Kisah Pemandu Uber - Lain Orang Lain Dugaan


Assalamualaikum,

Kisahnya balik dari check up di minggu 35 dengan KK dan pesan Uber, kebetulan memang rezeki dapat driver perempuan. (Jumaat, 22Dec2017)

Dari raut wajah dan perbualan rasanya kami sebaya dan dia ibu ber anak satu. Sambil berborak sambil bercerita tentang anak dia. Kuat ujian Allah berikan pada dia dan keluarga. 

Masa mengandung semuanya baik belaka. Tiba saat bersalin semasa check up doctor terpecahkan air ketuban ketika mahu check bukaan. Masa tu bukaan baru menghampiri 3cm. Semakin kerap rasa contraction semakin lemah jantung baby. 

Oleh sebab jantung anak semakin slow terus ditolak ke bilik pembedahan. Bius separuh badan tapi lambat bius hendak berfungsi jadi masih terasa sakit terkena pisau.

Jadi doctor ambil keputusan untuk bius satu badan. Anak selamat tapi ibu tidak sedarkan diri. Ambil masa lama dari biasa untuk sedarkan diri semula. Masa ni doktor dah sahkan peluang 50-50. Panjang umurnya Alhamdulillah sihat walafiat.

Ujian kedua bermula selepas anak mencecah masuk 3bulan. Anak di sahkan ada kecacatan retina (tak sure nama tepatnya) Kalau orang normal akan ada satu anak mata kecil (hitam) maaf tak tahu istilah, tapi anak dia istimewa bulatan tak terbentuk sepenuhnya. Anak mata inilah yang mengawal jumlah cahaya yang masuk kedalam mata.

Bila ada kecacatan begini, anak dia tak boleh terdedah kepada sebarang cahaya. Tidak boleh terdedah walaupun kepada cahaya lampu. Doktor kata anak nya masih boleh melihat dan tidak buta. Kes dia sekeluarga dikaji.

Kena pakai spek mata hitam atau pakai lens bila menginjak dewasa. Ada juga kebarangkalian anak nya akan menjadi buta. Doktor masih mengkaji punca-punca dan cara merawatinya.

Ini kes pertama di Malaysia dan even di dunia. Itu kata Anis. Aku hanya mampu beri kata-kata semangat. Sesungguhnya dia sekeluarga amat tabah.

Puncanya kenapa dia bercerita apabila Aku terlanjur bertanya beramah mesra tentang anak kedua; katanya memang teringin tapi takut nasib anak kedua akan sama nasibnya dengan anak pertama.

Mereka suami isteri tiada masalah kesihatan cuma doktor kata kecacatan berlaku semasa di peringkat penghasilan telur. Secara saintifik aku tak dapat nak explain panjang. Tapi aku dapat bayangkan bila belajar pasal kromosom di tingkatan 4/5.

Anis dan suami mengharapkan agar andai anak kedua normal, dapatlah dia menjaga abangnya.

Sedih kan? Kita rasa kita sudah banyak di uji, sudah paling teruk. Tapi masih banyak lagi orang di luar sana yang di uji jiwa dan raga.


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia yang terdapat di langit dan di bumi.

4 comments:

  1. Allah.. semoga beliau tabah melalui ujian Allah,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah sama2 kita doakan. Tq sudi singgah

      Delete
  2. Sedihnya...Allah uji kerana DIA tahu kita kuat utk mnghadapinya...Semoga suatu hari nanti anak itu akan mengembirakan dia & keluarga...Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan? Selalu fikir kita dah paling di uji rupanya ada yang lagi kuat ujian dia.

      Delete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.