Dah beberapa tahun aku rancang untuk berniaga dan bina jenama aku sendiri. Sungguh aku teringin sangat.
Bertahun aku plan sejak aku masih bekerja lagi. Tahun pertama aku work from home, aku bergelut nak bahagi dan uruskan masa. Hampir kalah sebenarnya.
Masuk tahun kedua, aku lebih kuat. Aku faham mana kelemahan dan apa perlu aku buat, tapi biasalah kekuatan tu tak selari dengan kehendak.
Soalan Aku Tuhan Jawab Akhirnya
Impian aku masih ada progress walau sikit.
Selalu aku tanya Allah dalam setiap doa. Kenapa ya doa aku belum diperkenankan?
Kenapa langsung tiada isyarat
Allah turunkan. Salah ke apa aku minta? Terjawab akhirnya persoalan aku kenapa
Allah masih belum gerakkan hati untuk teruskan apa yang aku rancang.
Rupa-rupanya kerana COVID-19 ni.
Aku Dah Dapat Jawapan
Alhamdulillah. Bayangkan kalau lah aku teruskan
juga, agak pedih untuk survive terutama di waktu semua orang berhati-hati untuk
berbelanja.
Terima kasih Allah. Aku dah dapat jawapan. Terima kasih buat aku
faham yang rancanganMu adalah yang paling terbaik kerana Kau sebaik-baik
Perancang.
Back to my business plan, masih
akan diteruskan tapi aku akan buat sedikit perubahan. Kena brainstorm lagi dan
mungkin aku kena cari partner. Mungkin.
Semuanya masih awal tapi waktu rehat
inilah patut dijadikan masa untuk fikir dan rancang plan seterusnya. Dan ya aku belum putus asa.
Hidup Masih Perlu Diteruskan
Dalam kekalutan kita diuji
penyakit dan wabak, diuji wang ringgit, kehidupan kita masih perlu diteruskan. Sungguh,
yang masih hidup perlu fikirkan keluarga, yang sakit harus kuat melawan
penyakit.
Aku selalu fikir, kalau aku yang
masih punya suami yang bekerja, ada rumah untuk berlindung, ada makanan rasa
pun rasa susah. Macam mana perasaan dan nasib gelandangan, orang miskin, anak
yatim? Sedih.
Aku harap dengan musibah yang
melanda Malaysia akan melahirkan golongan yang murah hati, banyak bersedekah,
berhati mulia, tak kedekut, bertimbang rasa dan sentiasa berkasih sayang.
Ada
hikmah Tuhan turunkan semua ujian, tak lain tak bukan nak melihat sejauh mana
keimanan kita. Semoga kita semakin dekat dengan Pencipta.
Semoga ujian yang sedang menimpa kita ini menjadikan kita lebih kuat dan menaikan darjat di sisi Pencipta.
Semoga ujian yang sedang menimpa kita ini menjadikan kita lebih kuat dan menaikan darjat di sisi Pencipta.
Buat Baik Pun Kena Kecam
Sedikit selingan, cuma aku sedih,
bila terbaca tentang rakyat Malaysia yang berfikiran negatif dan tahu nak cari
salah orang je.
Ada ke patut kecam tindakan baik orang bersedekah. Ya, aku
geram sangat bila orang kata Ustaz Ebit Liew tu berlagak siap rakam video masa
hantar bantuan ke klinik-klinik.
Niat, ikhlas atau tidak biar itu urusan dia dengan Tuhan.
Ya ampun apakah makhluk itu tidak
menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah? Teringat Sajat kalau
sebut ayat tadi.
Aku rayu agar rakyat Malaysia
tidak mengecam mereka yang bersedekah dan berkongsi di Facebook. Tolonglah
jangan perli atau berfikiran sempit.
Mari meriahkan dunia dengan perkara baik.
Dari berkongsi perkara pelik, hal politik lebih elok lah kongsikan amalan
bersedekah agar terdetik di hati orang lain untuk turut sama menghulurkan
bantuan.
Yang manakah lebih baik, SEDEKAH
secara rahsia atau terang-terangan?
1. Firman Allah SWT yang
bemaksud:
Jika kamu menampakkan sedekah
(mu) maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya, dan kamu berikan
kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu paling baik bagimu.
Dan Allah
akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa
yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Baqarah: 271)
2. Hadis daripada Ibnu Abbas r.a
yang bermaksud:
Sedekah sunat yang diberikan
secara rahsia lebih afdal daripada yang diberikan secara terang-terangan dengan
70 kali ganda.
Dan sedekah wajib yang diberikan secara terang-terangan lebih
afdal daripada yang diberikan secara rahsia dengan 25 kali ganda. Demikian juga
segala jenis amalan yang difardhukan dan yang disunatkan.
(Al-Futuhat al-Uluhiyyah; Tafsir
al-Alusi; Tafsir al-Kasyaf-Tafsir al-Zamakhsyari)
3. Imam Al-Syafi'e menyatakan:
Sudah sepatutnya bagi seorang
alim memiliki amalan rahsia yang tersembunyi; hanya Allah dan dirinya sahaja
yang mengetahuinya. Kerana segala sesuatu amalan yang dinampakkan di hadapan
manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat kelak.
(Sayyid bin Husain al-'Afaniy,
Ta'thirul Anfas min Hadith al-Ikhlas)
Kesimpulan: (Menurut Ulamak)
1. Sedekah WAJIB (zakat) lebih
afdal diberi secara terang-terangan (untuk menggalakkan orang lain)
2. Sedekah SUNAT (sumbangan,
derma, khairat) lebih afdal dilakukan secara rahsia/sembunyi. Ia lebih
mendekatkan kepada ikhlas dan menjauhkan daripada riak.
* Jika sekarang sudah menjadi
tabiat dan kebiasaan sedekah SUNAT ditulis, disenarai dan dihebah2kan,
renung-renungkan dan teruskan bermuhasabah! Ikutlah jejak Rasulullah saw. dan
para alim ulamak.
*Beramallah dengan hati penuh
TAWADHUK bertemankan sifat WARA' . Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.
Catatan 22 Oktober 2016 oleh Bushrah Basiron di Facebook.
Kesimpulan
Mak aku selalu pesan, kalau kita
ni tidak mampu, tidak ada harta yang banyak, tak cukup kudrat, tak pandai dan
seangkatan dengannya untuk membantu, janganlah pula kita menjadi penghalang
untuk orang lain berbuat kebaikan.
Bahasa kasarnya, kau tak mahu tolong, kau
duduk diam-diam. Jangan sibuk nak judge orang. Sampai masa kau nanti, Tuhan
akan tunjuk apa perlu kau faham. Kau sabar jap.
Semoga kita semua dipermudahkan
segala urusan, diberi nikmat kesihatan yang baik berpanjangan, dimurahkan
rezeki yang halal, dan sentiasa berada di bawah lindungan Tuhan.
Sebelum aku
undurkan diri, aku mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran yang tak
sengaja aku lakukan. Jumpa lagi di lain entri.
chin up, babe !! aku kenal ko, aku tau ko boleh. mungkin ko kekok je tak de keje awal2 brenti keje dulu. aku boleh ajar, aku senior ko sebab aku dah lama tak bekerja. hahahahaha~
BalasPadambanyak benda dalam otak ko tak lepas ni. tulis wey. tulis - tapis. kuatkan hati.
ko tak de jalan lain dah sebab ko dah separuh jalan.
Makin banyak berita dan perkongsian negetif di media sosial skrg nie.. semuanya nak dikecam.. seram bila buka..
BalasPadam