Daging Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal

Pertama kali cuba daging salai keluaran Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai, kami sekeluarga makan sambil berlinang air mata. Dia punya sedap tu tak terkata. Peminat Gulai Lemak Cili Api faham apa aku cuba terangkan ni.

Semangkuk gulai daging tu kami makan tiga beranak je tapi berebut weh, habis hancur diet. Serius mengimbau kenangan waktu kecil bila makan masak lemak daging salai Tok Duck. Automatik teringat masakan mak dekat kampung. Sedikit sebanyak terubat kerinduan nak makan masakan kampung waktu PKP ni.


Produk Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal


Jom Kenal - Ahmad Farm Tok Duck Royal Salai

Kisah di sebalik kewujudan Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai sangat menarik bagi aku. Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal bermula pada tahun 2016 selepas pemiliknya, Zaquwan Zakaria yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan kembali ke kampung halaman selepas pemergian ayahanda tercinta.

Rasa tanggungjawab menjaga emak tercinta dan membantu keluarga, Zaquwan memulakan langkah baru dalam kerjaya sebagai Penternak Itik. Tahun 2017 Zaquwan mula belajar selok belok menjadi penternak dan penuhkan ilmu di dada.

Bermula dengan itik salai sehingga kini pada tahun 2021, Ahmad Farm kini terkenal sebagai Pembekal Produk Salai termasuklah Daging Salai, Ikan Keli Salai, Gulai Itik Salai Masak Lemak Cili Api & Gulai Daging Salai Masak Lemak Cili Api (Ready to Eat).


Produk Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal


Proses Penyediaan Daging Salai Ahmad Farm Tok Duck

Apa yang best tentang Tok Duck Royal Salai ni ialah ianya merupakan produk Muslim Bumiputera yang berkualiti tinggi dan semestinya Halal. Setiap langkah penyediaan baik dari penyediaan bahan mentah sehinggalah proses menyalai semuanya di sediakan dengan rapi.

Untuk Daging Salai, Ahmad Farm menggunakan daging Batang Pinang sebab tu daging dia lembut. Sebelum disalai, daging akan diperapkan dengan kunyit dan garam. Proses membakar pula menggunakan teknik " Cleopatra Smoke".


Produk Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal


Cleopatra Smoke dalam bahasa mudahnya daging dibakar secara sekata supaya daging cepat kering. 30 minit pertama ni dijaga rapi supaya rasa salai tu terhasil. 

Tak boleh terlajak salai. Nanti daging tu 'over cook'. Paling bahaya hangus kering terbakar. Tak sedap dah. Daging akan terasa pahit.

Proses membakar pula dimulakan dengan asap kayu, tempurung, sabut selama beberapa jam supaya dapat keringkan daging tu dulu. Kemudian diseimbangkan dengan pembakaran sekata dan proses mengambil masa sehingga 6 jam lamanya.

Hasilnya daging salai batang pinang sekata masaknya, lembut dan paling penting terasa salai  kampungnya.

Lagi satu, produk Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai ni betul-betul ‘cerewet’ dan teliti memilih bahan bakar daging dan produk salai lain. 

Tok Duck menggunakan dahan pokok rambutan sebagai salah satu bahan bakar kerana asap dari dahan pokok rambutan memberikan rasa ‘smoke’ yang lebih berbanding bahan bakar yang lain.


Produk Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal


Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Oleh sebab daging salai Ahamd Farm ni lembut dan saiz potongan yang sedang elok jadi bila masak memang tak perlu tunggu lama nak rebus bagai. Hanya masukkan Daging Salai Tok Duck, ketuk sebatang serai, satu keping asam keping dan santan secukupnya.

Perasakan dengan garam secukupnya. Nak pedas letak la cili padi. Masak sehingga mendidih. Ohoi senang betul.


Produk Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal


Senarai Ejen Daging Salai Tok Duck

Dah ramai yang join Team Tok Duck ni dan sekarang Ahmad Farm sedang aktif melantik ejen-ejen di seluruh Malaysia.

Rembau Pjol Elly & ZafriIsmaiskandar Abd Ghani 

Seremban Mekna Jasmayzarina Siti

Melaka Jijie Zainuddin & Zubir Kamiri

Klang - Hafeez Razak 

Kelantan Nasiha Sakina - 0137785856

Gemas Muhamad Zuzariff Kamaruzaman & Mujahid

Rawang Abu Zarl

Bangi Wan Aizuddin

Sungai Besi / Helmi

Kuantan Norhidayah Mohd Mahfuz

Puncak Alam Bro Bamie

Selayang Aminahuda Karim

Cheras Norasly Mohamad

Batu Caves Naq Agro Farm

Kuala Lumpur / Mohd Asyraf Mohd Noh

Perak / Faizal Razi

 

Senarai Harga

Daging Salai - RM27 (200g)

Ikan Keli Salai – RM20 (4ekor)

Itik Salai – RM55 (1ekor)

Gulai Itik Salai - RM35

Gulai Daging Salai - RM35

 

Jom dapatkan Produk Salai sekarang.

Untuk tempahan & pertanyaan lanjut, boleh hubungi no INI. 


Facebook Tok Duck            Instagram Tok Duck            Facebook Ahmad Farm

1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama