Pengasas Jamumall.com Usahawan OKU Berjaya

Pengasas Jamumall.com Usahawan OKU Berjaya | Assalamualaikum. Rasa bersemangat dan teruja sebab baru lepas tengok perkongsian dari usahawan OKU yang telah berjaya menjadi jutawan di usia mencecah 30 an. Walaupun berlainan keupayaan tapi ianya bukan menjadi penghalang untuk Nizam berjaya seperti orang lain. Kisah hidup Khairul Nizam pernah dikongsi dalam rancangan Nona dan juga Wanita Hari Ini pada tahun lepas di TV3. Kejayaan Khairul Nizam membuktikan siapa sahaja boleh berjaya asalkan ada kemahuan dan kehendak untuk mengubah kehidupan. Hanya mampu gerakkan tiga jari tapi dia berjaya capai apa dia mahu.


Kisah Kejayaan Pengasas Jamumall.Com, Usahawan OKU Berjaya

Dalam perkongsian dia, tulang belakang dia untuk berjaya dan kekal positif sehingga ke hari ni ialah ibu dan juga keluarga dia. Sangat-sangat positif, tak pernah mengeluh, sentiasa sokong dan tak anggap dia sebagai beban malah mereka layan dia seperti adik beradik normal dia yang lain. Aku kagum gila dengan semangat ibu Nizam ni, dalam setiap kata-kata dia akan tekankan yang doa ibu sangat power. Seorang ibu tak boleh lemah dan dia tukarkan kelemahan Nizam untuk jadi kekuatan dia.

Pastinya kisah kejayaan Khairul Nizam dengan keadaan dia yang serba kekurangan tu berjaya buka mata orang yang normal untuk sama-sama berjaya. Memang tak munasabah kalau orang yang normal tapi cepat putus asa dan cari alasan tak nak berusaha.

Latar Belakang Khairul Nizam Usahawan OKU Berjaya

Khairul Nizam merupakan anak sulong daripada 6 orang adik beradik. Dilahirkan normal sehingga lah dia berusia 2 tahun Nizam disahkan oleh doktor pakar yang dia menghidap penyakit yang melumpuhkan seluruh tubuhnya. Menurut doktor pakar Nizam Dilahirkan dengan tulang tidak normal. Tulangnya berwarna kuning dan tidak boleh membesar serta tidak boleh tegakkan badan.


Pada usia 10 tahun dia hilang keupayaan untuk berdiri dan berjalan. Dia boleh bergerak dan merangkak tapi pergerakan dia sangat terbatas. Semasa berusia 15 tahun dia mengalami kemalangan, dia terjatuh dari kerusi roda dan terus tak boleh bergerak langsung walaupun nak angkat tangan. Nizam hanya terlantar di atas katil dan harapkan bantuan orang lain untuk menguruskan diri. Semua anggotanya lumpuh kecuali tiga jari sahaja yang berfungsi.



Khairul Nizam Pengasas Jamumall.Com

Sifat cintakan ilmu dan mahu berjaya tak mematahkan semangat Nizam untuk menerukan kehidupan. Hanya sempat ke sekolah rendah dan terpaksa belajar secara dalam talian. Walaupun begitu, dia telah berjaya mencipta platform dalam talian untuk memudahkan pengguna membeli dan membantu founder produk memasarkan barangan kesihatan dan kosmetik yang diberi nama jamumall.com.

Khairul Nizam tahu kepakaran dia ialah dalam bidang marketing dan dia tahu cara nak marketkan produk secara online. Jadi orang datang merujuk kepada dia untuk pasarkan barang-barang seperti barangan kesihatan dan juga kosmetik. Dia kongsikan pendapatan bulanan syarikat dia mencecah 200 ribu sehingga 400 ratus ribu setiap bulan. Dia tahu kuasa viral dan internet jadi dia buat.




Lepas je tahu kisah Khairul Nizam ni, aku yang dilahirkan sebagai orang yang cukup sifat rasa malu bila aku cepat sangat down bila ditimpa ujian. Sedangkan dia yang banyak kekurangan, tak dapat bergerak bebas tapi masih lagi positif dan gembira capai impian dia. Salute habis dan aku harap korang pon dapat ambil pengajaran dari kisah dia. Salah satu impian Khairul Nizam, dia nak bangkit dan buktikan pada masyarakat yang walaupun dia hanya ada tiga jari dan satu akal dia dapat beri manfaat pada orang, boleh buat keluarga dia gembira dan bantu orang lain.

Jom follow Khairul Nizam

FB



Website


Post a Comment

3 Comments

  1. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  2. Moga kita juga mempunyai semangat yang tinggi seperti beliau demi untuk berjaya

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.