Rumah Transit Belia (RTB) Bantu Golongan Muda

Rodiah Amir
58

Rumah Transit Belia Bantu Ringankan Beban Golongan Muda 

Kalau ikutkan tahun ni adalah tahun ke 8 kak diah menetap di KL. Lepas je grad terus cari kerja dan sewa rumah yang dekat dengan pengakutan awam. Paham-paham je la kalau dekat dengan fasiliti haruslah sewa dia mencengkam jiwa. 

Masa tu kadar sewa adalah RM500. Itu pun dah rasa tak mampu nak bayar. Sekarang memang tak dapat la harga macam tu.  

Baru-baru ni akak ada terbaca tentang bantuan Rumah Transit yang telah dilancarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Khas untuk golongan belia dan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga yang menetap di Kuala Lumpur. Alahai untung sangat. Zaman akak tak ada semua ni dik. 

Rumah untuk belia












Projek Rumah Transit Belia ni bertujuan nak bantu sediakan rumah sementara kepada golongan belia yang pendapatan nya kurang dari RM10,000 sebulan. Oleh sebab golongan muda masih belum mampu nak beli rumah jadi DBKL tawarkan rumah sementara untuk disewa.

Point yang buat akak terbeliak mata dan merasa cemburu ialah kadar sewa yang DBKL kenakan ialah RM800 sebulan. Kalau ikut kan harga pasaran semasa, rumah di tengah bandar memang tak dapat harga sewa yang macam tu.  

Bukan takat tu je, sebenarnya dari jumlah sewa tadi, ada bahagian yang akan dimasukkan ke dalam tabungan wajib bagi penyewa supaya dapat kumpul sebagai downpayment untuk beli rumah di masa hadapan.


Rumah untuk Belia


Tabung Paksa Rela

Macam akak cerita sebelum ni, rupa-rupanya RM300 daripada jumlah sewaan tadi akan dikumpul dan dikembalikan semula kepada penyewa setelah tamat tempoh penyewaan selama 5 tahun. Kalau ikut kefahaman akak, akan ada satu akaun khas yang di buka untuk tujuan simpanan paksa rela ni. 

Memang untung siapa yang terpilih. Setahun boleh simpan sehingga RM3,600. Kalau 5 tahun dah jadi RM18,000. Akak kayo. Akak setuju sangat konsep paksa menyimpan ni sebab kurang percaya dengan kemampuan nak paksa diri sendiri. Kalau tak sampai ke tua la menyewa.



Belia pemimpin negara


Lokasi dan Kemudahan Asas

Ada dua projek yang sedang dibina dan dijangka siap pada tahun 2019 iaitu Projek Transit Pangsapuri Bandaraya, Sungai Udang Segambut dan Pangsapuri Studio, Mukim Batu. Ke dua-dua lokasi ni memang dekat sangat dengan pengangkutan awam dan tak jauh dari pusat bandar.  

Projek perumahan ini bakal mempunyai 1,251 unit apartmen dengan 2 blok setinggi 32 tingkat dan 1 blok setinggi 34 tingkat. Setiap unit dilengkapi dengan perabot asas. Setiap unit apartmen berkeluasan 807 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. 

Selain itu, projek perumahan ini juga akan mempunyai kelengkapan seperti surau, dewan, kolam renang dan pelbagai lagi fasiliti buat keselesaaan penduduk.


viral rumah BN free


Permohonan

Khabarnya pendaftaran rumah transit bakal dibuka dalam masa terdekat dan pemilihan mereka yang layak akan melalui proses saringan supaya yang benar-benar layak je terpilih. 

Syarat utama nak pohon adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang sudah berkahwin dan mesti berumur bawah 30 tahun. Belum beli rumah dan kena mohon rumah transit dalam kawasan yang sama dengan kawasan bekerja. Contoh, kerja di KL kena mohon rumah yang berada di sekitar KL sahaja.  

Untuk yang berminat dan layak kena isi borang permohonan yang terdapat di laman web Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kalau dah di umum pengambilan di buka, cepat-cepat jenguk website Kementerian ya. 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Projek Rumah Transit Belia boleh la rujuk kepada:

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557


Sumber: 
www.kpkt.gov.my
kosmo.com.my
www.hmetro.com.my
m.utusan.com.my
Google Image
Tags

Catat Ulasan

58Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Untungnya golongan belia bila ada program macam ni. Membantu sangat 👍

    BalasPadam
  2. Yelah, smbil2 tu blh la kumpul duit beli rumah..

    BalasPadam
  3. Beruntungnya belia sekarang... Program sebegini amat meringankan bebanan dan secara tak langsung memudahkan pengurusan kewangan lara belia KL.

    BalasPadam
  4. Kena cepat mohon ni sebelum terlambat.

    BalasPadam
  5. murahnya sewa dia kan..untunglah mereka yg tgl dkt2 area KL

    BalasPadam
  6. Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!

    BalasPadam
  7. konsep yang bagus, moga dapat diteruskan

    BalasPadam
  8. sambil menyewa sambil menabung....

    BalasPadam
  9. wah..tetiba nak apply jugak sbb complete dengan perabot..haha

    BalasPadam
  10. wah..tetiba nak apply jugak sbb complete dengan perabot..haha

    BalasPadam
  11. Wah..bagusnya ada rumah transit ni,memudahkan mereka yang baru nak bina hidup berkeluarga

    BalasPadam
  12. Bagus ada rumah sementara, membantu pasangan muda yang baru berkahwin dan membina keluarga dan kerjaya di bandar

    BalasPadam
  13. cantik jugak rumah transit ni, siap ada banyak fasiliti lagi

    BalasPadam
  14. Program sebegini mmg menarik kan kak.. Atleast dpt menyimpan utk rumah akan datang

    BalasPadam
  15. Golongan belia2 Kuala Lumpur kena cepat ambil peluang ni

    BalasPadam
  16. untung sebab menyewa sambil menyimpan

    BalasPadam
  17. mana nak dapat dah siap ada wifi dengan gym pulak tu... Best betul!

    BalasPadam
  18. Bagus ada rumah transit belia ni. Orang muda boleh beli rumah ikut kemampuan mereka. Sekarang kena aset satu untu masa depan

    BalasPadam
  19. inisiatif terbaik untuk golongan muda.

    BalasPadam
  20. Banyak dah sebenarnya inisiatif dr kerajaan untuk membantu masyarakat. Kepada belia yg layak blhla mohon

    BalasPadam
  21. Wahh siap ada perabot asas lagi, terbaik!

    BalasPadam
  22. Congrats for the company's ground breaking event. Hope for its glorious success.

    BalasPadam
  23. Bagus projek RTB ni. Cepat mohon buat yang layak.

    BalasPadam
  24. Beruntung mereka. Sambil tu secara xlangsung kiranya ada simpanan. Bagus la camni

    BalasPadam
  25. Apresiasu untuk Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas mendirikan Projek Rumah Transit Belia yang telah membantu menyediakan perumahan sementara kepada golongan muda yang berpendapatan kurang dari RM10,000. Ini patut duacungi jempol. Semoga negara lain bisa mencontoh kebijakan ini. Bravo.

    BalasPadam
  26. Owning a house is not easy as the house price has increased. Glad government has given opportunity to youngster to own their house and is furnish too.

    BalasPadam
  27. Alhamdulilah membantu golongan yang baru berkahwin.. Mengurangkan beban mereka untuk memulakan hidup bekeluarga

    BalasPadam
  28. Bagus juga ya inisiatif RTB ni. Banyak manfaatnya. Terutama buat anak muda perlu rumah seperti ini. Demi tabungan dulu sebelum dpt membeli rumah idaman sendiri

    BalasPadam
  29. bagus sangat adanya projek rumah transit ni. memang membantu golongan belia untuk menabung walau 'terpaksa'. rumah2 ni memang dekat sangat dengan KL kan. rumah pun besar dan selesa. tahniah DBKL.

    BalasPadam
  30. Part force savings tu saya suka sangat. Ni first time dengar duit sewa dikembalikan. Maknanya jangan risau la duit tu hilang macam tu je. Walaupun dapat balik RM300 setiap bulan untuk 5 tahun....sape nak bagi kan?

    BalasPadam
  31. macam macam dah kerajaan malaysia bagi sebenarnya. kalau tgk rumah ni plak siap bagi perabot asas lagi.. harga plak jauh lebih murah dari pasaran

    BalasPadam
  32. Cantiknya projek rumah yang bakal dinaikkan ni..

    BalasPadam
  33. Untungnya anak-anak muda zaman sekarang, banyaknya peluang buat mereka. Zaman kita dulu kemain susah lagi nak dapatkan kemudahan sebegini dari kerajaan. Harap2 anak muda sekarang pandailah merebut peluang keemasan ini

    BalasPadam
  34. Bagus ni. Para belia terutama yg baru berkahwin kena rebut peluang...

    BalasPadam
  35. Bagus sangat program macam ni untuk membantu golongan muda.kena ambil tahu apa yang masyarakat sedang alami

    BalasPadam
  36. Warga Kl kena ambil peluang Rumah Transit RTB ni. Isi borang sekarang mana tahu layak membeli rumah RTB ni. Peluang untuk orang muda mendapatkan rumah sendiri. Dah ada aset untuk diri sendiri dan masa akana datang.

    BalasPadam
  37. Menarik betul usaha yg cuba diketengahkan oleh kerajaan nie. Nampak bersungguh untuk membantu golongan muda berpendapatan rendah utk memiliki rumah sendiri di bandar kuala lumpur. Nak daftar jugak lh !

    BalasPadam
  38. menarik ni.. ada 3 bilik dan nampak luas gak rumahnya.. jadilah untuk berteduh kan.. asalkan selesa.. macam nak try mohon je.. 15 minit je dari KL.. ada KTM lak tu berdekatan

    BalasPadam
  39. kadar sewaan rm800 je ke? murahnyaaaa. bukan senang tau nak jumpa rumah below than rm1k sekarang. hope dengan RTB boleh bantu rakyat2 yang memerlukan.

    BalasPadam
  40. kena grab peluang keemasan ni bagi sesiapa yang layak memohon. yela kan rumah makin lama makin mahal

    BalasPadam
  41. Rumah Transit Belia ni konsep dia macam mana? Seperti rumah sewa DBKL? PPR tu? Bagaimana pula setiap jumlah sewa yang dibayar tu boleh dipulangkan kembali kepada penyewa apabila mereka tidak mahu lagi menyewa? Mereka pindah dan dapat duit tu kembali eh kak? Berapa lama kontrak eh kak? Kalau 3 tahun, sedar tak sedar dah menabung rm 10,800 jika menyewa rm 300 sebulan. Serius begini konsepnya?

    BalasPadam
  42. Yess!!! hopefully with this program there will be more affordable home for the youth.

    BalasPadam
  43. Force saving us also one of the way to make people to do saving... Is actually a good one to have resources to buy new houses... For sure want to share this to my friends.

    BalasPadam
  44. Untungnya ada pogram sebegini.... :)

    BalasPadam
  45. Sy suka konsepnye.menyewa sambil menyimpan. Bukan senang nk dapat rumah sewa.. apa lgi nk beli rumah. Bila ada inisiatif begini dpt membantu belia menyimpan duit smntara mdptkan rumah sndiri.

    BalasPadam
  46. Sy suka konsepnye.menyewa sambil menyimpan. Bukan senang nk dapat rumah sewa.. apa lgi nk beli rumah. Bila ada inisiatif begini dpt membantu belia menyimpan duit smntara mdptkan rumah sndiri.

    BalasPadam
  47. Elok program macam ni...rumah makin lama makin mahal

    BalasPadam
  48. Bagus utk mereka yg baru nak mulakan hidup.

    BalasPadam
  49. bestnya murah juga sewenya, rasa nak kawen sekarang je takde la beban duduk KL walaupun pendapatan sikit

    BalasPadam
  50. eh.. baru tau de bantuan cmni.. tabung paksa rela tu yg bagus tu.. ajar kita menabung

    BalasPadam
  51. Eh ada ye inisiatif macam ni, baru kak ana tahu :) nice sharing

    BalasPadam
  52. Oh my, what a great housing scheme for young folk. Too bad I do not qualify. Single and over 30. Huhuhu

    BalasPadam
  53. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    BalasPadam
  54. Untungnya mereka yang boleh memohon :)

    BalasPadam
  55. bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.

    BalasPadam
  56. Baru tahu pasal rumah transit belia ni. Bagusnya.

    BalasPadam
  57. bestnya siap dengan perabut tu...

    BalasPadam
Catat Ulasan