Perkara WAJIB tahu Sebelum Buat Eyelash Extensions

Rodiah Amir
4
Dah jadi trend sekarang ramai perempuan suka sangat pakai fake eyelash. Tak cukup dengan fake eyelash buat pula sambungan bulu mata palsu (eyelash extensions). Tu la dugaan jadi perempuan. 

Memang jadi perempuan ni lumrah dia memang nak cantik. Zaman Diah muda-muda dulu sempat la pakai fake eyelash masa jadi raja sehari. 

Itu pun mak andam suruh pakai. Teringin nak cantik dan ubah muka lain kononnya. 

Masa ni jahil lagi. Ikut je apa mak andam suruh buat. Kening pun mak andam tebas sebab kening Diah sejenis tebal macam hutan belantara. 

Masa tu ilmu agama tu kurang, menyesal juga la walaupun sekali tu je cukur dan pakai yang palsu.


Perkara WAJIB tahu Sebelum Buat Eyelash Extensions 

Diah kongsi tentang eyelash extensions dekat blog sebab ter tengok video Prof Muhaya kongsi tentang bahaya buat eyelash extensions ni tau. 

Lepas tu Prof bercakap sebagai seorang Muslim, haram hukum nya kalau buat. Memakai fake eyelash dan buat eyelash extensions termasuk lah dalam kategori mengubah ciptaan Allah.  




Beberapa bulan lepas ada bekas isteri selebriti yang mengaku dalam laman sosial yang dia buat eyelash extensions. Dia beritahu yang dia dah rujuk kepada ustaz dan perbuatan tu tak salah. 

Maka berkoyan-koyan lah netizen menasihati dia. Bahaya betul kalau orang terkenal terutama selebriti sampaikan benda salah. Bayangkan berapa ramai yang akan terikut buat benda yang haram. 

Cantiknya ujian Allah, bila ada orang yang terang-terangan buat salah dan kemudian akan tampil orang yang menasihati (walau dengan apa cara sekali pun). 

Hikmahnya kita ramai-ramai akan saling belajar dan mencari ilmu sebab kita tak nak sesat. Kalau tiada yang buat salah dan menegur sampai bila-bila kita macam tu je.



Boleh Ke Buat Eyelash Extensions?

Sebenarnya boleh je buat eyelash extensions tu, tapi tidak boleh untuk MUSLIM. Bukan setakat bulu mata, bulu hidung dan segala jenis bulu termasuk lah rambut.

Memang haram hukumnya sambung rambut. Kenapa ianya diharamkan adalah kerana ia boleh menjadi fitnah kerana mengubah ciptaan Allah. 

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:

“Allah melaknat al-washilah (orang yang menyambung rambut) dan al-mustaushilah (orang yang minta disambungkan rambutnya)”


Bahaya Pakai Eyelash Extensions

Tertarik dengan perkongsian di dalam laman Instagram Prof Muhaya, Prof berkongsi “statistik bahawa 90 peratus orang Malaysia tidak solat cukup waktu.

Manakala bagi yang cukup solat lima waktu pula tidak dapat dipastikan sama ada wuduk diambil dengan sempurna atau tidak.” Seram sungguh bila baca. 


Tambah Profesor Muhaya lagi, pemakaian eyelash menyebabkan tidak sah wuduk adalah kerana plastik yang dilekatkan pada mata mempunyai gam yang boleh menghalang dan menutup bulu mata. Air kena sampai ke bahagian anggota wuduk baru wuduk di kira sah. 

Selain itu, Prof Muhaya juga turut berkongsi video mata pesakitnya yang telah membuat eyelash extensions. 

Akibat dari pemakain eyelash tersebut telah menyebabkan mata pesakit tidak sihat, tidak selesa, merah dan berair. Silap hari bulan boleh terkena jangkitan kuman dan bahayakan mata. Sanggup ke? Tidak! 



Cara Penjagaan Fake Eyelash

Diah ada terbaca juga tentang penjagaan bila dah buat eyelash extensions ni memang agak rumit. Nak berbaring dan tidur kena ada posisi yang betul. 

Tak boleh salah cara tidur sebab bulu mata palsu amat mudah cedera. 

Pantang lain juga ialah bulu mata tak boleh terkena air selama beberapa hari. Macamana nak mandi ni? Dan paling penting, kalau nak tanggalkan sambungan bulu mata tadi harus dilakukan oleh mereka yang professional. 

Maksudnya diri sendiri tak boleh suka-suka nak tanggal. Kang tertanggal sekali dengan bulu mata asli menangis tak berlagu sudahnya. 

Menakutkan dan menyusahkan je. Dah kalau tak boleh kena air beberapa hari memang tak cuci muka ke? Euwwwww. Dan tambahan lagi eyelash extensions ni ada tarikh luput dan hanya boleh bertahan selama setahun sahaja. 

Lepas tu kena tukar dan pasang yang baru la. Kalau eyelash extensions yang permanent Diah tak pasti la pula. 


Penutup

Memang tak salah kalau nak cantik kan diri. Agama Islam pun memang suka kan kecantikan dan kebersihan. 

Kena selalu ingat yang anggota badan kita dan apa sahaja kita ada ni semuanya milik Allah. Kita pinjam sementara. Satu hari nanti kita kena pulangkan kembali kepada Pencipta kita. Mesti la kena jaga elok-elok. 

*Credit Google Image
Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Hadoilah.. dah ada yang original kenapa nak pakai yang fake.. ish ish..

    BalasPadam
  2. pakai je aloevera kerap sikit kat bulu mata tu nanti lebat la haha takpun beli serum

    BalasPadam
  3. Jiran sebelah rumah Murni pon ada buat service sambung bulu mata ni..dia Sabahan..tapi customer dia ramai melayu..huhuhu

    BalasPadam
  4. Sama la Cik Ash pakai bulu mata n cukur kening masa kahwin aritu masa tau taw pasal ni loni bila dah taw xbuat dah benda tu

    BalasPadam
Catat Ulasan