Pengalaman Kaki Bengkak Semasa Hamil, Edema

Rodiah Amir

Ramai wanita hamil mengalami masalah kaki dan betis bengkak semasa hamil dan semestinya aku tak terkecuali. 

Elok je kandungan mencecah 6 bulan, betis dan kaki aku mula bengkak. Perasaan sangat tidak selesa sebab kaki terasa kebas dan keras. Bila picit bahagian betis kulit jadi tegang sangat.

Semenjak mengandung selera makan aku sangat lah teruk. Memang asyik lapar je perut. Menggunakan alasan makan untuk dua orang aku makan tanpa rasa bersalah. 

Kaki Bengkak Semasa Hamil, Edema

Pagi tadi masa tengok muka dekat cermin perasan pipi kembang semacam.




Memang serius kembang setaman. Mana tidaknya, setiap pagi aku akan makna nasi lemak atau bihun dan tiga biji kuih manis. 

Tengahari aku akan makan nasi berlauk dan petang aku akan minum petang iaitu pisang goreng. Ohoi seram bila fikir.

Masa tu aku fikir, kaki aku bengkang disebabkan tabiat makan aku yang macam naga tu. Kelakar ok. Rupa-rupanya Edema atau kaki bengkak ni adalah NORMAL disebabkan perubahan hormone dan fisiologi tubuh. Ini hasil pembacaan aku dalam carian Google.

Ibu mengandung akan mengalami fasa tubuh menyimpan 50% lebih banyak cecair tubuh dan darah untuk keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan.


Bayi dan rahim semakin membesar, berat badan juga akan naik. So badan kena tampung pertambahan berat badan dan jadi beban kepada kaki. 


Pertambahan berat badan memberi tekanan secara perlahan kepada anggota kaki yang berfungsi menampung jisim tubuh. Keadaan ini turut menyebabkan tekanan dipindahkan kepada sistem peredaran darah yang membawa darah dari bahagian kaki kembali ke jantung.

Tekanan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan memaksa ia tertumpu dan terkumpul di bahagian kaki dan pergelangan kaki.

Jadi janganlah risau sangat tapi tak boleh ambil mudah sebab kalau kronik sangat boleh lead kepada penyakit lain pulak. Seeloknya berjumpa dengan doktor dan minta nasihat ok.

 Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil


Aku sertakan tips cara atasi kaki bengkak yang aku amalkan seperti dibawah:

  1. Elak duduk atau berdiri terlalu lama. Macam aku kerja di pejabat yang memang 100% hanya duduk memang perlu berjalan selang setiap jam.
  2. Bila kaki bengkak maksudnya badan perlu sedikit senaman. Aktiviti seperti berjalan kaki dan berenang antara senaman yang sesuai untuk ibu mengandung. Tapi dalam kadar sederhana.
  3. Minum banyak air masak bukan air manis.
  4. Baring dan mengiring ke sebelah kanan.
  5. Tinggi kan kedudukkan kaki semasa tidur. Lapik kaki dengan bantal.
  6. Pilih kasut yang selesa dan stokin yang sesuai.


Itu saja yang dapat aku kongsikan, aku doakan yang bengkak kaki dapat tahan dugaan sepanjang mengandung ni. In sha Allah aku akan tanya nurse masa appointment akan datang. Untuk korang selamat menjaga diri ya.

Tags