Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit
Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit
Memiliki kulit yang cantik dan
bebas masalah kulit merupakan idaman setiap orang dan ada segelintirnya sanggup
mengambil risiko tanpa mempedulikan kesan jangka panjang pada kesihatan.
Ikut pengalaman aku sendiri,
memang ada kenalan aku yang berperangai ‘asal boleh’ bila mencuba produk
kecantikan. Seakan terdesak, mereka percaya bulat-bulat bila penjual
menerangkan betapa bagusnya produk yang mereka jual. Memang ngeri.
Ciri-ciri Produk Terlarang
Pernah tak semak isi kandungan
produk kecantikan sebelum membeli? Kalau ada, baguslah. Antara ramuan terlarang popular yang sering digunakan oleh pengeluar produk kosmetik dan penjagaan
kulit yang tidak bertangunggjawab adalah seperti merkuri, plumbum dan juga
bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotic, dan juga
kortikosteroid.
Ramuan tersebut mampu memberi
kesan negatif pada kulit dan kesihatan dalam jangka masa pendek dan panjang
seperti:
Kesan Merkuri Pada Kulit Dan Kesihatan
- Menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf.
- Berpotensi mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan.
- Risiko kepada kanak-kanak yang boleh mengakibatkan ruam, kerengsaan, dan perubahan tona kulit.
Kesan Hidrokuinon Pada Kulit Dan Kesihatan
- Hidrokuinon biasannya ditambah ke produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit.
- Menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif.
- Mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.
Kesan Tretinoin Dan Antibiotik Pada Kulit Dan Kesihatan
Sementara tretinoin dan
antibiotik digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat. Tetapi ramai yang
tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadikan kulit tidak selesa, pedih dan
mengelupas serta sangat sensitif pada matahari.
Penyalahgunaan krim
kortikosteroid pula dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan
kanser kulit serta kulit yang semakin gelap.
Bila kurangnya pengetahuan dan
kesedaran memilih produk kosmetik yang selamat, kecenderungan untuk guna produk
kosmetik yang salah dan tak sesuai itu lah yang sebabkan kulit terima padahnya.
Produk kosmetik dan penjagaan
kulit yang tidak sesuai pada keadaan kulit juga memberikan kesan negatif pada
kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif.
Farhat Laboratoires Perkenalkan Farhat Soothing Mist Bantu Tangani Masalah Kulit
Aku berpeluang mengenali Dr
Farhat Ayaz Pengasas Farhat Laboratoires, semasa pelancaran Farhat Soothing
Mist di Kliniknya Sabtu lepas di Kota Damansara.
Berdasarkan pengalaman Dr Farhat
selama lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, Dr menekankan
pencegahan adalah penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan. Seperti
kata pepatah “Cegah sebelum parah”.
Farhat Soothing Mist merupakan semburan
bagi membantu mereka yang ada masalah kulit akibat penggunaan produk kosmetik
yang tidak sesuai dengan kulit wajah. Farhat Soothing Mist tidak mengandungi bahan kimia yang
merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini membantu mengatasi
masalah kulit pengguna secara semula jadi.
Fungsi utama Farhat Soothing Mist menenangkan kerengsaan kulit dan
seterusnya mengelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah.
Formulasi istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan
dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah.
Harga: RM150.00 sebotol | 100ml
Ramuan Istimewa Farhat Soothing Mist
Mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis Virginia (daun witch hazel)
membantu mengurangkan keradangan. Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada
tumbuhan herba ini membantu meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung
kepada penyebab keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit.
Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla
recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga
ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif, dan kesan yang
membantu menenangkan keradangan kulit. Perlindungan antioksida yang terdapat
pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit.
Daun aloe vera (Aloe barbadenesis) pula bersifat memulih dan
antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. Kandungan giberellin dalam
tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang merangsang pembentukan
sel-sel baharu. Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan
lebih pantas serta meminimumkan kesan parut.
Kehadiran herba Centella asiatica seperti pegaga yang mengandungi sebatian
aktif termasuk madecassoside berperanan sebagai antioksida pada kulit.
Kandungan yang kaya dengan asid amino juga memberi kelembapan yang baik dan
menenangkan kulit yang bermasalah atau rosak. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan
kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan
kulit.
Farhat Soothing Mist juga
mengandungi sebatian magnesium sulfat
yang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda
dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta
mengatasi masalah jerawat dan jeragat.
Manakala sodium hyaluronate
mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang
berpanjangan. Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa
kulit.
Selain Farhat Soothing Mist,
antara produk lain yang boleh didapati di Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Farhat
Laboratoires & Farhat Wellness adalah:
- Blossom beauty soap (RM50)
- My secret weapon (RM120)
- Sleeping mask (RM150)
- Recovery serum (RM120)
Farhat Laboratoires sentiasa
memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit
wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan
segenap keperluan kulit.
Paling utama: rangkaian produk
Farhat Laboratoires memperoleh kelulusan
dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Boleh hubungi no dibawah untuk mendapatkan
keterangan lebih lanjut tentang Farhat Laboratoires & Farhat Wellness:
Alamat : No.29-G, Jalan PJU 5/20A
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Email : farhatlaboratoires@gmail.com
Talian untuk dihubungi : +6019 616 7505
4 Ulasan
wahhh bagus ya produk ni
BalasPadamlebih menyakinkan sebab guna herba2
BalasPadamMenarik bahan2 dan ramuannya. Yg penting lulus KKM.
BalasPadamWah.. \menarik... ada kajian makmal, pengguna lebih yakin nak guna untuk kulit
BalasPadamKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.