Ad Code

Bagaimana Overthinking Merosakkan Hidup

Hi overthinker di luar sana. Aku harap korang sihat. Sentiasa bangun dan bersemangat melawan apa yang sedang berlegar di fikiran. 

Apa aku perasan semakin bertambah usia semakin kurang keyakinan diri semakin kuat perasaan overthinking tu singgah dalam otak. 

Sakit betul kalau terjebak. Awalnya sumpah aku tak perasan. Tapi lama-lama serius overthinking telah merosakkan hidup aku. 

Bagaimana Overthinking Merosakkan Hidup 

Memikirkan suatu hal secara berlebihan dan terus menerus atau dalam istilah psikologi disebut overthinking. 

Overthinking atau berfikir secara berlebihan bukanlah penyakit mental tetapi boleh mendorong kepada penyakit mental. 

Lebih teruk andai tidak dikawal ia juga boleh mengganggu kesihatan fizikal seseorang. Antara penyakit mental yang disebabkan oleh overthinking adalah depressi dan Generalized Anxiety Disorder. 

Bahaya-Kesan-Overthinking


Faktor utama mendorong aku menjadi overthinking ialah environment dan juga circle aku sekarang. Media sosial menjadi penyumbang terbesar kepada masalah overthinking. 

Nup, aku tak salahkan pun faktor-faktor tu sebab apa yang jadi adalah pilihan aku sendiri. Buat yang tak tahu, aku seorang suri rumah dan merupakan content creator untuk media sosial pada kebanyakkan masa. 

Aku pernah kongsikan Ciri-Ciri Seorang Perfectionist dan kenali 8 tanda yang ada pada diri anda. 

Dalam media sosial semua nampak indah belaka bukan? Hakikatnya bukan semua itu betul. Walaupun aku sedar hakikat itu tapi aku tak boleh lari dari perasaan ‘insecure’ tu. 

Tengok orang tu capai kejayaan, tengok orang tu ada progress, tengok orang tu berjaya turunkan berat badan macam senang je. Semua tu memberi kesan. 

Menulis blog jadi sebahagian cara aku merawat diri. Bak kata orang English, Writing as a theraphy. As for now memang mujarab untuk rawat diri. 

Cuma semenjak dua menjak ni bila nak rawat diri, nak menulis pun banyak betul perkara aku fikir. Sudahnya overthinking. Dah tu tak buat. Akhirnya aku tenggelam dalam perasaan sendiri. 

Selain menulis mendengar zikir di Youtube pun banyak membantu aku kawal emosi yang macam nak pergi berperang bila overthinking. 


Ciri-Ciri Orang Overthinking Dan Kenali 5 Tanda Yang Ada Pada Diri Anda


Semak sendiri ciri-ciri overthinking di bawah kalau kena dengan diri anda: 

1.Terlalu fikirkan masalah dan fikirkan perkara yang tak perlu. 

Ambil masa terlalu lama memikirkan masalah tanpa mencari jalan penyelesaian. Akhirnya terperangkap dalam perasaan sendiri dan diburukkan lagi dengan memikirkan perkara yang tak berkaitan. 


2.Berterusan fikir perkara negatif yang sama

Tidak memberi peluang kepada diri untuk berfikir dengan waras dan berterusan memikirkan perkara negatif yang sama. Bukan sahaja memberi kesan negatif kepada emosi malah cenderung untuk bahayakan keselamatan diri. 


Overthinking-Merosakkan-Hidup


3.Sering menyalahkan diri sendiri

Sering menyalahkan diri sendiri apabila terjadi sesuatu perkara yang tak di ingini. Sentiasa mencari alasan supaya diri dipertanggungjawabkan walaupun tiada sesiapa menyalahkan anda. 


4.Takut dan gagal buat keputusan 

Keyakinan diri hilang. Sering takut bila nak buat keputusan sebab fikirkan kesan yang buruk-buruk terjadi selepas keputusan di ambil. Seterusnya sampai sudah tak buat apa-apa keputusan. 


5.Hilang fokus dan sukar tidur

Paling teruk boleh akibatkan aktiviti harian dalam kehidupan terganggu. Hilang fokus, sering termenung dan sukar tidur di waktu malam. Asyik berfikir yang melampau beri kesan kepada kualiti hidup. 


Bahaya Dan Kesan Overthinking Terhadap Diri Sendiri

Walaupun tiada lagi kajian terperinci (kalau ada boleh kongsi dengan aku) yang menunjukkan peningkatan kes masalah kesihatan mental di Malaysia sedikit sebanyak berpunca daripada media sosial. 

Antara yang berlaku ialah overthinking, kemurungan dan kecelaruan yang mendatangkan kesan-kesan seperti: 

Mudah untuk membandingkan kehidupan sendiri dengan apa yang dipaparkan di media sosial. Sifat perbandingan ini menjadikan seseorang itu sedih dan kecewa, seterusnya hidup tertekan.

Berfikir secara berlebihan menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri, hilang semangat untuk teruskan hidup dan rasa seperti orang yang gagal. 

Overthinking boleh membunuh masa depan seseorang. Bermula dengan overthinking dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan sakit mental. 

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 tahun, menderita pelbagai isu kesihatan mental. 

Sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2022 selepas penyakit jantung. 


Ciri-Ciri-Orang-Overthinking



Overthinking Menurut Islam

Bila aku teringat ceramah Ustazah Asma, aku boleh kaitkan overthinking dalam Islam. Lebih menarik overthinking dikalangan wanita dan isteri. 

Dalam ceramah Ustazah Asma, wanita memang dianugerahkan dengan dua sifat yang kalau tak dikawal bakal merosakkan hidup. Pertama, sifat sedih meratap, mengenang, kecewa dengan perkara yang sudah berlaku. 

Kedua ialah sifat bimbang. Bimbang perkara di masa yang bakal berlaku. Risau suami curang, risau anak-anak buat perkara tak elok. 

Dua-dua sifat ini memang bahaya. Jadi yang sebaiknya jika timbul perasaan bimbang haruslah dikawal dengan doa kepada Allah. 

Mohon bantuan (doa dan usaha) dan letak kepercayaan kepada Allah. Bersangka baik dengan Tuhan. Kita sebagai manusia memang banyak hadnya sebab kita makhluk lemah. Tapi Tuhan kita Maha Kaya Maha Pemurah. 


Kesimpulan

Begitulah sudut pandangan bagaimana overthinking merosakkan hidup kita. Bagi memastikan kesihatan mental terjaga, kita perlu kawal, sukat, tapis segalanya yang masuk ke dalam hidup kita. 

Hadkan masa dengan melayari media sosial dan pilih maklumat yang kita nak baca. Bukan sahaja selamat dari kesan overthinking malah bantu kita jadi lebih produktif. 



Sumber 

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 


Post Navi

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tk ilmu yang dikongsikan
    Mudah2an bermanfaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah wak moga ada yang bermanfaat

      Padam
  2. ada masalah ni jugak sampai susah nak tidur tapi lepas banyakkan menulis dan membaca, masalah ni makin berkurang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul dah tu, banyak membantu membaca dan menulis ni

      Padam
  3. Katakan tidak kepada overthinking. Hasbunallah Wani'mal Wakil...

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.