Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?

Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti? | Assalamualaikum. Bila masuk bulan Syawal ni ramai lah ambil kesempatan untuk buat puasa enam sebab bahang puasa masih membara. Kebanyakan wanita la yang ambil peluang sebab dah bercuti masa Ramadan dan nak ganti tu memang bercinta sangat. Kalau buat lambat-lambat peluang nak ganti puasa tu makin tipis dan semakin tinggi cabaranya. Selalu orang akan tanya “boleh ke puasa enam di sekali kan dengan puasa ganti”. Kadang-kadang dah tahu jawapan dia tapi masih lagi nak tanya. Risau salah hukum pulak. Aku la tu. 

Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?

Selain dari niat nak dapat pahala lebih dengan puasa sunat di bulan Syawal, puasa Enam juga salah satu cara untuk hentikan sekejap pesta makanan yang kita asyik duk hadap bermula satu Syawal hari tu. Bayangkan berapa banyak makanan sedap (baca: berlemak, tinggi kolestrol, tinggi gula dan garam) yang kita dah telan. Confirmed banyak dari biasa kan? Mana ada beraya rumah orang tapi makan selain menu raya kan? Jadi dengan puasa Enam lah kita kawal semula badan dan selera makan kita. Kena sayang badan. 


Niat Puasa Enam Beserta Puasa Ganti

Dalam keluarga aku, kalau bab persoalan hukum agama aku akan rujuk dua orang akak aku sebab diaorang lepasan Agama. Mudah la sedikit nak tanya dan kurang malu. Masa duduk berborak kunyah maruku sempat la dapatkan jawapan nak puasa sekali gus ni. 

Hukum Puasa Enam disekali kan dengan Puasa Ganti 

Alhamdulillah ikut pandangan Ulama majoriti membenarkan puasa enam disekalikan dengan puasa ganti. Jadi tiada masalah nak ganti dan berpuasa Enam dalam satu masa. 
Aku suka rujuk lama web Mufti Wilayah kalau nak dapatkan keterangan lanjut. Rujuk http://www.muftiwp.gov.my aku kongsikan kesimpulan Mufti beri tapi aku galakan korang pergi baca artikel penuh untuk elak segala salah faham ok. 

Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.

Persoalan ganti puasa dah clear jadi jom lah kita sama-sama ganti puasa. Dapatkan balik berat badan masa puasa hari tu. Mujur tak terlajak jauh walhal dah telan bergelen air gula dan banyak ketupat dan rendang. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Mrs. A pun sama jugak dah tahu boleh tapi tiap-tiap tahun tanya lagi hahahaa...

    ReplyDelete
  2. Tq share info, bermanfaat sgt.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.