Stress Dan Luahan Cancer Fighter

Rodiah Amir
18

Kak Diah nak kongsikan luahan hati dan tulisan dari salah seorang pesakit kanser dan masih berjuang untuk sembuh. 

Apa yang buat Kak Diah tersentuh dan berfikir panjang adalah antara penyumbang besar wanita kini mudah di serang kanser adalah disebabkan faktor  tekanan bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. 

Stress memang memberi kesan yang teruk kepada kesihatan. Tak kisah lelaki atau perempuan, dan juga tak kira apa jua jenis pekerjaan. 

Suri rumah macam akak pun tak terlepas dari stress. stress bila gagal nak uruskan waktu nak berikan yang terbaik untuk keluarga.


Stress Dan Luahan Cancer Fighter 

Bagi pendapat akak punca stress ni berbeza setiap orang. Ada yang rasa puncanya kecil je tapi besar bagi orang lain. 

Macam akak, bila anak tak mahu makan breakfast akak bekalkan pun akak dah murung. So kena cepat-cepat berfikiran positif. Kalau tak memang bahaya. Boleh sakit kepala.


pejuang cancer


Luahan Pesakit Cancer 

Jom baca luahan #LindaMohdNor #cancerfighter yang sedang berjuang kat luar sana. Jom dokan juga untuk semua supaya kuat dan sembuh menjalani kehidupan macam orang biasa. 


“Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati. 

Perhatikan angka-angka ini:
S - 33 tahun - kanser payudara
M - 32 tahun - kanser payudara
M - 35 tahun - kanser servik
E - 33 tahun - kanser kelenjar
Z - 44 tahun - kanser hati & servik
M - 40 tahun - kanser payudara & tulang


Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat - mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang,  mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. 

Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. 

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak.
Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus. 

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. 
Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak.

Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh. 

Stress adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!
Terima kasih Dr zubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda. 


#PRIDE #LindaMohdNor
#cancerfighter

Cara menghilangkan Stress:

Ini apa akak selalu buat kalau dilanda stress. 
  1. Makan - Makan makanan yang membantu menaikkan mood macam coklat dan manisan tapi dalam kuantiti yang dibolehkan. 
  2. Memasak - Proses memasak dan menyediakan makanan kepada keluarga adalah salah satu terapi paling berkesan untuk akak. Kejayaan menyediakan makanan yang sedap boleh bantu akak kurangkan tekanan. 
  3. Membaca Tafsir Al Quran dan buku - Baca tafsiran Alquran dan Cari komik yang kelakar boleh buat akak lupa pada tekanan. 
  4. Mengadu selepas Solat - Selalu akak termenung dan ambil mood sebelum mengadu habis-habisan kepada Allah. Kalau perlu menangis, menangislah supaya hilang segala beban di dada. 
  5. Cuci Bilik air - Ha yang ni paling berkesan, bila hati akak runsing akak akan masuk bilik air dan cuci sampai akak rasa puas. Bila dah bersih dan keluar dari Bilik air memang lega dan kosong fikiran. 

Jom kongsikan dengan rakan-rakan wanita dan suami mereka agar mereka lebih prihatin dan bersedia dengan penyakit maut ni.

Tags

Catat Ulasan

18Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Kalau pada saya, stres hilang pergi travel. Saya sukakan nature jadi kalau ke pantai atau ke hutan cukup sekadar bersiar-siar atau menikmati pemandangan, hati pun boleh jadi tenang... Memang bahaya sebenarnya kalau selalu stres jadi kalau pada waktu-waktu tu, fikirkan je yang menggembirakan atau yang positif. :)

    BalasPadam
  2. Sedih tengok cancer fighter ni. Takpeee..Allah bagi kita sakit supaya kita sentiasa berdoa dan terus mendekatkan diri kepada Allah. Semoga mereka diberikan kesembuhan dan kembali seperti biasa. :)

    BalasPadam
  3. sememangnya mmg betul..faktor stress blh menjadi penyumbang kepada penyakit stress..dia ada kaitanb dengan hormon dan sel...sebab tu klu org sakit rawatan terapi dia ya bercuti utk kurangkan rasa stress sebenarnya

    BalasPadam
  4. Memang sedih bila ada orang terdekat kita kena cancer. Kak ana dah tengok perjuangan arwah sepupu kak ana untuk survive walau terkadang mereka jatuh juga. Sokongan moral keluarga san sahabat amat penting. Dia seorang yang sangat positif dan kuat. Rindu pula pada dia.

    BalasPadam
  5. Perempuan ni banyak bermain dengan emosi. Kalau menangis itu boleh melegakan, menangis la sepuas-puasnya tapi lepas tu kena bangkit la. Jangan dok menangis ajer. Tak pun mengadu dengan allah. Tenang sikit hati yang duka tu.

    BalasPadam
  6. Allahu. Terima kasih atas perkongsian. Memang sebagai wanita banyak yang kita kena fikirkan dan memang senang stress. Semoga kita semoga terus happy dan sihat selalu ya. Much love!

    BalasPadam
  7. I agreed with you that stress can cause cancer. Hope with the help from family and friends, our stress will be able to minimise.

    BalasPadam
  8. SA setuju..memang bila dalam keadaan runsing atau berduka cita kita perlu buat sesuatu yang di luar kebiasaan kita untuk terapi..walau sedang sakit atau sihat..dalam keadaan stress..macam SA memang kalau hati runsing..SA akan memasak..SA hanya masak..bukan makan tapi puas bila org makan masakan SA...selalunya keluarga dan saudara mara terdekat..

    BalasPadam
  9. Stress?!
    Allahu Akbar. Kalu gini kita kena elakkan stress kan.
    Camne la x stress. Bekerja. Rumahtangga. Anak-anak. Semua tu combined dlm 1 kepala.

    BalasPadam
  10. oh dear.. kanser ni memang boleh buat pesakit stress. dan pesakit ni x boleh tertekan bermasalah. kena always happy.. tenangkan diri jaga makanan.. buah2an sayuran wajib mkn hari2. gula kalau boleh ambil sikit jer coz gula baja kanser..

    Transfer Factor Advance adalah solusi utk pesakit kanser kuatkan anti body.. insyaAllah membantu

    BalasPadam
  11. Moge mereka yang ada sakit macam ni terus mendapat kekuatan dan juga ketabahan dalam hidup untuk diteruskan.

    BalasPadam
  12. cancer ni membunuh secara perlahan.. semoga kita semua dilindungi dan researcher dapat ilham utk cari cure kpd cancer

    BalasPadam
  13. Banyak juga ruby baca penyebab sel cancer aktif adalah stress. Tapi itu cuma penyebab kematian. Pokok pangkal utk meneruskan usia adalah dari diri kita dan orang sekeliling yang positif. Kadang tengok ibu bapa stress dengan ekonomi rumahtangga, stress kerjaya dan stress dengan kekurangan diri sendiri. Rasa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

    Stress ruby pun sebab ruby OCD. Bila berkawan, tengok suami dan anak-anak tak kemas. Bersepah segala mainan. Sisa makanan. Aduhhh saya jd stress. Mereka rilek je. Kejap lg kemas. Kejap lg tu minggu depan la kot. So nak hilangkan dari stress saya kemas je. Nanti takda lah saya dah start mula kerja di pejabat. Balik rumah serabut rumah kotor. Cuma tulah, badan Sakit-sakit lah. Letih, penat, tak cukup tidur.

    BalasPadam
  14. Cuci bilik air? Hahaha.. nampak kelakar tapi mmg btoiiii.. mybe sbb suasana sejuk kot.. mmg kehidupan lani penuh dengan stress walaulun dok umah je.. hope kt boleh atasinya sebelum jd parah

    BalasPadam
  15. Saya doakan semuanya dipermudahkan untuk semua. Saya juga ada beberapa orang rakan (bawah 30 tahun) dan dua orang ibu angkat yang telah pergi kerana kanser. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua.

    BalasPadam
  16. dalam masa seminggu boleh terus ke stage 4 ? ya Allah takutnya dengan penyakit kanser nie ya. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit ini.

    BalasPadam
  17. Cuci bilik air tu irra selalu buat. Sampai putih bersih bilik air..hehe stress sangat nampaknya..tapi sebab anak ramai, bilik air tu salah satu port budak-budak main. Kena pastikan sentiasa bersih juga.

    BalasPadam
  18. Bila baca tentang kanser ni berpunca dari stress , TB rasa risau dengan kesihatan hubby TB.. dia sangat-sangat memikirkan hal kerja dan mencari rezeki untuk family.. kadang dia tak cukup tidur dan rehat.. TB doakan semoga dia dijauhkan dari sakit2 yang memudaratkan.. moga Allah perlihara kesihatan kita semua.. jauhi stress dan kemurungan.. hidup cara positif dan set minda positif..

    BalasPadam
Catat Ulasan