Makan di NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Dec 29, 2017

Makan di NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes

Assalamualaikum,

Last Monday jalan-jalan ke Melawati Mall habiskan masa cuti sebelum Ikhwan ke sekolah. 
Saja nak ajak cuci mata sebab cuti kali ni tak pergi kemana pun. 

Kali kedua menjejakkan kaki ke Mall ni dan kali pertama cuba makanan-makanan baru. Kami cuba NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes. Dan kami tak menyesal. Ok dekat sini ada pilihan nak makan set single atau combo. 

Kami tertarik nak makan set combo dan rasanya lebih jimat. Kalau masing-masing ambil set single confirm akan ada pembaziran . Jom tengok apa yang kami order. Sebelum tu sempat snap dua gambar dalam restaurant. Tempat ni sesuai untuk family and reunion. Ramai family besar dan kawan-kawan reunion masa kami makan dalam ni. 



Masa ni ada offer Meaty Extreme Combo. Sah-sah la kami peminat meat akan order yang ni. Boleh pilih dua side dish (kami order pumpkin rice, corn cob) dapat spicy soup lala kot nama dia. Sedap semuanya. Ikhwan pun makan bertambah. Then dapat dua air. Dalam gambar nampak kecik, bila sampai ke meja agak terperanjat tengok size dia. 


Ha yang ni la apa kami order. Berbaloi nak cuba ok. Jagung and sayur semua fresh. Dimasak sempurna takl over cook. Meatball tu paling tak sangka dia macam besar dari bola golf dan rasa dia tak muak. 5 bintang untuk dish ni. Tak ada cacat cela for me.

Oh dalam tu ada chicken, meat, and lamb.


Ha pakai tangan lagi senang kan nak? hahahhaha Ikhwan tanya tak ada spoon ke mama? Mama senyum jela. Kalau nak pergi Restaurant ni aku lupa tingkat berapa tapi dia sebelah Restaurant BabaNyonya dan depan Tiger Lily (Restaurant Thailand).

Ok peminat western food kena try NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes ok. Aku buat free review je ni sebab memang suka makan pon. Next nak makan after berpantang in sha Allah burger dan milkshake dia. 

Oh tak sabar. Bye. Maaf buat anda terliur. 

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.