Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

Rodiah Amir
1

Kecoh kan sekarang tentang kejadian tertukar bayi di hospital yang berlaku kepada Puan Siti Jamumall dan Puan Diana. Ingatkan perkara tertukar anak ni berlaku dalam drama sahaja.

Itu apa yang selalu aku fikir dulu, tak mungkin kecuaian macam tu boleh berlaku. Tapi bila kejadian sama berlaku pada diri sendiri lima tahun lepas, aku boleh relate apa ibu-ibu terlibat ni rasa.


Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

Puan Siti Jamumall ni aku kenal sewaktu aku tulis artikel mengenai adik beliau pada tahun 2019. Menariknya adik beliau merupakan orang kelainan upaya tetapi dikenali sebagai usahawan berjaya.

Boleh google tentang ‘Nizam tiga jari’.  Boleh baca kisah inspirasi dekat sini Kisah Usahawan OKU Berjaya




Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi

Berbalik kepada tajuk di atas, aku sempat merasa pengalaman tertukar anak sendiri waktu melahirkan anak kedua di sebuah hospital swasta.

Mujurlah aku bukan artis atau golongan yang dikenali, kalau tak mesti netizen kecam aku sibuk nak buat live sampai anak sendiri tak cam, sama macam apa yang berlaku kepada Puan Siti.

Budaya cyber bully, kecam mengecam ni serius kena stop la wahai rakyat Malaysia. Tak baik judge orang sedangkan kita tak tahu kehidupan dia yang sebenar.

Pengalaman aku pula lebih kurang sama cuma tempoh aku sedar bayi tu bukan anak aku berlangsung dalam 10 – 15 minit macam tu.

Sekadar throwback, aku bersalin normal dan selesai urusan melahirkan anak kemudian aku dimasukkan ke wad. Memang suami tempah bilik seorang untuk keselesaan kami.

Waktu mendaftar masuk hospital, nurse dah minta baju, pampers & selimut bayi awal-awal supaya senang bila anak lahir je nurse akan pakaikan baju sebelum diserahkan kepada ibu bapa.

Aku ingat lagi baju yang aku siapkan dalam bag bersalin ialah baju belang Kuda Belang.

Apa yang berlaku pada kami ialah waktu nurse serahkan anak aku tengah berehat setelah penat meneran. Walaupun penat aku tak sabar nak jumpa dan susukan anak.



Nurse Mohon Maaf Tertukar Bayi

Dalam keadaan yang penat selepas bertarung nyawa memang kita harapkan dan letak kepercayaan sepenuhnya kepada pihak hospital.

Moment pegang anak kali pertama tu sangat-sangat berharga. Lepas nurse keluar bilik perkara pertama kami buat adalah cium dan belek anak.

Laju je ambil handphone nak rakam memori indah tu.

Waktu ni bayi kemas berbalut dan dibedung. Hanya nampak muka sahaja. Masa pegang bayi yang disangkakan anak sendiri waktu tu memang terasa lain sangat tapi cepat-cepat tepis perasaan tak sedap hati tu.

Hilang rasa sakit meneran waktu bersalin bila nampak anak depan mata. Perasaan sayang tu kalau boleh digambarkan macam seluas lautan lah.

Tapi masa ni kami dah mula pelik, hidung bayi tu mancung sedangkan hidung kami biasa-biasa je. Hidung Melayu. Ahaks.

Lagi satu bayi ni berkulit cerah dan banyak bulu pada jari dan bahagian muka. Perkara paling best dapat cium jari jemari baby. Terapi sungguh bau bayi baru lahir.

Sayang punya pasal, segala ‘kelainan’ pada bayi aku tolak tepi. Sambil peluk erat sambil tu mulut aku bercakap-cakap dengan bayi.

“hey awak anak siapa ye?” dalam nada berseloroh.

Elok kami tengah bercakap-cakap dengan anak, nurse masuk dan sampaikan berita tertukar bayi.

Mata aku automatik pandang baju yang nurse pakaikan pada bayi. Bukan baju Kuda Belang yang aku bekalkan tu. Nurse minta maaf atas kemalangan yang tidak disengajakan.

Mulut terus laju tanya mana anak aku?

Nasib lah waktu tu aku belum sempat susukan bayi tu lagi.

Dijadikan cerita rupa-rupanya bayi yang diserahkan pada kami tu emak dia masih belum sedarkan diri (mak dia bersalin caeser).

Reaksi kami masa tu kosong sangat, semestinya kami blur. Belum hilang penat terkejar-kejar uruskan hal bersalin tiba-tiba kejadian macam ni berlaku.  

Jadi aku faham sangat bila Puan Siti & keluarga lambat sedar tertukar anak. Lepas bersalin dalam otak hanya fikir nak balik dan berehat.

Nak pula bersalin di zaman Covid ni, prosedur dia lebih panjang berbanding waktu normal dahulu. Pasti lebih penat.

Untuk kes aku, kami decide tak ambil tindakan lanjut. Nurse pun banyak kali minta maaf, sebelum keluar hospital banyak kali aku minta nurse pastikan kami tak tersalah ambil anak orang.

Bagi kes Puan Siti khabarnya dia nak ambil tindakan undang-undang. Kalau itu pilihan dia terpulanglah kan. Sekurang-kurangnya ianya akan jadi iktibar kepada pihak hospital supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Taktau nak komen apa bab ini cuma semoga ianya menjadi peringatan dan iktibar buat kita semua

    BalasPadam
Catat Ulasan