3 Restoran Ikan Celup Tepung Terbaik Kuala Terengganu

Rodiah Amir

Antara perkara penting kalau dah berjalan ke Kuala Terengganu memang tak sah kalau tak makan seafood Celup Tepung. 

Kenapa aku type Seafod sebab aku lagi terliur nak makan ketam dan udang celup tepung. 

Sedikit hint kalau nak google/waze kedai best kena taip Ikan Celup Tepung sebab kedai kat sana semua letak nama Ikan Celup Tepung.  Cuma ada penambahan nama kat belakang aje.


3 Restoran Ikan Celup Tepung Terbaik Kuala Terengganu

Untuk trip aku ke Terengganu baru-baru ni, antara kedai yang memang aku tengok depan mata ramai orang. 

So far aku dapat shortlisted kan 3 Warung yang korang boleh cuba dan terkenal dengan menu celup tepung mereka. 

Sepanjang kami di Terengganu, kami menginap di  Hotel Grand Continental Terengganu


Restoran Ikan Celup Tepung Terbaik


1. Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong
(A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia)

Aku hanya lalu pada pukul 5 petang tapi barisan beratur panjang macam ada jualan murah. Terus geleng kepala tak sanggup. Kebetulan masa tu hujan rintik tapi orang gigih tak berganjak. 

Pukul 6.30 petang pun masih macam tu juga lagi. Yang kurang best warung ni meja dan kerusi betul-betul uzur, memang kampung style la. Kalau tak kisah hadap jela.


2. Warung Adik Beradik (Sri Kolam)
(Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia)

sedap makan

Betul-betul 3 langkah selepas Warung Pok Nong ni. Kami cuba makan kat sini. Factor utama nak makan kat sini sebab warung dia betul-betul hadap pantai. Sayang hujan je masa tu tak sempat main-main kat pantai.

Rugi sangat kalau datang Terengganu tapi tak pergi pantai atau pulau dekat sana. 




Walaupun beratur panjang tapi masih gigih la nak mencuba juga. Beratur nak pilih dan beli adalah 45minit. Berdiri tunggu meja kosong saja 15minit.





Harga aku makan masa hari tu RM 75. 2 ekor Ketam Besar, 3 cucuk udang (12 ekor), dan 4 ekor sotong besar. Harga ikut size binatang korang ambil. Bagi aku berbaloi sebab fresh dan sedap. 

Ada dua jenis sos, satu masam dan pedas dan manis. Aku prefer sos masam sebab dia potong bau hanyir seafood. Overall puas hati.





3. Ikan Ikan Celup Tepung / Pantai Teluk Ketapang

Yang ni betul-betul dekat dengan Airport Kuala Terengganu dan Pantai Teluk Ketapang. Lalu kedai dia proper dan bersih. Penuh tapi tak perlu beratur. Kerusi meja pun nampak la cantik lagi.

Dinasihatkan pergi la jalan-jalan dulu tengok warung kalau nak mencuba, pastu datang awal. Nanti kalau tak memenuhi standard di hati kecewa juga. 

Kesimpulan

Untuk korang yang memang dah niat nak buat food hunting Ikan Celup Tepung boleh lah pergi restoran yang aku cadangkan dekat atas ni. 

Seeloknya baca lah review, pilih musim yang sesuai dan lapang dada kalau mencuba. Tidak la kecewa sangat kalau tak sedap atau tak dapat makan. Selamat bercuti.