Kisah cinta Perigi Cari Timba
Baru
lepas baca artikel pasal perigi cari timba dekat satu website hiburan ni. Pengakuan seorang perempuan yang berusaha untuk menawan hati lelaki yang dia suka dan dia take first step untuk jayakan hubungan tu. Kiranya dia beranikan diri meluahkan cinta dia.
Usaha dia mengambil hati lelaki tu selama 5 tahun membuahkan hasil. Akhirnya mereka selamat
bertunang dan menunggu masa untuk di ijab kabulkan. Add friend di Facebook, rajin comment dekat timeline dan mulakan perbualan.
Salah satu perangai perempuan, sekali dia nekad nak sesuatu perkara memang dia akan nekad nak buat sampai berjaya. Kalau tengok rupa paras, Perempuan dan lelaki tu sesuai la bersama. Tak la cantik kebabom tak la sakit mata memandang. Sedang elok.

Pengalaman Diri Sendiri Menjadi Timba
Aku
faham sangat situasi perempuan ni, sebab satu masa dulu aku pernah buat apa
yang perempuan ni buat. Tak la seratus peratus sama. Sama tang mengorat
dan memulakan langkah untuk menambat hati orang yang kita suka.
Aku tak segan kot kalau mengaku. Masa zaman aku pikat hati boyfriend aku tu dulu, dia dalam fasa mogok tak mahu bercinta. Kira trauma akibat percintaan terdahulu. Sengalnya aku rasa sebab ex dia dah lama move on.
Puas juga la aku try, makan tahun usaha aku nak bagi dia buka mata yang masih ada perempuan yang boleh dipercayai dan mampu sayang dia. pui. Kalau aku throwback ni kejap lagi aku yang muntah. Jodoh kan orang kata, dah hampir nak give up pon ye juga.

Dan
Alhamdulillah dah selamat jadi suami aku dan bapa kepada dua orang anak. Tak lama
lagi no 3 pulak keluar. In sha Allah. Bertuah suami aku dapat isteri gigih. Bluek.
Perigi Cari Timba Versi Aku
Bermula
dengan usikan senior-senior silat bila diaorang cuba nak kenalkan aku dengan
suami aku. masa tu suami dah grad pun dari UiTM. Kisahnya dia melawat adik-adik
junior dekat UiTM. Dan masa tu trend senior amat dihormati dan mereka sebaik
mungkin menjaga ukhwah yang terjalin.
Masa
tu aku masih belum jatuh cinta lagi sebab sedar diri bukan la hot mana pun. Pandang
senior pun tidak, selain segan dan respect. Senior woi gila ke nak mengorat. Hahahhaha.
Lepas
tu ada la adegan yang seorang akak senior ni kenakan kami. Elok dia bercakap
dengan suami, cepat-cepat dia pas telefon suruh aku bercakap dengan suami. Padahal
suami depan mata; dalam bus dia nak balik KL. Masa tu kami ramai-ramai hantar
dia kat Stesen bus.
(Cerita throwback ni panjang tapi adegan ni aku hantar dia dekat stesen bus ramai-ramai dengan akak senior lain)
(Cerita throwback ni panjang tapi adegan ni aku hantar dia dekat stesen bus ramai-ramai dengan akak senior lain)
Lepas
adegan kelakar tu ada la adegan-adegan lain dan start bertukar no telefon yang
memang di rancang oleh kakak senior. Yang aku paham, suami aku masa tu pernah cakap
muka aku comel kot tu kakak-kakak senior sibuk nak jodohkan.
Yang
pastinya lepas dari adegan tukar phone number aku la penggerak kepada hubungan
kami ke arah yang lebih serius. Alhamdulillah. Tak pernah menyesal.
Apa
pun siapa yang tak pernah alami tak perlu la kutuk, setiap orang ada jalan yang
Allah tetapkan. Kenapa sehingga ke tahap perempuan sanggup mulakan maksudnya
dia yakin dengan pilihan dia. tak rugi mencuba kan?