Cerita Raya Kami 2019

By Rodiah Amir - June 10, 2019

Cerita Raya Kami 2019  | Assalamualaikum. Selamat Hari Raya. Alhamdulillah setelah berhempas pulas satu bulan berpuasa, akhirnya Syawal disambut dengan jayanya. Raya tahun ni beraya di belah keluarga suami dahulu di Melaka dan hari raya ke tiga baru balik ke Pahang. Buat julung kalinya, keluarga di Melaka tak keluar beraya. Semua sanak saudara serbu rumah mertua memandangkan ayah mertua adalah anak sulong dan mak antara anak yang paling tua dan masih hidup. Raya aku kali ni memang kebanyakan masa adalah di dapur dan memasak. Macam biasa la kan. Tapi tahun ni paling sibuk rasanya. 

Raya Pertama di Melaka 2019

Aku sampai dari KL sehari sebelum Raya. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi dan pukul 11.30 pagi aku dah sampai di rumah mertua. Perjalanan paling smooth setakat ni. Rasanya sebab semua dah balik awal jadi highway pun lengang. Aktiviti raya pada hari pertama kami seperti biasa, bermaaf-maafan, tangkap gambar, bagi duit raya dan terima kunjungan tetamu. Malam Raya kami sibuk masak rendang, masak lodeh, rebus ketupat, dan sediakan pinggan mangkuk. 

Gambar dalam rumah senget, dekat luar pun macam sedih je

Dah jadi tradisi, setiap kali Raya mesti abang ipar akan beli sate dan bakar panas-panas untuk dihidangkan untuk tetamu. Memang meriah walaupun sedikit penat. Memang tak ada peluang nak pakai smart kalau kena kipas sate. Jadi, aku lebih rela duduk bahagian dapur refill makanan. Bijak kan? Masa raya ni lah semua ambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara. Meriah teruk, 

Raya Ketiga di Pahang

Raya masih diteruskan walaupun Raya ke tiga baru aku balik ke Pahang. Memang tahun ni giliran aku dan adik beradik lain beraya bersama keluarga mertua. Jadi Raya pertama hanya ada dua orang abang aku yang temankan mak. Raya ke tiga baru penuh rumah. Masih meriah sebab Raya ke tiga kami masak Nasi Bukhari dan laksa Utara. Oleh sebab dah raya ke tiga kami sempat beraya di rumah adik arwah abah je di Felda Bukit Mendi. Itu pun sebuah rumah je. Kurang mood nak beraya sebab badan penat memasak. 

Pengantin Lama
Secara rasminya kami tak ada gambar satu keluarga pakai baju raya sebelah Pahang. Tema Baju Raya sebelah Melaka ialah purple dan Raya di Pahang kami pakai warna Biru. Stress mak! Sempat tangkap gambar bersama suami je. Nak tangkap gambar satu keluarga macam nak berperang. 

Tak semua ada
Tradisi Bergambar Bersama di Hari Raya 

Dah jadi tradisi masa hari Raya la kami akan pastikan ada gambar bersama. Bayangkan kalau semua ada. Sepuluh beradik hanya seorang yang bujang. Ditambah dengan anak-anak memang kecoh jadinya sesi bergambar. Tak pelik kalau ambil masa sejam untuk siap tangkap gambar keluarga. kahkahkah. Dalam gambar ada tiga beradik yang tak ada. Adik bawah aku, anak ke tujuh tak dapat balik raya sebab kena bertugas. Nasib kerja Jururawat begitulah. Lagi dua orang dah balik ke sarang masing-masing. 

Barisan cucu-cucu
Ahamdulillah masih lagi diberi peluang beraya bersama mak dan mertua dalam keadaan sederhana. Masing-masing dah dewasa nak hargai setiap detik yang ada. Bersyukur sangat dengan nikmat Allah beri. Semoga diberi kesempatan nak berpuasa dan beraya pada tahun hadapan.

Apa cerita raya korang? Harapnya yang indah-indah sahaja ya. Selamat Hari Raya. 

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Selamat Hari Raya Rodiah.. sama la ngan Dilah.. bila ada anak2 kecik ni susahnya nak amik gambar 1 family kan.. tengok gambar raya org lain cantik je, tp bila nak amik gambar ngan anak2 bergelut sakan.. haha..

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri dari aida.
    beraya di Melaka? di mana tu?
    ntah-ntah dedekat je kita kan :)
    kalu balik melaka lagi, jemput la dtg rumah.

    ReplyDelete
  3. Kansss... bergambar adalah satu agenda utama di hari raya hehehe...

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya. seronok kan bila dpt berkumpul ramai²

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Diah.. sama la dgn kami sekeluarga, gambar susah nak dpt satu keluarga.. dapat pun jenuh tahan anak2 dr berlari

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.