Jangan Banyak Ketawa Buruk Padahnya

Rodiah Amir
3

Waktu aku kecil dulu, emak selalu pesan, " jangan banyak ketawa nanti menangis, buruk padahnya". Ayat itulah emak selalu ulang bila kami selalu lupa daratan bila bermain. 

Akhirnya memang jadi kenyataan bila berlaku kecederaan. Main tidak ingat dunia memang mendapatlah. 

Baiklah, sebelum aku menulis lebih panjang, aku nak ingatkan diri sendiri dan yang sedang membaca bahawa aku tiada kepakaran nak kupas, 


Jangan Banyak Ketawa Buruk Padahnya

Hak nak kondem atau nak kutuk pihak yang terlibat dengan isu/ perkara yang sedang hangat diperkatakan di internet sekarang. 

Aku menulis di ruangan peribadi di blog aku sebab aku rasa banyak perkara aku belajar dari apa yang telah berlaku kepada pasangan Selebriti Media Sosial (lelaki Melayu yang berkahwin dengan orang Korea) dan isu bekas Pengerusi Prasana yang baru-baru ni dipecat. 

Satu perkara yang aku boleh relate dengan dua incident atas ni ialah tentang ketawa tak kena tempatnya dan juga pepatah lama orang Melayu iaitu: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Bagi yang tak sure isu apa, kau orang google jelah eh. Tidaklah juga niat aku nak ketawakan orang yang sedang diberi ujian. 




Teringat Pesan Mak Bila Asyik Ketawa

Perkara pertama yang aku boleh relate dengan apa yang terjadi ialah aku teringat pesanan mak aku selalu sebut bila kami banyak ketawa or ketawa tak kira masa. 

Mak pesan: “Jangan ketawa lebih sangat, karang mendapat sakit dia” 

Lebih kurang macam tu lah amaran mak. Selalu kami adik beradik bergurau tak kira masa. Paling seronok bergurau time nak masuk Maghrib. 

Ha waktu tu lah ada yang kepala benjol, mulut berdarah atau pun kepala terhantuk. 

Masa tu jugalah mak aku akan keluarkan kata-kata hikmat beliau. 

“kan aku dah cakap, kau orang degil. Main lagi, bergurau lagi waktu Maghrib. Syaitan banyak keluar. Kau orang pun sibuk nak jadi Syaitan” 

Perghh.. makan dalam. 

One thing yang aku ingat sampai sekarang ialah, makin banyak kau ketawa makin banyak juga lah kau bakal keluarkan air mata. 

Aku bukan nak judge sesiapa dalam entri kali ni, cuma aku nak ingatkan diri sendiri yang agama Islam tak melarang pun untuk berhibur, ketawa gembirakan diri tapi semuanya ada batasnya. 



Setiap Perkara Ada Had Termasuk Ketawa

Bergurau ke, buat lawak ke kena lah ada had dia. Cuma yang selalu jadi dalam hidup, bila selalu sangat bergelak ketawa, buat lawak kurang bijak tabiat tu melekat dalam diri. 

Mulut pun jadi automatik celupar. Kan orang kata, mulut lebih tajam dari pedang. Wah banyak peribahasa aku kongsi dalam entri kali ni. 

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. – Dewan Bahasa Pustaka

Nabi SAW bersabda, Maksudnya: 

Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba. (Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanad hasan). 

Sesungguhnya, Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran. 

Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61, mafhumnya “Adakah kamu hai musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan lalai.” 

Allah telah berfiman dalam surah al-Hujurat mafhumnya, ayat 11, 

“Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. 

Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina…”


Kesimpulan 

Apa yang berlaku semestinya ada hikmah. Marilah kita sama-sama ambil iktibar. Nasi sudah menjadi bubur, apa yang penting kita belajar sesuatu. Walaupun payah kita nak telan kebenaran dan bangkit semula (bagi yang diuji) tapi percayalah peluang tetap ada bagi mereka yang nak berubah. 


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Sesuaitu yang kita lakukan perlu ada batas dan hadnya

    BalasPadam
  2. ye, saya setuju dgn entri ni. Mak saya pun sama nasihatkan kami adik beradik. Saya sendiri pun sampai skarang ini, bila ketawaa je, kkena behave. supaya tak terikut emosi.

    BalasPadam
  3. Mak Ai pun selalu pesan jangan terlalu suka-suka sangat nanti menangis.

    BalasPadam
Catat Ulasan