Kamera Handphone Problem

Selepas dua bulan menahan diri, bertahan guna kamera 0.5 untuk rekod video, akhirnya aku beli juga telefon baru. Hujung Oktober lepas aku ke Celcom Centre. Stress dia tak yah cakap lah kan. Terganggu juga aktiviti bila telefon rosak.

Dengan telefon itulah aku catat banyak kenangan. Hampir empat tahun juga dia berjasa. Berbaloi sebab aku guna untuk edit konten personal dan affiliate. Sayang betul nak lepaskan.  Kalau bukan sebab lens aku rasa aku masih bertahan guna ip12pro tu sampai sekarang.

Handphone Rosak - Masalah Kamera Blur

Setiap kali aku ambil gambar atau video, kamera belakang akan jadi blur. So terpaksa la aku guna kamera 0.5. front camera masih berfungsi tapi faham-faham sajalah tak berapa nak sharp kalau guna front camera. Nak pula kalau ambil gambar waktu malam. Memang syahdu.

Bila aku sembang dengan ChatGPT hari tu, dia explain kemungkinan besar telefon aku kena masalah autofocus/OIS (Optical Image Stabilization). Bila jatuh atau terhentak, sistem tu boleh rosak dan buat kamera sentiasa kabur. Ikutkan cara aku guna memang logik berlaku.

Handphone-rosak-kamera-blur


Dilema Nak Baiki atau Tukar Baru

Lama juga aku ambil masa fikir. Telefon bukan murah dan aku memang jenis beli untuk pakai lama. Bila aku kira kos untuk baiki lens, rasa tak berbaloi. Jadi aku decide untuk upgrade terus.

Memang dari dulu setiap kali tukar telefon memang aku prefer untuk subscribe dengan telco. Dari dulu lagi pengguna setia Celcom. Semenjak dia bergabung dengan Digi aku rasa dia tak perform weh. Entah. Tapi sebab malas nak tukar aku stay jelah.

Aku ke Celcom Centre untuk urusan pembelian. Alang-alang tu aku tukar juga pakej internet rumah. Aku dah terminateUnifi sebab hari tu aku renovate rumah. Malas nak serabut nak relocate semua tu aku cari WiFi lain.

Cabaran Transfer Data

Benda paling aku tak suka bila guna phone baru kena transfer data ke phone baru. Dugaan hari tu aku cuba hampir sepuluh kali tapi tak berjaya. Berapa banyak tutorial dekat youtube dan tiktok aku rujuk tapi tak membuahkan hasil. Hari yang aku plan nak ke Celcom Centre untuk minta tolong, aku cuba di saat terakhir baru berjaya.  

Nak elak sebarang kejadian tidak di ingini, tips untuk iphone kalau nak mudah proses transfer data korang kena pastikan kedua-dua telefon telah di update dengan IOS terkini. Kalau tak, dia sangat berpotensi gagal. Jadi jangan tunggu telefon tu kritikal baru nak ganti dengan telefon baru kecuali korang tak kisah kalau data hilang.

screen-protector


Aksesori Wajib - Screen Protector & Phone Case

Untuk aksesori, aku beli online dekat Shopee je. Sekarang mudah sebab ada installer kit, tak payah kedai pun boleh. Boleh buat sendiri dekat rumah.

Screen Protector Hybrid Polymer (X.One)

Aku pilih jenis hybrid polymer sebab ikut review, dia tahan lasak dan tak mudah retak.
(Beli dekat sini!)

Phone Case Anti-Jatuh (X.One)

Phone case ni aku teliti sikit sebab aku ni tangan bukan jenis berhati-hati. Terpengaruh tengok seller campak telefon dari tempat tinggi tapi tak jahanam. Review pun okay, jadi aku beli brand yang sama.
(beli dekat sini! )

 

iphone-rosak-kamera-blur

Sekarang aku baru guna handphone ni sebulan lebih. Alhamdulillah proses smooth je. Semoga dapat berkhidmat lebih lama berbanding telefon yang lama. amin.

Catat Ulasan

0 Ulasan