Stress Dan Luahan Cancer Fighter

Rodiah Amir

Kak Diah nak kongsikan luahan hati dan tulisan dari salah seorang pesakit kanser dan masih berjuang untuk sembuh. 

Apa yang buat Kak Diah tersentuh dan berfikir panjang adalah antara penyumbang besar wanita kini mudah di serang kanser adalah disebabkan faktor  tekanan bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. 

Stress memang memberi kesan yang teruk kepada kesihatan. Tak kisah lelaki atau perempuan, dan juga tak kira apa jua jenis pekerjaan. 

Suri rumah macam akak pun tak terlepas dari stress. stress bila gagal nak uruskan waktu nak berikan yang terbaik untuk keluarga.


Stress Dan Luahan Cancer Fighter 

Bagi pendapat akak punca stress ni berbeza setiap orang. Ada yang rasa puncanya kecil je tapi besar bagi orang lain. 

Macam akak, bila anak tak mahu makan breakfast akak bekalkan pun akak dah murung. So kena cepat-cepat berfikiran positif. Kalau tak memang bahaya. Boleh sakit kepala.


pejuang cancer


Luahan Pesakit Cancer 

Jom baca luahan #LindaMohdNor #cancerfighter yang sedang berjuang kat luar sana. Jom dokan juga untuk semua supaya kuat dan sembuh menjalani kehidupan macam orang biasa. 


“Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati. 

Perhatikan angka-angka ini:
S - 33 tahun - kanser payudara
M - 32 tahun - kanser payudara
M - 35 tahun - kanser servik
E - 33 tahun - kanser kelenjar
Z - 44 tahun - kanser hati & servik
M - 40 tahun - kanser payudara & tulang


Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat - mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang,  mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. 

Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. 

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak.
Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus. 

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. 
Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak.

Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh. 

Stress adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!
Terima kasih Dr zubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda. 


#PRIDE #LindaMohdNor
#cancerfighter

Cara menghilangkan Stress:

Ini apa akak selalu buat kalau dilanda stress. 
  1. Makan - Makan makanan yang membantu menaikkan mood macam coklat dan manisan tapi dalam kuantiti yang dibolehkan. 
  2. Memasak - Proses memasak dan menyediakan makanan kepada keluarga adalah salah satu terapi paling berkesan untuk akak. Kejayaan menyediakan makanan yang sedap boleh bantu akak kurangkan tekanan. 
  3. Membaca Tafsir Al Quran dan buku - Baca tafsiran Alquran dan Cari komik yang kelakar boleh buat akak lupa pada tekanan. 
  4. Mengadu selepas Solat - Selalu akak termenung dan ambil mood sebelum mengadu habis-habisan kepada Allah. Kalau perlu menangis, menangislah supaya hilang segala beban di dada. 
  5. Cuci Bilik air - Ha yang ni paling berkesan, bila hati akak runsing akak akan masuk bilik air dan cuci sampai akak rasa puas. Bila dah bersih dan keluar dari Bilik air memang lega dan kosong fikiran. 

Jom kongsikan dengan rakan-rakan wanita dan suami mereka agar mereka lebih prihatin dan bersedia dengan penyakit maut ni.

Tags