Cerita Syawal 2018

Rodiah Amir
Ini Cerita Syawal 2018 kami sekeluarga. Seperti yang dijanjikan bersama-sama tahun ni sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai. tahun beraya rumah #teamisteri katanya. 

Suami masing-masing gigih ikutkan permintaan isteri. Terima kasih para suami. Syurga tempat anda semua. Syawal 2018 masih di beri nafas beraya bersama ibu tercinta. 

Tahun ni hanya 7 dari sepuluh adik beradik yang ada rezeki salam tangan mak di pagi raya. Selebihnya ada tuntutan kerja dan giliran beraya rumah mertua. 

Cerita Syawal 2018

Tahun ni sambutan dan segala persiapan raya lebih rilek. Masing-masing ambil bahagian dalam sediakan juadah untuk hari raya. 

Hari Raya pertama menu wajib ialah nasi impit kuah kacang dan rendang ayam pencen. Untuk jamu tetamu yang datang kami jamu laksa. Raya kedua masih ada nasi impit dan menu tambahan adalah bakso. 

Tahun ni juga kami ambil kesempatan untuk berehat dan tunggu tetamu di rumah sahaja. Kesihatan mak kurang mengizinkan. Jadi tak kemana pun tapi Raya masih meriah. 


Corat Coret Syawal


Tahun ni mak berbesar hati sponsor seekor kambing untuk di golekkan. Mulanya plan memang nak buat kutipan tapi berubah plan bila mak nak sedekahkan untuk anak cucu makan. 

Memang kebiasaan kami akan kutip duit belanja makan untuk beberapa hari menginap di kampung dan juga kutip bil elektrik. 

Duit terkumpul akan digunakan beli barang makanan dan lain-lain jika perlu. Selain tu, setiap adik beradik yang teringin nak makan atau nak masak menu raya amat di alu-alukan untuk sponsor.

Seronok jadinya. meriah. Kutipan pun tak sampai RM100 seorang. Itulah untungnya adik Beradik ramai. 


Membakar Cerita Syawal 2018



Aktiviti Raya 2018 kami macam biasa. Bersiap-siap dari saat menjejakkan kaki ke kampung, malam raya sibuk dengan aktiviti kukus, grill,panggang dan mengemas rumah. 

Tugas anak-anak saudara pula isi kuih raya dalam balang, dan yang lelaki akan sibuk siapkan bahan-bahan mentah untuk rendang dan aktiviti yang melibatkan bakar membakar. 

Pagi raya akan bersalaman dan bermaafan selepas balik solat raya. Dan kehidupan diteruskan seperti biasa. Kami ambil kesempatan beraya di rumah jiran-jiran terdekat. Seronok. 

Semoga tahun depan masih diberikan peluang beraya bersama-sama. Tahun depan giliran beraya bersama mertua. 

Semangat masih membara walau di rumah mertua. Semoga Syawal menjadi kenangan indah buat awak semua. Syawal kali ni memberi pengajaran amat bermakna dan paling penting hargai mereka yang masih ada di depan mata. 

Selamat Hari Raya!
Tags