Hukum Lelaki Memakai Sutera Dan Barang Kemas

Terbaca di laman sosial berita mengenai penarikan semula penjualan tali leher bertemakan Marvel di pasaran oleh sebuah jenama yang memang terkenal dengan koleksi tudung binatang. Koleksi tali leher Marvel tu dijual sempena Hari Bapa yang bakal tiba.

Berlaku ‘kesilapan’ apabila mereka menjual tali leher yang diperbuat daripada Sutera. Tali leher dipakai oleh kaum lelaki dan memang tak kena sangat la sebab guna material daripada sutera. Untuk pengetahuan kawan-kawan non-muslim, agama Islam melarang lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada Sutera. Haram hukumnya.


Aku selalu tanam dalam otak, apabila seseorang yang berpangkat besar atau dikenali ramai kerana ilmu pengetahuan, pangkat atau harta dan dia diberi ujian. Sesungguhnya aku percaya yang ianya kerana Tuhan mahu menegur umatNya dalam skala yang besar. Bukan kerana Tuhan menjatuhkan hukuman terhadap individu tetapi Tuhan mahu lebih ramai umat mengambil iktibar dan pengajaran.



Larangan Memakai Sutera Dan Barang Kemas Bagi Lelaki

Selain dari sutera, Islam juga melarang lelaki untuk pakai barang kemas. Merujuk Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya,

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.

Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut tentang pengharaman pemakaian sutera asli dan emas bagi lelaki. Adapun jika digunakan sebagai pinggan mangkuk, maka diharamkan sama ada bagi lelaki atau wanita.
Rujukan Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5426) dalam Sahih-nya:

Maksudnya: Jangan kalian minum daripada bekas yang diperbuat daripada emas and perak, dan jangan pula kalian makan daripada bekas makanan yang perbuat daripadanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya bagi orang kafir dan bagi kita di akhirat nanti.


Mengikut kefahaman aku, lelaki tidak dibenarkan untuk pakai emas dan sutera adalah kerana barang-barang tersebut melambangkan kesombongan.



Kesimpulan

Marilah semua kita ambil iktibar atas teguran yang Tuhan berikan. Semua pasti ada hikmahnya. Tak terbayang bebanan dan tekanan termasuklah kecaman yang diterima Duck Group oleh sebab kesilapan mereka. Pesanan aku, kita jangan cepat jatuhkan hukuman pada seseorang. Kita belum tahu jalan cerita.

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post