9 Perkara Menarik tentang Bajet 2018

Rodiah Amir
Assalamulaikum, 

Nak share perkara menarik tentang Bajet 2018 yang baru di umumkan baru-baru ni. 

1. Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

2. Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman,
10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran,
10% peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit secara terus mengikut jadual.


9 Perkara Menarik tentang Bajet 2018




3. Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.


4. Tol dimansuhkan. Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.

5. Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.


6. Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

7. Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

8. Sektor swasta menambah cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari seperti dilaksanakan perkhidmatan awam.  

9. BR1M dinaikkan.

-BR1M bagi golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, juga dinaikkan daripada RM1,050 kepada RM1,200.

-Isi  rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, jumlah BR1M dinaikkan daripada    RM800 kepada RM900.

-Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, mereka layak memperoleh BR1M berjumlah RM450 tahun depan, berbanding RM400 tahun ini.


Tags