Live update dari Terengganu Darul Iman

by - September 21, 2017

Assalamualaikum.

Selamat malam semua. Gigih nak update jugak walau guna handphone sahaja.
Kak Diah bercuti di Negeri Pantai Timur ni.
Tak lama pun pergi Khamis balik Sabtu nanti.

Ya Allah jauhnya perjalanan ku rasa dengan perut memboyot dan dengan dua anak kecik.
Kali pertama berjalan jauh dengan askar kecik.
Now dua-dua dah berlayar. Penat sangat.

Konon pagi tadi nak bertolak awal. Itu angan-angan ya.
Setel kemas packing semua pukul 9.30 baru keluar rumah.
Berhenti beberapa kali untuk lunch dan solat.


Sampai hotel pukul 3.20 petang.
Pilihan kali ini adalah Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.

Kebas kaki dan nak tercabut pinggang.
Lepas check in, solat then keluar cari makanan.
Destinasi pertama adalah Pantai Teluk Ketapang.
Jalan-jalan dan dinner terus.

Tak begitu kena dengan apa yang dimpikan.
Waze bawa ke tempat agak kureng.

Rasanya kalau nak best kena stop berhampiran Scout Inn Resort.
Pantai tu cantik lepas tu ada buaian tergantung, dalam 5 buah camtu.
Nampak masa otw balik.
Then tepi jalan penuh orang meniaga makanan.

Malam niat nak singgah la Terengganu Waterfront tapi agak kecewa sebab tak ada apa-apa pun.
Singgah tangkap gambar je.
Then balik hotel.
Bandar Kuala Terengganu ni ok lampu terpasang meriah
Tapi pelik manusia tak ramai pun.
Ke manusia keluar lepas pukul 9malam akak tak tahu la.

Untuk esok harapnya hari kami akan lebih menarik.
Untuk detail hotel dan lain-lain aku cerita next entry ya.





You May Also Like

0 comments

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER