Hal Baju Gambar Anjing Dan Hukumnya

Hari tu kan kecoh pasal pakai baju gambar haiwan najis berat ni kan.
Macam-macam hukum dan pendapat yang dilontarkan.
Tergerak la hati nak cari penerangan tentang hukum ni.

Terpegun sekejap sebab rasa macam tahu apa hukum tapi kena refresh semula.
So dapat explanation dari Ustaz Azhar Idrus pasal gambar di baju ni.

sumber google image
Ustaz kata..
  • Memakai pakaian yg ada gambar makhluk bernyawa makruh memakainya contoh macam gambar ayam,burung, manusia.
  • Yang tak bernyawa hukumnya khilaf (harus) contoh gambar kereta, motor, makanan etc.
  • Kalau dalam sembahyang memakai pakaian tak kira gambar makhluk bernyawa atau tak bernyawa hukumnya adalah makruh.
  • Dan, dalam sembahyang  memakai pakaian yang ada gambar haiwan mughallazah (anjing,babi), tanda salib, gereja, atau logo persatuan Kristian hukumnya adalah haram. Kita dikira  mempromote ajaran Kristian.

Khas untuk peniaga, ustaz Azhar Idrus tekankan yang pakaian yang ada gambar arak, iklan arak, gambar salib, baju-baju persatuan gereja dan seangkatan dengannya diharamkan peniaga nak jual.
Kita dikira subahat. Bertanggungjawab dan berkongsi dosa.
Sebelum jual semak dulu gambar, tulisan-tulisan yang terdapat kat pakaian tu.

Ustaz tambah lagi, kalau pakai pakaian (dalam atau luar sembahyang) yang menunjukkan aurat perempuan contohnya gambar perempuan pakai bikini hukum dia haram di pakai.
Kenapa? Sebab aurat tu haram dilihat.

Senang cerita, ustaz Azhar Idrus guna kaedah usul fiqh yang berbunyi: apa yang haram kita lihat maka haram kita ambil benda itu.

Harapnya penerangan aku tak peningkan pembaca. Benda yang elok di kongsi bersama. Aku pernah masuk kan link video ceramah ustaz, tapi ada problem (masalah blog) jadi untuk korang yang nak dengar sendiri ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan bab hukum pakai baju gambar binatang boleh search je di Youtube. 

Harap masih available video tu - Klik Link Sebelah ni 'Ustaz Azhar 2010 - Hukum Pakai Baju Gambar Binatang' ada ceramah Ustaz masa tahun 2010, Ustaz share dalam Youtube channel beliau bertarikh May 26, 2010. 



1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. ok..paham. Saya ada niat nak berniaga pakaian nanti. . Dah baca ni jelas apa yang boleh dan tak boleh.

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama