Anak Didik Dr Azizan Paling Berjaya

Setahun yang sudah kalau perasan aku ada buat perkongsian tentang Program Nak Ubah hidup (NUH) yang dianjurkan oleh Richworks bertempat SCCC Setia Alam Selangor. Rasanya semua tahu kalau sebut tentang Richwork dah tahu pengasasnya tak lain tak bukan iaitu Datuk Wira Azizan Osman.

Masa tu aku hadir sebagai peserta yang memang dahagakan ilmu untuk ubah kehidupan. Apa aku dapat sepanjang program ialah betapa pentingnya kesedaran dan tindakan yang kita ambil jika nak ubah hidup.

Bagus kalau ada kesedaran nak ubah hidup, tapi akan jadi sia-sia kalau tak ambil tindakan. Nak berjaya kena berani ambil tindakan dan cari mentor yang boleh bimbing kita dalam kehidupan.

Boleh baca pengalaman aku di Program NUH 2020 ni




Senarai Anak Didik Dr Azizan Paling Berjaya

Salah satu perkara aku suka bila hadir ke program macam NUH ni ialah perasaan gembira dikelilingi orang-orang yang sedang dan sudah pun berjaya. Memang sesi buka mata betul. Kalau sebelum ni kita dimomokkan dengan “Anak Melayu yang malas bekerja”, tapi hakikatnya dekat luar sana masih banyak anak Melayu yang sedang berusaha melakar kejayaan.

Sepanjang sesi NUH, Richwork banyak buat perkongsian tentang anak-anak didik Dr Azizan yang sudah berjaya. Berjaya pecah telur bak kata orang business. Setiap orang istilah berjaya tu berbeza kan? Ada yang berjaya buat jualan 100 ribu pun dikira berjaya.

Jadi aku nak kongsikan antara anak-anak didik Dr Azizan yang berjaya melakar sejarah dalam bidang perniagaan:

 


MAMASAB BAKERY

Puan Siti Noor Sabrina sempat berkongsi pengalaman hidup yang berjaya menyentuh hati semua peserta. Kagum betul dengan semangat dan pencapaian dia yang nak senangkan ibu bapa. Berhenti kerja sebagai penjawat awam dan kemudian beranikan diri menceburi bidang perniagaan.

Mula masak dekat rumah je dan sekarang dah ada banyak cawangan menjual kek Mamasab Bakery dan satu persatu produk di bawah Mamasab berkembang.

 

MOHD NAJIB ASADDOK

Beliau ni terkenal di alam maya dan juga antara insan-insan yang mempelopori online business di Malaysia. 7 tahun menuntut dengan Dr Azizan dan merupakan ahli Titanium pertama dan paling lama sedut ilmu Dr Azizan. Bermula dengan hanya 2 orang staf dan sekarang sudah memiliki 26 orang staff dan semakin dikenali ramai.

 

BAJU KURUNG HASNURI

Hasnuri diketuai oleh Encik Mohd Hasbullah Awang yang merupakan seorang guru dan dia ambil keputusan untuk fokus kepada perniagaan dan tekad menamatkan perkhidmatan di sektor kerajaan. Beliau dibantu oleh isterinya dan banyak berkongsi pengalaman business yang turun naik.

Hasnuri dikenali dengan baju kurung yang simple dan boleh dipakai oleh semua orang. Kualiti bagus dan harga pun berpatutan (RM50 sepasang sahaja), banyak juga kawan-kawan aku yang terlibat jadi agent Hasnuri ni.

Nak beli boleh contact: Kak Lyn - Hasnuri

 

BANTAL HOTEL DAG

Pernah tak lalu dekat highway (zaman sebelum PKP) nampak billboard lelaki pegang bantal? Bantal hotel katanya. Waktu program NUH ni pun En Das Abdul bawa bantal dia ke mana-mana. Bertukar kerjaya dari seorang Engineer kini usahawan berjaya. Antara anak didik Dr Azizan Osman yang berjaya dan merangkul banyak anugerah.




NURRAYSA BEAUTY

Puan Nur Aini Zolkepli iaitu pengasasnya yang bermula dengan duit modal RM500 yang dipinjam dari suaminya. Mula menjual sabun rumpai laut yang mendapat sambutan kemudian hadir ke kelas Dr Azizan untuk mencari mentor.

Sekarang satu Malaysia kenal NURRAYSA BEAUTY dengan produk kosmetik mesra wuduk pilihan wanita Muslimah.

 

KING’S CHAR KUEY TEOW

Aku tahu tentang King’s Char Kuey Teow waktu bercuti dengan kawan-kawan dekat Ancasa Hotel Port Dickson. Malam tu kami ramai-ramai merayap cari makan untuk celebrate birthday kawan. Restoran dia luas, ada busking, ada pilihan menu yang banyak, servis laju, rasa pun boleh tahan walau bukan Char Kuey Teow terbaik pernah aku makan.

Kisah menarik tentang pemilik King’s Char Kuey Teow ni, Aizat Zulhailie Abu Bakar, dulu dia berniaga bawah pokok je tapi sekarang dah ada restoran yang besar boleh tamping sehingga 1,500 dalam satu masa.

 

Anak didik lain adalah seperti dibawah:

  • SABELLA
  • REMPAH MAK SITI
  • FAITH FLEUR
  • NOIR HEALTH AND BEAUTY
  • PUSAT TUISYEN TERATAK ILMU (PTTI)
  • EHATI INTERNATIONAL
  • HAYDA SCARFT
  • WARDROBE COUTURE
  • ESKAVIE
  • SAMBAL GARING CHE’NOR
  • JAMUMALL
  • WANYS FOOD
  • FESYEN NOR IDAMAN
  • GALERY BAWAL
  • CARMELITA
  • NOOR ARFA
  • ENG’S POPCORN

DLL

 

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi usahawan-usahawan yang berada di bawah bimbingan Dr Azizan. Kagum sebab mereka ni boleh komited dengan perjalanan masing-masing. Memang betul lah langkah tu, kalau nak berjaya kena ada impian, semangat dan mentor supaya tak langgar dinding.

Tak kisah dengan siapa kau orang berguru, yang penting hasil dia. Pilih lah guru yang bawa ke arah kebaikkan, yang bukan pilih berjaya di dunia sahaja.

 

6 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Memang banyak dah berjaya bawah didikan DAO ni. Tak mustahil ko pun boleh berjaya juga one day. Aku doakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin Ya Mujib..doakan aku ya.. moga kita sama-sama berjaya

      Padam
  2. Ramai yang dah berjaya berkat didikan DAO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya berkongsi ilmu, pembuka jalan..seterusnya terpulang diri sendiri ambil langkah

      Padam
  3. kak diah boleh berjaya jugak..in shaa Allah

    BalasPadam
  4. kak diah boleh berjaya jugak..in shaa Allah

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama