Ad Code

Resepi Gulai Tunjang, Urat keting Makanan Popular Minang

Gulai urat keting lembu paling sedap aku pernah makan adalah dekat kedai makan Minang di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lama dah tak pergi ke sana.

Faham-faham sajalah, Kampung Baru tu kawasan parkir amat terhad dengan jalan yang sempit jadi rasa bercinta sangat nak pergi lagi.

Urat Keting lembu atau nama lain dia gulai Tunjang merupakan menu Makanan Padang atau makanan Minang yang merupakan masakan yang terkenal Orang Minangkabau dari Indonesia.


Resepi Gulai Tunjang, Urat keting Makanan Popular Minang

Selain nama Gulai Tunjang dan gulai Urat Keting, ada juga sesetengah tempat panggil kikil atau lebih dikenali sebagai kaki sapi.

Seingat aku, memang aku tak pernah makan dan emak tidak pernah perkenalkan pada kami adik beradik. Rasanya susah nak jumpa waktu aku kecil dulu.

Selain Gulai Tunjang, antara menu masakan Padang yang popular ialah Jangek kulit kerbau, ayam pop, rendang daging dan dendeng batokok. Kalau teringin nak makan boleh je cari Restoran Nasi padang seperti Restoran Sari Ratu.

| Gulai Daging Salai Masak Lemak Cili Api |


Resepi-Gulai-Tunjang



Set Gulai Urat Keting Masak Lemak 

Oleh sebab aku teringin dan lama sangat tak jejak kaki ke Kampung Baru aku cuba nasib cari restoran yang jual gulai urat keting menggunakan aplikasi foodpanda.

Tak mengecewakan dan tak sangka ada restoran berdekatan dengan rumah jual urat keting. Aku beli set urat keting masak lemak berharga RM17.60. Kalau walk in rasanya harga lebih murah.

Dalam set tu dapat dua ketul besar urat keting, sambal berlado, telur asin rebus separuh, sayur Pak Choi goreng dan nasi putih. Kuantiti agak banyak dan mengenyangkan.

Puas hati walaupun bagi aku kuah lemak dia kurang pedas. Urat tu masih rasa kenyal dan tak terlalu lembut. Next time kalau ada rezeki boleh cari urat keting frozen dan masak sendiri.


Set-Urat-keting-masak-lemak



Resepi Gulai Tunjang 

Boleh guna resepi Gulai Tunjang di bawah ni. Resepi asal oleh Puan Zaidah Ibrahim.

 

Bahan-bahan:

1.5 - 2kilogram Tunjang Lembu

Rebus Tunjang bersama sedikit serbuk kunyit menggunakan pressure cooker selama satu jam setengah. Letak kunyit supaya warna dia cantik bila masak.

Kalau guna dapur gas semestinya kena masak lebih lama lagi (lima hingga enam jam) nak bagi urat betul-betul lembut.

 

2 keping Asam Keping

1 kotak kecil Santan

Air dan Garam secukupnya

 

Bahan kisar:

2 biji Bawang Besar

4 ulas Bawang Putih

3 batang Serai

1 inci Halia

1 inci Kunyit

Setengah inci Lengkuas

10 tangkai Cili Padi

15 tangkai CIli Kering

4 biji Buah Keras

1 helai Daun Kunyit

4 helai Daun Limau

3 helai Daun Salam

 


Urat-keting-Makanan-Popular-Minang


Cara-cara memasak:

1) Rebus tunjang dan masak sampai empuk menggunakan pressure cooker. Angkat dan toskan. Setelah sejuk, potong mengikut selera masing-masing. Ketepikan.

2) Di dalam periuk lain, panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.

3) Tumis lagi sehingga naik minyak dan garing kemudian masukkan tunjang serta sedikit air. Masukkan juga asam keping. Gaul sekata.

4) Masukkan pula santan. Masak hingga santan mendidih menggunakan api sederhana. Tambah air jika perlu. Lebihkan air kalau nak jadikan berkuah.

5) Perasakan dengan garam secukupnya.

6) Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga santan sedikit mengental dan pecah minyak. Masak kena lama baru sedap.

7) Angkat dan sedia dinikmati.


Kikil


Post Navi

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Balasan
    1. Dapat makan orang pandai masak emmang sedap Wak

      Padam
  2. mmg suka gulai tunjang ni...yumyyy

    BalasPadam
  3. Favorite kami sekeluarga. mmg best. *nama sama cam nama my mom.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama saya yang sama ke puan? Excited sikit jumpa orang nama sama. Hi Makcik..

      Padam
  4. tak pernah makan yg ni..akak ni jenis tak suka mencuba makanan baru terutama yang tak pernah atau jarang makan macamni...tapi nampak sedap gulai lemak tu...

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.