah ikut cara sendiri.
Baca Selanjutnya
Bahan-Bahan

Buah Tembikai.
Jelly brand Nona - Perisa Laici / warna lutsinar
Buah-buahan - Mangga, Bluberry, Tembikai. (Ikut kesedapan tekak)
Air


Cara-cara:

- Keluarkan isi Tembikai untuk dijadikan bekas agar-agar. Hati-hati jangan sampai berlubang.

- Potong semua buah-buahan ikut bentuk yang di sukai. Potong buah size kecil supaya nanti potong jelly tak pecah.

- Masak jelly dengan 400ml air. Ikut arahan pada kotak agar-agar. Senang je. Tak perlu masukkan gula tambahan.

- Masukkan potongan buah ke dalam bekas tembikai tadi, dan curahkan jelly yang telah dimasak.
Biarkan sejuk dalam peti ais semalam.

Sedia dipotong dan dihidangkan.

hati-hati masa nak korek boleh akibat kan lubang. 

letak sikit dulu buah-buahan
then letak jelly separuh. 
Jelly macam tak cukup tapi kira ok la tuh. Kuantiti buah ikut ketamakkan masing-masing. 
Selamat mencuba!




You May Also Like

0 comments

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER