Terlalu Sibuk Dengan Rutin Harian

Rodiah Amir
7

Penat betul ya sekarang. Dengan aktiviti persekolahan anak yang nonstop, setiap minggu ada je perkara harus diselesaikan.

Rasa sibuk ni mula terasa waktu nak mohon SBP dan MRSM. Kemudian sambung dengan peperiksaan, sambutan Hari Kanak-Kanak dekat sekolah, BAP, Hari Akademik dan sekarang jamuan akhir tahun pula.

Dah berusia ni penat bila berbincang dalam group WhatsApp, kena buat keputusan, dan kena siapkan apa yang dipersetujui.

Contoh ini urusan persekolahan anak-anak. Memandangkan Diah full time suri rumah segala hal berkaitan sekolah terletak di bahu Diah.

Suami dah fokus cari rezeki. Sama juga rasanya dengan orang lain kan? Cuma bila bab melibatkan kewangan, perancangan haruslah kita libatkan suami



penat-hidup


 


Terlalu Sibuk Dengan Rutin Harian

 

Bezanya yang jadi front line berhubung dengan pihak sekolah adalah tugas Diah. Suami jadi tukang sokong di belakang.

Di waktu nak cecah 40 tahun ni terasa cepat penat. Perkara simple je, kena fikir menu untuk jamuan sekolah akhir tahun.

Tapi nak beri kata putus nak bawa apa ke sekolah tu ya ampun menangis nak fikir. Tak bawa apa-apa kang rasa kasihan dekat anak.

Saya faham nasihat orang lama bila kata mengandung awal-awal, pulun bersalin di waktu muda supaya nanti tak penat bila berusia.

Lol terasa warga emas betul. Ahaks. Macamana emak ada sepuluh anak menghadap perangai sorang-sorang ya.

Rasanya kami dulu mengikut saja apa emak abah siapkan. Dah siap acuan, tinggal ikut arahan saja. Beza anak sekarang mereka banyak pilihan.

Bila banyak pilihan kena la pilih yang betul-betul.


 

life-hectic




 

Sibuk Tapi Tetap Kena Jaga Diri
 

Walaupun hidup sekarang sentiasa sibuk dengan rutin harian, tapi Diah cuba luangkan masa untuk diri sendiri.

Belajar dari pengalaman sudah. Kalau diri tak gembira, tak cukup tenaga, tiada masa utnuk buat perkara yang kita suka memang porak peranda satu keluarga.

Dulu pernah jadi Diah sentiasa marah-marah dan bad mood. Ya ampun segarang Singa orang cakap. Waktu tu rasa tak ada siapa pun faham kita.

Walhal anak ada je tolong, suami ada je hulur bantuan nak tolong tapi sebab ego dan pengurusan yang lemah diri sendiri dan keluarga jadi mangsa.

Lama kelamaan faham diri dan keperluan. Memang kena ambil supplement bantu untuk boost Kesihatan dan system imun.

Kena keluarkan peluh dan susun atur hidup semampu boleh. Paling mencabar adalah nak latih anak berdikari dan ikut cara kita tetapkan.

 

 

Bila Penat Mengadu Pada Tuhan

Pelajaran terbesar setakat ini ialah bila penat kena mengadu pada Tuhan. Kena berkomunikasi, meluahkan segalanya pada Pencipta. Sebagai Muslim solat memang kena jaga.

Pernah mengadu pada manusia, tapi hasil dia kecewa sebab manusia tak faham manusia yang lain. Kadang-kadang manusia lain pun ada masalah dia kena selesaikan.

Penat kan? Jadi jalan terbaik balik dan sujud pada Tuhan. Selalu doa supaya Tuhan pilih kita dan kerap tegur kita supaya tak lalai.



Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. betul tu menadu pada Tuhan je lebih dpt ketenangan

    BalasPadam
  2. kerja rumah memang takkan habis...memang perlu bantuan...dan memang akan ada 1 time, akan pejam mata je semua tu...
    ada sekali, husband pergi operasi..anak 4 masih kecik2..kita siang kerja..malam nk buat kerja rumah pun tak senang..last2 setel yang penting2 dulu...pkul 9, semua kena masuk bilik dan tido...linda set jam 1, 2 pagi..bangun semula, baru buat kerja rumah...hahaha...rasa mcm org gila masa tu...

    BalasPadam
  3. sibuk dunia ni tak akan ada kesudahan.
    sentiasa masaa tak cukup.
    ciknur jga baru belajar
    kita kadang lupa hanya ingat dunia sedangkan mencari akhirat itu yg seharusnya diutamakan
    semoga kita terus istikamah dan doa diberi hidayah
    semyanya diatas kehendak Allah swt
    apa jga yg kita lalui hari ini

    BalasPadam
  4. semoga Diah berjaya menghadapi segala dugaan dan cabaran ini dengan jayanya. Aamiin...

    BalasPadam
  5. Me time utk diri sendiri memang pentiiing sangat kak. Karena ibu yg tidak bahagia, yg terlalu stress, tak akan bisa buat suasana rumah jadi ceria. Dia pun tak happy, macam mana buat orang lain happy kan.

    Makanya saya bersyukur juga ada suami yg support passion saya. Jadi kalo dah rasa2 burnout, langsung minta izin utk traveling dulu dengan teman2. Balik rumah dah rasa good mood 😁

    BalasPadam
  6. samalah kita. urusan rumah, sekolah, anak2, bil semua saya setelkan. suami dah penat cari rezeki kan. tapi takpe, kita mommies kuat!

    BalasPadam
Catat Ulasan