Rumah Transit Belia (RTB) Bantu Golongan Muda

Rodiah Amir

Rumah Transit Belia Bantu Ringankan Beban Golongan Muda 

Kalau ikutkan tahun ni adalah tahun ke 8 kak diah menetap di KL. Lepas je grad terus cari kerja dan sewa rumah yang dekat dengan pengakutan awam. Paham-paham je la kalau dekat dengan fasiliti haruslah sewa dia mencengkam jiwa. 

Masa tu kadar sewa adalah RM500. Itu pun dah rasa tak mampu nak bayar. Sekarang memang tak dapat la harga macam tu.  

Baru-baru ni akak ada terbaca tentang bantuan Rumah Transit yang telah dilancarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Khas untuk golongan belia dan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga yang menetap di Kuala Lumpur. Alahai untung sangat. Zaman akak tak ada semua ni dik. 

Rumah untuk belia












Projek Rumah Transit Belia ni bertujuan nak bantu sediakan rumah sementara kepada golongan belia yang pendapatan nya kurang dari RM10,000 sebulan. Oleh sebab golongan muda masih belum mampu nak beli rumah jadi DBKL tawarkan rumah sementara untuk disewa.

Point yang buat akak terbeliak mata dan merasa cemburu ialah kadar sewa yang DBKL kenakan ialah RM800 sebulan. Kalau ikut kan harga pasaran semasa, rumah di tengah bandar memang tak dapat harga sewa yang macam tu.  

Bukan takat tu je, sebenarnya dari jumlah sewa tadi, ada bahagian yang akan dimasukkan ke dalam tabungan wajib bagi penyewa supaya dapat kumpul sebagai downpayment untuk beli rumah di masa hadapan.


Rumah untuk Belia


Tabung Paksa Rela

Macam akak cerita sebelum ni, rupa-rupanya RM300 daripada jumlah sewaan tadi akan dikumpul dan dikembalikan semula kepada penyewa setelah tamat tempoh penyewaan selama 5 tahun. Kalau ikut kefahaman akak, akan ada satu akaun khas yang di buka untuk tujuan simpanan paksa rela ni. 

Memang untung siapa yang terpilih. Setahun boleh simpan sehingga RM3,600. Kalau 5 tahun dah jadi RM18,000. Akak kayo. Akak setuju sangat konsep paksa menyimpan ni sebab kurang percaya dengan kemampuan nak paksa diri sendiri. Kalau tak sampai ke tua la menyewa.



Belia pemimpin negara


Lokasi dan Kemudahan Asas

Ada dua projek yang sedang dibina dan dijangka siap pada tahun 2019 iaitu Projek Transit Pangsapuri Bandaraya, Sungai Udang Segambut dan Pangsapuri Studio, Mukim Batu. Ke dua-dua lokasi ni memang dekat sangat dengan pengangkutan awam dan tak jauh dari pusat bandar.  

Projek perumahan ini bakal mempunyai 1,251 unit apartmen dengan 2 blok setinggi 32 tingkat dan 1 blok setinggi 34 tingkat. Setiap unit dilengkapi dengan perabot asas. Setiap unit apartmen berkeluasan 807 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. 

Selain itu, projek perumahan ini juga akan mempunyai kelengkapan seperti surau, dewan, kolam renang dan pelbagai lagi fasiliti buat keselesaaan penduduk.


viral rumah BN free


Permohonan

Khabarnya pendaftaran rumah transit bakal dibuka dalam masa terdekat dan pemilihan mereka yang layak akan melalui proses saringan supaya yang benar-benar layak je terpilih. 

Syarat utama nak pohon adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang sudah berkahwin dan mesti berumur bawah 30 tahun. Belum beli rumah dan kena mohon rumah transit dalam kawasan yang sama dengan kawasan bekerja. Contoh, kerja di KL kena mohon rumah yang berada di sekitar KL sahaja.  

Untuk yang berminat dan layak kena isi borang permohonan yang terdapat di laman web Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kalau dah di umum pengambilan di buka, cepat-cepat jenguk website Kementerian ya. 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Projek Rumah Transit Belia boleh la rujuk kepada:

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557


Sumber: 
www.kpkt.gov.my
kosmo.com.my
www.hmetro.com.my
m.utusan.com.my
Google Image
Tags