Melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur

Melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur | Akhirnya dapat juga ke Sky Box Menara Kuala Lumpur. Kalau sebelum ni aku pernah kongsikan program menarik yang ada dekat Menara Kuala Lumpur, kali ni aku dan keluarga turun padang nak saksikan sendiri keindahan ikon negara yang terkenal dekat Kuala Lumpur ni. Korang dah pergi ke belum? Kalau belum jom baca pengalaman aku sekeluarga habiskan cuti minggu tengok keindahan bandar Kuala Lumpur melalui kotak kaca, Sky Box di Menara Kuala Lumpur. Tak lain tak bukan aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah, menghayati keindahan panorama bandar Kuala Lumpur, tangkap gambar di Sky Box (kotak kaca) dan melawat menara tinjau di Sky Deck.

Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 1
Tarikan Sky Box & Sky Deck 

Apa yang menarik dekat Sky Box ni ialah korang boleh menikmati keindahan panorama pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di ketinggian 300 meter. Memang ohsem. Korang akan dapat lihat seluruh bandar Kuala Lumpur dari atas Menara. Apabila berada di Sky Box, ia merupakan kawasan terbuka dan boleh rasa udara dan cahaya matahari secara direct. Ada dua kotak kaca disediakan dengan latar belakang pemandangan yang berbeza. Kotak kaca ini lah yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke Sky Box. Semua tidak ketinggalan nak bergambar di atas kotak kaca ni. 

Manakala di Sky Deck, ianya berlawanan dengan sky Box. Kalau di Sky Box merupakan kawasan terbuka, Sky Deck pula korang akan dapat menikmati panorama pemandangan Kuala Lumpur di dalam kawasan yang redup, dan ada penyaman udara. Ada disediakan teropong seperti yang ada di kebanyakan menara tinjau yang lain. 

Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 2

Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 3

Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 4

Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 5

Pengalaman Berada Sky Box Menara Kuala Lumpur

Salah satu pengalaman berharga yang rasanya aku akan ingat sampai bila-bila. Teruja sangat bila dapat pijak kotak kaca dan bergambar satu keluarga dekat sini. Sila bayangkan diri berdiri di atas kotak kaca yang mana korang boleh tengok bangunan dan kenderaan sekecil saiz gula-gula berada di bawah tapak kaki korang. 

Ada dua kotak kaca yang boleh korang cuba dan bergambar. Setiap kotak mempunyai latar belakang pemandangan yang berbeza. Kotak A (warna Merah Jambu) mempunyai latar belakang Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower) dan Kotak B (Warna Biru) mempunyai latar belakang bangunan Kuala Lumpur. Sudah semestinya ramai berebut untuk beratur di Kotak A. 

Setiap pelawat diberikan masa dua minit setiap sesi untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. Kena ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil. Untuk satu sesi, limit berat yang dibenarkan untuk berada di atas kotak kaca ialah empat orang dewasa. Tiada had untuk pengambilan nombor, jadi kalau tak puas hati dan nak cuba lagi sila ambil no giliran yang lain. 

Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 6

Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 7

Selain Sky Box, yang buat kami kagum dekat sini adalah Sky Café KL Tower. Serius cantik weh pemandangan dekat situ. Harga makanan dekat sini memang boleh telan air liur. Kalau nak duduk dan makan di sini kena beli sekurang-kurangnya RM50 untuk satu resit. Boleh duduk dan hayati pemandangan sambal basahkan tekak dan masa diberikan dalam 15-20 minit macam tu. Café dia tak la besar mana sebab tu dia limitkan masa untuk beri peluang kepada pelanggan lain juga. Teringat ayat suami bila aku sebut pasal harga jus dekat sini, dia kata ‘bukan harga jus tu yang mahal, tapi sebab kita yang tak mampu beli’ dalam erti kata lain miskin a.k.a tak mampu lol. 

Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 8


Harga Tiket Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur

Untuk mudahkan urusan korang boleh beli secara atas talian di laman web ni Harga Tiket Menara Kuala Lumpur - Sky Deck dan Menara Kuala Lumpur selalu buat promosi harga yang murah terutama cuti sekolah dan cuti umum. Lebih jimat kalau beli tiket secara berkumpulan dan melawat semua tempat tarikan di Menara Kuala Lumpur. 

Sky Box & Observation Deck Ticket: 

 (MyKad-Adult) RM71.00  
 (MyKid - Child - 4 to 12 years old) RM37

Rujuk Beli Tiket secara Pakej untuk beli tiket dengan pakej lain. 






Tarikan Lain Di Menara Kuala Lumpur

Selain daripada bergambar di Sky Box dan Sky Deck, tarikan lain yang terdapat di Menara Kuala Lumpur termasuklah, Blue Coral Aquarium, Upside Down House, dan juga Mini Zoo. Tempat-tempat ni memang sesuai sangat kalau bawa anak-anak. Beberapa tahun sudah Diah dah melawat Blue Coral Aquarium dan Mini Zoo, tapi dengar khabar Menara Kuala Lumpur dah naik taraf tempat-tempat tu dan jadi lebih menarik. Mungkin masa hadapan kalau ada rezeki boleh la datang lagi. 

Review Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur

Bagi aku kalau dah namanya rakyat Malaysia kena la melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur ni yang merupakan salah satu ikon kebanggaan rakyat Malaysia. Terkejut masa hari aku pergi hari tu, yang beratur panjang semuanya adalah pelancong dari negara luar. Pak Arab and the gang paling ramai. Kalau mereka berebut nak datang untuk melihat keindahan Menara Kuala Lumpur, kenapa tidak kita kan? Lagipun Menara Kuala Lumpur tempat mesra keluarga, senang nak parking, dan banyak kemudahan nak datang sini. Tempat kena pergi sekali seumur hidup. 

Post a Comment

6 Comments

  1. gayat.. hahah tkut tempat tinggi. tapi cantik view.

    ReplyDelete
  2. Bila nak sampai kl ni nak g gak.ni nanti

    ReplyDelete
  3. wei!! best gila! jom repeat trip ke tempat lain pulak!!

    ReplyDelete
  4. Cantik view dari atas tu. Tapi kalau aku gayat dah wei nk pijak cermin lutsinar tu. Hehe

    ReplyDelete
  5. Menarik :) Belum pernah lagi jejakkan kaki ke sini. Taktahu lah nanti gayat ke tak. Hehe

    ReplyDelete
  6. Seram pula nengok gambar dalam skybox tu.. huhuhu..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.