Jadilah Manusia Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Rodiah Amir
3
Tajuk di atas walaupun hanya sepotong ayat biasa bagi orang lain tapi cukup menyentuh jiwa aku. ini yang aku belajar di kelas Doktor Azizan Osman. 

Bila di tanya pada diri sendiri, adakah selama aku hidup 34 tahun lepas bermanfaatkah aku pada orang di sekeliling aku? jika ya, sejauh mana? Sedikit? Banyak? Biasa-biasa?

Peringatan Dr memang pendek tapi cukup buat hati berdarah. Menambah lagi rasa kosongnya tujuan aku hidup di dunia ni bila Dr kongsikan kiasan manusia dan binatang. 

Kata beliau, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar kerja, kera di hutan juga bekerja”.

Jadilah Manusia Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Amacam? Tanya diri sendiri sejauh mana kita bermanfaat kepada orang sekeliling. Kalau dah tahu dekat level mana manfaatnya kita dah boleh mula baiki. 

Kalau kurang dah kena lebihkan, kalau dah banyak manfaat diberikan, tingkatkan lagi dan buat secara konsisten.

Terinspirasi baca kisah manusia berjaya yang banyak beri manfaat kepada orang lain yang dah berjaya!




Belajar Kenal Diri Dan Ubah!

Bila sebut nak ubah tak kira apa pun memang besar cabaran dia. Bayangkan, sesuatu sifat yang dah sebati dalam hidup dan jadi tabiat kita nak buang atau ubah. Memang sukar, tapi tak mustahil nak ubah.

Jika kita nak ubah hidup dan diri, perkara pertama kena buat adalah dengan semak semula diri. Berapa tinggi nilai hidup kita? 

Berapa banyak manfaat kita? Kalau kita tiba-tiba tiada lagi di dunia ni, berapa ramai yang akan terasa dengan kehilangan kita? 

Berapa banyak tanggungjawab kita? Dan berapa banyak impact kehadiran kita dalam hidup orang lain?

Dah kenal pasti level manfaat korang? Jom kita gandakan lagi supaya lebih ramai dapat manfaat dan pertolongan kita. Tapi kenapa aku sibuk tekankan perkataan manfaat ni? 

Itulah tujuan kita di hantar ke bumi, tujuan Tuhan izinkan kita bernafas lagi pada saat ini adalah kerana masih ada orang yang perlukan pertolongan kita. Hidup bukanlah tentang kita seorang.



Tuhan Mengikut Sangkaan Hamba-Nya

Aku tak malu nak akui, satu ketika dahulu aku pernah bersangka buruk dengan Tuhan. Tak kisah secara sedar mahupun tidak. 

Teruk betul aku masa tu. Memang tak tahu dasar di untung mak aku cakap. Bila berlaku perkara buruk je aku mula salahkan Tuhan. 

Apa yang jadi memang sebijik apa aku fikirkan. Masa tu aku fikir, kejam betul Tuhan ni. Apa Tuhan dah tak sayang aku?

Sampailah satu tahap aku dah tak tahan, aku reverse pemikiran aku. Aku cabar diri untuk fikir sebaliknya. Kalau sebelum ni, setiap perbuatan aku dimulakan dengan sangkaan yang buruk, ragu-ragu dan negatif. 

Contohnya, keputusan yang aku ambil dalam kehidupan seharian. Kalau gagal macamana? Memang gagal teruk sudahnya.

Akhirnya aku faham yang Tuhan akan mengikut sangkaan Hamba-Nya. Sangat berkait rapat dengan emosi dan juga pemikiran kita. 

Apa yang kita bayangkan, apa yang kita nak, hasilnya akan dipengaruhi oleh tahap emosi dan cara kita fikir. Baik kita fikir, baik lah yang akan datang. Begitu juga sebaliknya.

Korang boleh google tentang “Law of Expectation” supaya lebih faham pentingnya nak bersangka baik dengan Tuhan. Tuhan tak zalim dan juga tak miskin. 

Minta apa saja pasti Tuhan akan berikan bila tiba masa dan ketikanya. Mana mungkin kita akan miskin apabila kita berTuhankan Tuhan Yang Maha Kaya.

Satu perlu faham tentang Law of Expectation adalah tiada guna kau expect macam-macam tapi tanpa tindakan. Itu namanya hidup dalam angan-angan. 

“Erickson’s Law of Expectation simply states that 85% of what you expect to happen … Will.


Kesimpulan

Bagi aku tak berguna kita hidup andai kita sekadar hidup tapi tak beri manfaat kepada orang lain. Ada satu situasi yang mana Dr minta peserta bayangkan jika satu hari nanti, kita dah bergelar mayat. 

Sekujur jenazah kita dibaringkan dan boleh tak kita bayangkan siapa ada bersama kita pada waktu itu. Kalau ada orang yang datang di perpisahan terakhir itu syukur Alhamdulillah. 

Tapi kalau tidak? korang fikir-fikirkan lah.

Oleh sebab tu juga, aku dah mula tanam dalam otak setiap kali bangun tidur aku akan tentukan siapa yang akan aku tolong hari ini. 

Aku doa Tuhan mudahkan dan beri petunjuk untuk mereka hadir dalam hidup aku. Walau bukan pertolongan dari segi wang ringgit, aku yakin masih banyak cara untuk aku bantu.

Nak aku bantu korang? Jumpa lagi di lain entri ya. Terima kasih kerana sudi membaca. Harapan aku nanti andai satu hari aku dah tiada, tolong sedekah AlFatihah untuk aku setiap hari. Salam sayang dari aku untuk korang.

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Sekurang2nya pun, jangan menyusahkan orang lain

    BalasPadam
  2. Alhamdulillahh. terima kasih kak tulis entri motivasi + berunsur ketuhanan yang bermanfaat ini hehehe. moga kita semua menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang ramai aamiin :)

    BalasPadam
Catat Ulasan