Syarat Bersumpah Dengan Al Quran

Rodiah Amir
10

Syarat Bersumpah Dengan Al Quran  

Assalamualaikum. Sedih betul bila baca berita tentang remaja perempuan yang sanggup pijak kitab suci Al Quran semata-mata untuk buktikan sumpah yang dia bercakap benar. Tapi kenapa perlu pijak, sedangkan Al Quran itu perlu dijunjung dan dihormati. Apa yang cuba dia buktikan sebenarnya? Berani kerana bercakap benar?

Jadi, bila keluar berita memijak Al Quran ni rasa macam dah melampau sangat. Pijak kerana nak kawan-kawan dia percaya yang dia melakukan maksiat. Allahuakbar.   Jadi kita tak boleh selesa sangat dengan apa yang berlaku sekarang. Kita kena pastikan anak-anak, keluarga, saudara mara kita faham dan cintakan Al Quran. Lengkapkan diri dengan ilmu. 

Semuanya bermula dari rumah kan? Kita cuba lakukan bahagian kita dahulu. Melalui kepimpinan dan tauladan, 


Al Quran Untuk Buktikan Sumpah


Orang Arab apabila bersumpah mereka berpegangan tangan kanan. Kebanyakkan orang pula kalau bersumpah selalu guna sumpah atas nama Tuhan. Menurut penerangan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam Islam sumpah menggunakan al-Qur’an, hukumnya adalah dibolehkan TAPI ada syaratnya. 

Kalau nak Bersumpah dengan satu daripada yang berikut:

Syarat Bersumpah Guna Al Quran:
  1. Zat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Zat Allah SWT atau aku bersumpah demi Allah SWT.
  2. Nama Khas bagi Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Tuhan Penjaga (الرب) seluruh alam atau demi Tuhan Pemerintah (المالك) hari Kiamat atau Aku bersumpah demi Tuhan yang Maha Pemurah.
  3. Sifat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi kemuliaan Allah atau demi ilmu-Nya atau demi kehendak-Nya atau demi kekuasaan-Nya.


Ini berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW mendapati Umar bin al-Khattab RA yang sedang berkenderaan, bersumpah dengan nama bapanya. Baginda bersabda:

هُوَ يَسِيرُ فِي رَكْبٍ، يَحْلِفُ بِأَبِيهِ، فَقَالَ: أَلاَ إِنَّ اللَّهَ يَنْهَاكُمْ أَنْ تَحْلِفُوا بِآبَائِكُمْ، مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ

Maksudnya: “Bukankah Allah menegah kamu bersumpah dengan nama bapa kamu? Sesiapa yang bersumpah, hendaklah dengan lafaz Allah atau hendaklah diam sahaja.”
Riwayat al-Bukhari (6270) dan Muslim (1646)

Daripada Umar RA, katanya:

كَانَت يَمِيْنُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَمُقَلِّبِ الْقُلُوبِ
Maksudnya: “Sumpah Nabi SAW ialah tidak, demi Tuhan yang mengubah-ubah hati.”
Riwayat al-Bukhari (6253)

Begitu juga hadith sabda Nabi SAW:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ
Maksudnya: “Demi Tuhan yang diriku dalam genggaman-Nya dan Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggaman-Nya.”
Riwayat al-Bukhari (6254)

Mufti Wilayah sambung lagi penerangan beliau tentang sumpah:

Bersumpah dengan Al-Qur'an hukumnya boleh kerana Al-Qur'an adalah firman Allah, dimana Allah SWT berfirman secara hakiki dengan lafaz, dan maksud menyampaikan maknanya. 

Boleh bersumpah dengan Al Quran dan kena hormat dan menjaga adap bila memegang Al Quran. 

Allah SWT disifatkan dengan Al-Kalam. Dengan demikian, bersumpah dengan al-Qur'an pada hakikatnya merupakan sumpah dengan salah satu sifat Allah, maka hukumnya boleh.

Sehubungan itu, seseorang yang bersumpah dengan yang lain selain yang tersebut sumpahnya, tidak sah kerana dua sebab berikut:

Hadith Rasulullah SAW yang terdahulu:

مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang bersumpah, hendaklah dengan lafaz Allah atau hendaklah dia diam sahaja.”
Riwayat al-Bukhari (2679)

Tiada keagungan yang sempurna pada yang lain selain yang tersebut, manakala orang Mukmin, ditegah sama sekali mengagung-agungkan yang lain selain Allah SWT.

Kalau ada persoalan tentang hukum, penggunaan sumpah dan sebagainya aku harap korang akan merujuk kepada yang pakar. Kalau nak guna khidmat Google pastikan sumber tu boleh dipercayai dan bertauliah ya.

Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Memang sedih tgok video tu. Apalah nak jadi skrg ni.

    BalasPadam
  2. great. terima kasih perkongsiannya

    BalasPadam
  3. Macam-macam benda pelik skarang ni kan.. huhu

    BalasPadam
  4. Tak patut budak perempuan tu pijak2 Al Quran. Ohh dunia sekarang :(

    BalasPadam
  5. Tak semua benda kita boleh jadikan al-Quran sebagai sumpah...

    BalasPadam
  6. MasyaAllah tak tahu lagi kisah budak perempuan pijak Al-Quran ni 😪

    BalasPadam
  7. Tak tengok pun video tu, tapi baca je orang tulis status. Allahu itu pun rasa nak marah dah.. Moga dijauhkan kaum keluarga kita berbuat demikian.

    BalasPadam
  8. Terbaca yang budak itu jenis lurus bendul. Kesian dia dipermainkan oleh "kawan2 tak guna". Semoga kebenaran berpihak kepada mangsa dan hukuman berat buat "kwn tak guna" tersebut.

    BalasPadam
  9. apa nak jadi dengan akhlak budak2 islam skrg ni kan. kita nak sentuh tafsir je pun berwuduk bagai padahal boleh je pegang terus. sedih lah.

    BalasPadam
Catat Ulasan