Tips Menulis dari Hati


Pokok Chrismast

Pernah dengar kan orang kata dari mata turun ke hati? Kalau membaca pula macamana ya? Dari mata ke otak turun ke hati la agaknya. Sebab kena lalu otak untuk proses, nak tentukan fakta atau auta kemudian baru melekat kat hati. Itu pun kalau memberi kesan la. Kalau tak, babai je la.

Kebiasaan kalau content yang menyentuh hati orang yang membaca ni (selain ikhlas, letakkan jiwa dan usaha) bila apa yang dikongsi tu kebetulannya pernah dilalui oleh orang yang membaca dan gaya penulisan tu ikhlas, santai tapi sampai. Ha begitu, dah macam pakar motivasi ya. 

Bagi aku, Tips atau Benda penting bila nak menulis ni sebenarnya kita perlu letakkan komitmen untuk setiap apa yang kita tulis. Bahasa mudahnya; letakkan usaha untuk setiap apa yang kita kongsi. Contohnya; kalau kita kongsi resepi, selain gambar yang kita tangkap tu cantik (lepas berjuta kali edit) kita juga kongsi rahsia lain yang menjadikan resepi kita lebih sedap dari biasa. Eh macam berbelit kan penerangan aku. Harap tak pening baca.

Yelah, cuba bandingkan kalau kita sekadar tempek je resepi dan dengan ayat yang kaku tapi tak letak jiwa dalam penulisan. Tak ada usaha nak cantikkan gambar makanan yang dah jadi. Mesti hambar kan? Ada beza tau. Aku ada follow satu blogger ni, berusia dari aku semestinya; dia suka berkongsi resepi, gambar pun tak la se cantik gambar professional photographer tapi sebab dia letak jiwa/soul dia dalam entry tu buat aku tertarik nak baca dan cuba resepi dia kongsi.  Kan ada beza tu.

Jadi untuk entry aku kali ni dan seterusnya aku cuba untuk baiki dan semestinya apa aku buat bukan untuk orang lain tapi nak puaskan hati sendiri. Yang mana baik ambillah jadikan tauladan yang tak elok jadikan sempadan yo.

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.