Ragam Hari Pertama Berpuasa

Rodiah Amir
2

Alhamdulillah berjaya lepas satu hari puasa tanpa sebarang drama air mata dan ragam hari pertama berpuasa anak bujang. Tidak la dia menitis air mata minta nak buka puasa. 

Hari pertama berpuasa tahun ni sedikit berbeza berbanding tahun lepas, yelah dengan keadaan PKP ni memang agak sedikit lain rutin harian.

Maksud aku berbeza dari segi penyediaan dan beli barang dapur. Kalau tahun lepas agak-agak tak cukup bahan last minute boleh je suruh suami keluar beli barang, tapi tahun ni memang kena beli awal dan redha je barang tak cukup. 

Ragam Hari Pertama Berpuasa

Kena jadi lebih kreatif dari biasa. Banyak juga barang aku nak beli tak cukup stok dekat pasaraya. Nak beli buah koktel dari hari tu tak jumpa.

Sesungguhnya memang sangat penting merancang menu dari awal. Setakat ni aku dah readykan senarai menu berbuka untuk seminggu. 

Alhamdulillah walau sedikit lari dari plan asal tapi sangat membantu otak aku bekerja. Tak lah penat berfikir. Buang masa.

Koleksi 30 Resepi Berbuka Puasa




Menu Berbuka Hari Pertama

Memang jadi kebiasaan hari pertama berbuka aku cuba untuk sediakan ayam bakar. Bagi aku menu Ayam bakar ni mengimbau semangat bazar Ramadan. 

Tahun lepas aku buat ayam golek, tahun ni malas nak cucuk ayam dengan besi jadi masak dalam bekas kaca je senang. Menu paling senang bagi aku.

Oleh sebab bazar Ramadan dah tiada baca dengan nada sedih dan malas nak beli di bazar Ramadan online jadi aku rajinkan diri buat kuih. Sekadar meriahkan meja di samping gembirakan hati suami dan anak-anak.

Tak Larat Masak, beli je Juadah berbuka Online ~ Senarai Bazar Ramadan Online 2020

Pertama kali aku buat Apam Balik dan menjadi. Perasaan gembira tu tak terkata. Rupanya senang je nak buat. cis. 

Modal pon murah je aku rasa tapi apesal harga Apam balik semakin mahal orang jual eh. Suami pun puji kata macam dekat pasar malam. Bangga sekejap. Lol.





Cabaran Ramadan Tahun 2020

Kalau difikirkan dari sudut kesusahan dan cabaran yang datang memang sedih tapi cepat-cepat aku fikir dari sudut yang positif. 

Kalau tiada COVID-19 pasti bulan puasa aku tak meriah sebab suami akan bekerja dan anak bujang habiskan masa puasa di sekolah. 

Bersyukur sangat masa kami satu keluarga lebih banyak, memang meriah dengan adegan gaduh-gaduh anak-anak. Sesekali keluar juga perangai Singa aku tu.

Cabaran lain adalah kawalan emosi dan rasa bosan terperap duduk rumah. Macam tak percaya aku tak keluar ke pasaraya lebih dari sebulan. Syabas diri sendiri. 

Kalau ikut hati memberontak boleh je aku ingkar ikut suami beli barang sebab suami kata semakin ramai ingkar arahan PKP keluar suami isteri. 

Tapi, kena la jujur. Memang polis tak tangkap tapi dosa tu, untuk yang keluar tu aku husnuzon lah ada urusan yang penting korang nak buat.

Rindu suasana nak berbuka dekat kampung dengan mak, tapi terpaksa rela terpaksa la konsepnya untuk tahun ni. Seronok tengok muka mak ceria bila buat video call. Meriah sebab ada cucu-cucu teman puasa. 

Kebetulan akak aku balik bercuti masa cuti sekolah yang lepas, tak lama tu PKP dilaksanakan. Sampai sekarang lah tak boleh balik.  


Ucapan Ramadan

Di kesempatan ini, aku ambil peluang untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua, pembaca-pembaca blog, kawan-kawan di alam maya, saudara mara dan umat Islam yang sama-sama puasa dan berjuang melawan COVID dan juga diri sendiri. 

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Esok lusa boleh ulang kembali kenangan dan bercerita dengan anak cucu apa yang jadi. Salam sayang dari aku. jaga diri dan selamat berbuka.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Salam ramadhan diah.. sedap menu tu.. nyumm,... nyum..

    BalasPadam
  2. Salam ramadan
    kena fikir 30 hari nak masak apa sepanjang ramadan

    BalasPadam
Catat Ulasan