Dah Bayar Fidyah Ke Belum? Online Je

Rodiah Amir
0
Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi In Sha Allah umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan iaitu bulan yang dinanti ramai kerana fadilatnya. 

Bulan-bulan lain juga istimewa tapi bulan Ramadan ni kira extra special. Bila menjelang bulan puasa ramai lah siapkan checklist to do before, during dan juga menjelang hari-hari terakhir Ramadan. 

Semua ni untuk memastikan setiap hari dalam bulan Ramadan terisi dengan perkara yang memberi pahala.

Dah Bayar Fidyah Ke Belum? Online Je

Tak tahu kan masih ada ke kita di Ramadan tahun depan.

Tak ketinggalan juga ramai yang berlumba-lumba ganti puasa serta melunaskan pembayaran fidyah puasa bagi Fidyah disebabkan puasa yang lepas-lepas kita tinggal tapi tak sempat nak ganti pada tahun tersebut.

Tak seronoklah kan nak sambut Ramadan, tapi Fidyah belum bayar kan?

Perbezaan Ramadan Al-Kareem Dengan Ramadan Al-Mubarak  |




Bayar Fidyah atau Qada?

Aku kongsikan checklist yang dikongsikan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP berkenaan Fidyah dan juga Qada. Penerangan yang cukup ringkas tapi padat dengan info dan boleh difahami.

Kenapa kita kena bayar Fidyah?

Fidyah itu merupakan denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Riwayat Al-Tarmizi

Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” 

Boleh rujuk jadual di bawah untuk lebih faham. Kena betulkan fahaman, sebab dulu aku ingat kalau dah bayar Fidyah tak perlu Qada puasa dah.

Rupa-rupanya masih kena ganti ya. Sebab tu penting kita tuntut ilmu. 

|  Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti - Boleh ke?  |



Hukum Membayar Fidyah

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. 

Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. 

Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. *sumber MAIS


Bayar Secara Online Je

Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) ni agak menyukarkan kita untuk melangsaikan fidyah secara bersemuka jadi Pusat Zakat telah menyediakan kaedah pembayaran fidyah secara online.

Oleh sebab aku berada di Wilayah Persekutuan jadi pembayaran aku salurkan ke Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Korang boleh rujuk Pusat Zakat masing-masing.

Untuk penduduk di Wilayah Persekutuan boleh rujuk laman website MAIWP, dekat situ dah disediakan kalkulator Fidyah jadi mudah sangat. 

Cuma masukkan jumlah hari yang tak sempat ganti dan tahun puasa yang ditinggalkan. 



Bayaran pun dibuat secara online. Apa yang seronok, setiap kali buat bayaran zakat, akhir sekali nanti akan muncul doa oleh Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff. Perasaan seronok lepas dapat tunaikan tanggungjawab disamping mendapat doa dari orang alim.

Last but not least, aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam terutama yang membaca blog aku ni. 

Kepada yang selalu singgah dan drop comment, yang silent reader dan doakan hidup aku, yang tak sengaja baca. Aku ucapkan terima kasih, aku doakan korang sentiasa sihat, bahagia, kaya dunia akhirat, jumpa apa yang korang cari.

 

|  Didik Anak kenali Zakat  |

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)