tak ada pulak gambar dari depan |
Assalamualaikum,
Alahai
penatnya hari Isnin yang sendu ni.
Walau
sendu kena gagahkan diri sebab minggu ni, minggu sibuk di office.
Nak
kena move to a new place. High involvement pulak tu lagi rasa malas aje.
Baru
balik bercuti dari Kuala Terengganu.
Masih
segar in Sha Allah ingat apa berlaku.
Pahit
dan manis nanti aku kongsi kan.
First
time juga anak demam panas mengejut masa bercuti dan ke klinik pagi buta.
Aku
mulakan entry ke Kuala Terengganu dengan tips pemilihan hotel Ke Kuala
Terengganu.
Sebab
aku sendiri tak jumpa entry yang betul-betul membantu bila buat itinerary.
Jadi
aku prepare entry ni khas untuk yang tak pernah jejak kaki ke Kuala Terengganu.
Aku
bertolak dari KL ke Kuala Terengganu pada 9.30pagi dan sampai di Hotel di
bandar KualaTerengganu pada pukul 3.40 petang. Tiga kali stop termasuk suami
lelapkan mata sekejap.
View dari dalam bilik |
Lokasi:
Hotel
aku pilih kali ni ialah di Tengah bandar. Sesuai untuk yang tidak kisah hiruk
pikuk, easy access untuk semua tempat, dan hotel sekadar tempat tidur bukan
berehat.
Rate:
Kalau
compare harga/malam rasanya tak banyak beza. Harga aku compare termasuk
breakfast.
Room with
breakfast:
Kalau
nak selamat lebih baik ambil yang ada breakfast kecuali dah pernah datang or
ada tour guide tunjuk tempat makan. Untuk aku yang ada anak kecik aku nak less hassle.
Nak lepak lama-lama pun ok. sejuk.
Tarikh:
Sila elak
tarikh cuti umum yang berunsur keagamaan/hari Jumaat. Aku pergi masa cuti Awal
Muharram dan memang hari Jumaat. Dekat Kuala Terengganu, Jumaat hari
malas/tutup mereka.
*Aku survey secara Online di Trivago, Traveloka, Agoda termasuk baca review pengguna.
*kenapa
aku pilih Grand Continental adalah sebab itu yang available dan aku memang nak
pilih tengah bandar.
*bila
dah sampai Terengganu aku tertarik dengan Hotel Seri Malaysia based on location
dan hotel nampak masih baru. Next time boleh cuba.
*jarak
hotel tengah town dengan tempat menarik kena pergi tak jauh pun, Cuma kalau
hujan dan jem memang menangis jugak la.
* Harga bilik RM390 untuk tiga hari dua malam + breakfast. Bilik no 818. Check in pada 21 sept dan check out pada 23 Sept 2017.
Bawah
ni adalah list hotel yang aku survey dan aku rasa munasabah nak stay; end up
aku pilih Hotel Grand Continental. Satisfaction 3/5 star sahaja.
Primula
Beach resort
|
Depan laut.
Harga boleh tahan.
Fully booked.
|
Sutra
beach resort
|
Depan laut, harga ok, bilik
ok.
Fully booked.
|
Resort World Kijal
|
Review ok.
|
Felda Residence
|
Tengah town dan betul-betul
menghadap laut.
Fully booked.
|
Grand Continental
|
Tiada lift dari parking ke lobby.
Sarapan ok.
Perabot lama, tapi masih
boleh diterima akal.
Tandas ok.
Parking sangat bermasalah. Limited.
|
Kenapa frust dengan Hotel Grand Continental?
* Parking memang limited dan kalau full dia suggest parking padang yang banyak semak kat sebelah hotel dia. Agak menakutkan.
* Oleh sebab dah tak ada parking so terpaksa park di sebelah jalan berhadapan hotel. Park pada pukul 4.45pagi dan disaman sebelum pukul 9.00pagi.
* Staff kurang tahu kawasan sekitar dan lokasi Klinik 24jam. Sepatutnya dia patut recommend instead of saying tak ada klinik 24jam.
* Kebetulan ada event "Larian Jambatan" yang diadakan pada pukul 2.00pagi dan habis pada pukul 4.00pagi. Semua laluan tengah bandar, masuk ke hotel di TUTUP. Kecewa dengan tindakan penganjur dan Pihak Polis dengan response mereka. Memang mati akal bila tak tahu mana nak tuju dengan anak demam panas.
* Masa check in katil banyak rambut terus call housekeeping minta tukar bedsheet.
* Pool ditutup sebab sehari malam sebelum tu ada Monsun dan habis kaca masuk ke dalam pool.
![]() |
Toilet even kecik tapi bersih. Basic facility pon ada. |
![]() |
Ruang selesa untuk anak dua |
![]() |
Pool banyak kaca.
So far itu sahaja point aku boleh share untuk pemilihan hotel. Keselesaan penting sebab bila keluar balik hotel kita nak berehat dengan sejahtera.
Kena situasi spoiled mood memang rosak la cuti korang.
Good luck.
|