Braxton Hicks Ketika Mengandung

Assalamualaikum.

Since minggu ke 32 lagi usia kandungan Braxton Hicks dan start menyerang. Selalu malam around 8pm sampai sejam baru hilang sakit tu. 

Mula-mula cuak la sebab takut nak bersalin tapi tak kan awal sangat kan? Bila baca kat Baby Bump Apps baru la sedar dia kata Braxton Hicks akan menyerang bila masuk 33 minggu ke atas. Bahasa pasar orang cakap amaran palsu nak bersalin.

Ok apa itu Braxton Hicks?


Berlaku bila otot uterus (rahim) anda mengecut dan mengeras dalam masa yang sama. Acah-acah nak melahirkan anak. Sepatutnya sakit ni dalam setengah minit dan berlaku dua ke tiga kali dalam masa sejam.

Tujuan Braxton Hicks?

Kalau ikut pembacaan di BabyCentre, https://www.babycenter.com.my/a1044757/kontraksi-braxton-hicks Braxton Hicks ni adalah cara Uterus melatih otot-otot yang terlibat supaya bersedia bila tiba waktu sebenar bersalin nanti.

Jadi sebagai ibu anda jangan panik dan keliru dengan amaran palsu ni ya: 

Jom kenali Kontraksi Braxton Hicks:

- biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.

Kontraksi yang sebenar:
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.


Dan pesanan yang sama berulang-ulang nurse akan ingatkan kalau ada tanda-tanda sakit tak kira berapa minggu terus jela ke hospital. Takut kelahiran pramatang. Buku pink jangan lupa bawa. Tanda macam:

- lelehan yang melekit dan berdarah; atau
- sakit pinggang atau kekejangan, atau kedua-duanya sekali.

Kalau selepas 37 minggu anda perlu juga jumpa doctor bila:

- pergerakan bayi anda sudah mengurang;
- pecah air ketuban
- atau mengalami sebarang pendarahan.