Masak Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim

Masih lagi berada di bulan Syawal jadi mood bercerita tentang menu Raya tu masih ada. Memandangkan menu tahun ni ada kuah kacang jadi aku plan nak matchkan dia dengan nasi impit.

Teringat masa kecik dulu, mak selalu buat sendiri nasi impit. Masak nasi lembik kemudian tekan nasi dalam Loyang dan padatkan. Hempap dengan pemberat semalaman. Pagi Raya dah boleh potong dan makan.

Bila ada keluarga sendiri aku beli ketupat instant atau nasi impit segera je. Tahun lepas suami rajin anyam ketupat, tahun ni mood tak datang pula.

Berdasarkan pengalaman sudah aku beli nasi impit segera jenama N dan nasi dia lembik. Frust ya alahai. Tahun ni aku memang tak beli pun so kena la buat sendiri.

Keluar pula kenyataan rasmi Adabi tentang ketupat Adabi lembik setelah dimasak. Mujur aku tak beli. Jadi aku ambil keputusan masak nasi impit guna plastic Aiskrim.




Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim

Berbaloi dicuba terutama untuk anda yang ahli keluarga tak ramai, dan yang terlupa nak rebus nasi impit di pagi Raya. Nak sediakan nasi impit segera ni pun mudah dan cepat. Dari segi rasa pun tak jauh beza.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah: Beras + Plastik Aiskrim Malaysia + Air

Caranya mudah je, isi beras yang dibasuh ke dalam plastik Aiskrim Malaysia. Anggaran setengah plastik kemudian ikat bahagian hujungnya macam ikat aiskrim tu.

Aku stapler je tapi sebab periuk aku sempit habis ada yang terburai nasi tu keluar. 




Kemudian cucuk plastik Aiskrim berisi beras dengan garpu. Tujuan dia supaya air dapat masuk bila kita rebus nasi impit.

Kemudian boleh rebus plastik Aiskrim berisi beras dengan air paip. Penting untuk guna periuk yang besar supaya nasi impit oleh mengembang dengan elok.



Agak-agak nasi dah kembang dah boleh angkat dan sejukkan. Anggaran dalam setengah jam juga lah. Kemudian boleh lah dipotong.



1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Wow.. first time tahu boleh masak mcm ni.. ni kalau tetiba tekak teringin, boleh beli plastik aiskrim je buat sendiri. murah dan mudah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama