Mencari Rentak Menulis & Belajar Tentang Diri Sendiri

by - April 09, 2019

Mencari Rentak Menulis & Belajar Tentang Diri Sendiri | Assalamualaikum. Aku dalam proses mencari rentak untuk menulis supaya apa sahaja bentuk penulisan yang aku kongsi baik di blog mahupun di platform media sosial lain harapnya memberi manfaat kepada yang membaca. Melalui penulisan juga aku belajar kenal diri sendiri. Alhamdulillah semakin hari aku semakin teruja nak kenal kemana minat dan arah penulisan aku. 


Aku start buat blog masa tu tahun 2010, hujung tahun. Tahun 2011 baru aku menulis entri peribadi. Banyak kisah-kisah hidup aku, pendek kata blog jadi diari online aku. kalau baca semula isi kandungan entri lepas memang tebal muka. Tak sanggup nak hadam. I is kenot. Hahahhaha. 

Blog Sebagai Tempat Rujukan 

Dari 2011 dan seterusnya aku menulis ikut suka. Apa aku lalui aku kongsi dekat blog. Masa tu boleh kira kot bilangan entri. Aku mula banyak menulis bila aku mengandung. Aku dah pasang niat supaya nanti aku dah tak ada, blog ni salah satu peninggalan aku untuk anak-anak baca. Sekurangnya dia tak rindu aku sangat dan sentiasa rasa aku ada untuk mereka. 


Selain berkongsi detik mengandung dan melahirkan, aku juga suka kongsi tentang masakan. Kongsi resepi walaupun tak la hebat memasak. Tapi aku tak pernah segan nak cuba. oleh sebab kegigihan aku suka memasak dan baking suami akhirnya tunaikan hajat aku dengan hadiahkan oven besar. Boleh masak ayam golek so dapat la korang bayangkan besar mana oven aku kan? Teruja nak baking tapi belum ada kesempatan. In sha Allah lepas ni boleh buat. 

Kenangan Manis Tulis Blog

Aku pernah dapat token kerana menulis entri berkaitan sebuah klinik. Memang aku selalu pergi ke klinik tu sebab anak no dua aku ada masalah ekzima. Dia kena ekzima pada usia lima bulan lepas dapat suntikan vaksin, dan waktu dia kulit dia jadi kritikal adalah masa usia tujuh bulan dah ke atas. Memang air mata macam air terjun bila tengok anak menangis menggaru dan berdarah-darah.

Klinik tu pun aku tahu dari biras aku. Jadi, oleh sebab aku rasa bertanggungjawab dan kasihankan anak-anak lain yang ada nasib sama macam anak aku maka aku kongsikan pengalaman, dan produk yang aku cuba. Semuanya aku kongsi berdasarkan apa aku dan anak aku rasa. Alhamdulillah, kebanyakan ibu yang pergi ke situ semua cakap datang berdasarkan recommendation aku dalam blog. 

Doktor tu best kot, dia tak galakan amalkan ubat ada steroid, dia akan terangkan secara jelas apa jenis penyakit yang dihidapi then dia explain apa punca dan cara-cara perlu buat. jadi kita sebagai mak ni kurang la pressure bila menghadap anak yang sakit. Banyak juga pengalaman aku stress hadap doktor yang dingin merawat pesakit. Bukan semualah tapi kebanyakanya. 

Sampai Bila Nak Menulis? 

Kalau ikut kan dah jadi trend anak-anak muda slowly berminat nak jadi blogger. Rasanya lebih banyak cabang anak-anak muda sekarang boleh explore. Zaman aku muda dulu hanya tahu Friendster dan blog. Sekarang lebih banyak pilihan, Youtube, Instagrammer dan banyak lagi la. Setiap medium untuk bersosial beri kepuasan yang berbeza-beza. Sampai bila nak menulis tu rasanya sampai aku masih mampu nak menghadap laptop dan minat tu masih ada. In sya Allah. 

Kesimpulan dapat aku buat, menulis ni melatih aku untuk jadi rajin membaca. Nak menulis kena banyak membaca. Selain tu aku jadi lapang dada, aku jadi lebih gembira. Semakin banyak aku menulis semakin aku kenal diri sendiri. Bersyukur sangat Allah dorongkan minat aku untuk menulis. Semoga perkongsian aku memberi manfaat untuk yang membaca. 

You May Also Like

4 Comments

  1. Nak ambik mood menulis semula ni setelah lama bercuti.. Bila baca entri diah ni semangat ada sikit.. Bagi cik ash menulis ni kepuasan luahkan apa yang terbuku dlm kepala ni

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Masa mula2 terjebak dunia blog dulu mmg berkongsi pasal kehidupan seharian. Zaman budak2 hehe. Semoga terus menulis ya kak Diah :)

    ReplyDelete
  3. semoga Diah terus menulis untuk memberi info yang berfaedah kepada pembaca.. kadang-kadang bila menulis ni dah macam makanan ruji pulak.. klau tak menulis mcm tak senang je

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.