Banyak entri aku post tentang yang indah-indah
je yang berlaku dalam hidup aku. Kadang-kadang orang salah sangka sebab dia
tengok hidup aku smooth macam tiada masalah. Sebab dia tengok pada permukaan
je.
Dia tak tahu betapa aku struggle nak handle
perasaan, nak atur cara hidup supaya aku dapat mengharungi segala cabaran yang
datang. Ewah, mari duduk di kasut aku baru tahu macamana.
Tak kan aku nak tampal kat dahi kertas aku
sedang mengalami kesuakaran dalam hidup ye dak? Paling tidak bila aku rasa
susah sangat hidup ni aku pergi makan sushi. Lepas tu teruskan kehidupan.
Struggle Membesarkan Anak
Dari dulu aku cuba jadikan blog ni sebagai
catatan peribadi, nak kongsi segala baik buruk kejadian yang berlaku dalam
hidup. Tapi tak berjaya. Ada hikmahnya sebab aku dapat menahan diri secara tak
sengaja buka aib sendiri. Lol.
Entri kali ini santai saja. Sebagai bukti, aku
juga sedang berusaha keras untuk hidup. Macam manusia lain. Jadi aku doakan orang
yang nampak aku senang dan tenang beroleh ketenangan dan kesenangan yang sama
malah lebih dari aku okay.
Now aku tengah struggle dan tak boleh ponteng
untuk guide anak aku yang sekolah rendah. Kalau dulu lebih rileks sebab masih
di tahap satu. Now dah naik tahap, cabaran dia jadi extra. Anak sulung pon lagi
dua tahun nak ambil SPM.
Apa pun buat semua kerana Allah. Ibadah dan
jalan aku pilih bila kami decide aku untuk jadi seorang suri rumah. Selain cut cost
kehidupan, aku boleh fokus more untuk bantu anak-anak. Now Alhamdulillah dah
masuk lapan tahun aku stay at home mom.
Cabaran Jadi Stay At Home Mom
Sekarang rutin aku pagi-pagi siapkan
keperluan anak nak ke sekolah, anak bongsu dah masuk KAFA. Jadi memang jadi
tugas nak siapkan bekal lunch dia.
Anak nombor dua pula KAFA online
waktu malam. Jadi dua-dua ni waktu balik tak sama. Dalam erti kata lain aktiviti
untuk aku tak akan stop selagi belum tutup mata untuk tidur. Mental pun on
going dan on standby mode in case anak perlukan apa-apa.
Dalam masa tu juga lah
selit-selit buat kerja rumah, sambil urus emosi. Time emosi aku tak okay memang
lantak lah rumah jadi apa pon. Kadang
malam baru boleh duduk diam lepas semua anak tidur.
Bila rasa tepu dengan rutin, aku buat video affiliate. Itu pun ada cabaran tersendiri. Buat bukan nak kaya pon. Nak tukar angin sambil cari duit poket. Walaupun penat tak ingat dunia, kena ingat masih tetap kena buat.
Berperang Dengan Perasaan Sendiri
Bukan aku tak bersyukur ya, minta jauh sangat andai
kata jatuh ke dalam golongan orang yang tak reti bersyukur dengan nikmat Allah
bagi.
Currently hidup struggle nak mendidik anak-anak
supaya on track, faham makna hidup dan boleh berdikari. Weh payah ya jadi ibu
bapa. Sebelum kahwin ada kursus, ada guideline boleh kita rujuk bab kahwin.
Bila dah berkeluarga, dah ada anak memang kena
pandai-pandai lah cari ilmu parenting tu. Jadi untuk anak-anak hargailah kedua
orang tuamu. Payah weh. Nak betulkan diri sendiri dalam masa sama nak didik
anak ikut jalan lurus.
Pesanan Untuk Diri Sendiri
Jadi semestinya penulisan kali ini lebih kepada
nak ingatkan diri yang jangan panik kalau kau sedang susah payah atas dunia. Memang
itu lumrah singgah di tempat bersifat sementara. Juga kau bukanlah
berseorangan. Orang lain pun ada susah dia, tinggal dia luahkan atau dia pendam
dalam hati je.
Semoga sesiapa saja yang sedang struggle dalam hidup dapat lalui ujian kehidupan yang Tuhan bagi dengan tenang. InshaAllah orang tenang akan menang.
Semoga kita semua diberi kuat untuk terus jalan walaupun penat dengan hidup masing-masing.


0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.