Seronoknya Bercuti ke MAPS Ipoh

Rodiah Amir
23

Serius memang seronok bawa anak-anak bercuti ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh ni. Memang berbaloi. 

Sebelum ni baca pengalaman yang datang ke sini dari tahun pembukaan sehingga lah kami sendiri rasai baru-baru ni memang banyak perubahan. 

Banyak penambah baikan yang MAPS buat dan ada zone yang dah dibuka macam Dream Zone dan penambahan Rumah Hantu. 

Seronoknya Bercuti ke MAPS Ipoh



Stage Center Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

Panorama Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh


Harga Tiket Movie Animation Park Studios (MAPS)


Day Pass – RM 50 untuk semua peringkat umur sempena Promosi Malaysiaku Merdeka, 
Evening Pass  - RM35 untuk semua peringkat umur dan dibenarkan masuk bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam (untuk hari minggu dan cuti umum) 
Matta Fair 2018 – RM40 untuk semua peringkat umur bersempena Promosi Matta Fair 2018. 

Harga tiket pada hari biasa mencecah RM114. Semak la website MAPS untuk dapat harga promosi. Kami beli dengan Trip Murah Online je dah tak perlu susah payah mereka uruskan. 

Boleh baca senarai lokasi menarik di Ipoh boleh anda kunjungi bersama keluarga. 



Cafe Tok Aba MAPS



Waktu Operasi Animation Park Studios (MAPS)


Isnin sehingga Jumaat - 10:00 pagi - 6:00 Petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah - 10:00 pagi – 10:00 malam


6 Tarikan Theme Zone di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Ada 6 theme zone dalam MAPS ni perlu anda tahu iaitu Animation Square, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone, dan Fantasy Forest Zone


Boboiboy 4D Adventure Theatre MAPS



#1 Animation Square 

Masuk je dari pintu utama anda akan melalui zone Animation square iaitu kawasan tengah-tengah MAPS tu. Anda akan nampak Center Stage, Boboiboy 4D Adventure Theatre, Boboiboy Hero Akademi, dan Rumah Hantu. 

Boboiboy character dan persembahan brass band di adakan dekat Center Stage. Banyak waktu persembahan berubah dari yang di beritahu. 

Animation square juga tempat laluan paling cantik nak tangkap gambar. 

Peminat Boboiboy kena masuk Boboiboy 4D Adventure Theatre sebab serius best. Kerusi bergerak-gerak dan ada kesan khas lain serta sesuai untuk kanak-kanak yang boleh duduk sendiri. 

Rumah Hantu full house. Tak masuk sebab penakut. 



#2 Blast Off Zone 

Jika pandang ke kiri anda akan melalui StarShip Restaurant sebelum berjumpa dengan The Smurfs Theatre, The Smurfs Park. Sesuai untuk anak-anak kecil. 

Sedikit bosan untuk Diah yang tak minat kartun Smurf. Sepatutnya ada sesi beramah mesra dengan character Smurfs tapi di gantikan dengan persembahan tarian dari BBoy. 

Smurfs theater menceritakan Papa Smurfs buat tonik magik nak lawan penjahat. Ada pencerita dan kita macam tengok TV dekat rumah. Smurfs Park pula sesuai untuk anak-anak kecil untuk ride dalam tu. 


Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh


#3 Lakeside Zone 

Permainan ini sesuai untuk remaja belasan tahun ke atas yang berjiwa kental.  Hanya suami dan anak yang naik, 

Diah tak suka permainan yang boleh pening kan kepala. Anda boleh cuba Space x-plorers, Hyperspin, Astroid attack dan The Adventures Bumper Park.

Masa nak mencuba bumper car dekat The Adventures Bumper Park kena beratur panjang, jadi niat terpaksa di batalkan. Kalau anda sempat cuba la semuanya. 



Movie Animation Park Studios (MAPS) - Lake Side Zone


#4 Live Action Zone - Stunt Legends Arena

Ini adalah yang paling Diah nantikan. Hari kami pergi adalah hari paling ramai orang datang. 

Waktu tayangan adalah pukul 4.30 petang dan ulangan pada pukul 8.00 malam tapi bergantung pada cuaca. Kalau hujan memang tiada tayangan langsung. 


Tarikan Legends Stunt di MAPS Ipoh


Walaupun teruja nak tengok dan beratur panjang kalah tengok game bola dekat stadium Diah hanya mampu duduk 5 minit sahaja sebab kasihankan baby. 

Bunyi aksi yang bising dengan letupan, busuk dengan asap, dan bersesak. Tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun. Tapi serius seronok dengan aksi berani mereka. 



#5 Fantasy Forest Zone 

Tempat paling kami seronok sebab ia se akan fun fair untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Ada Zugos Crystal Quest (Roller Coster kanak-kanak), Red Baron, Kapal terbang untuk ibu bapa teman anak-anak, Fantasy Carousel, Cave of wonders, Coliseum Water Play, Upside Down Pyramid, Coral Kingdom, dan Tree House. 

Dalam Coral Kingdom ada café dan juga playground untuk anak-anak bermain. 


#6 Dream Zone - Tower Drop a.k.a Megamind Megadrop, Dream Theatre

Ini merupakan zone yang baru yang dibuka. Ramai juga yang menantikan Dream Zone ni. Di zone ni ada satu permainan untuk remaja berjiwa kental juga iaitu Tower Drop. 

Nama lama dia ialah Megamind Megadrop dan untuk kanak-kanak Dream Theatre, persembahan teater muzikal. Rasanya ada lagi yang belum di buka. 





Tips masuk Movie Animation Park Studios (MAPS)
  1. Datang awal supaya boleh main semua permainan dan tengok semua persembahan. 
  2. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca Malaysia yang panas. 
  3. Bawa kipas tangan, tuala untuk lap peluh. 
  4. Boleh sewa stroller dan basikal elektrik untuk warga emas. 
  5. Tandas, locker, dan surau ada di sediakan dan semuanya bersih. 
  6. Makanan dan minuman dilarang di bawa masuk dan akan di periksa semasa di pintu masuk. 
  7. Pastikan anak-anak minum air secukupnya sebab cuaca panas. Makanan dan minuman boleh di beli dekat dalam. 
  8. Boleh lunch dan dinner dekat Starship Restaurant. Ada tiga tingkat, paling atas jual western food, level dua ada jual nasi Briyani dan kebab, dan paling bawah kami tak sempat jenguk. Semua sedap dan harga boleh tahan. 

Waktu bercuti ke Ipoh kami menginap di M Boutiqe, cantik interrior design dia. 


MAPS Ipoh Starship Restaurant

Berbaloi atau tidak bercuti ke Animation Park Studios (MAPS)?


Kesimpulan untuk keluarga kecil kami, (anak-anak 7tahun, 3 Tahun dan 8 Bulan) memang gembira sangat. 

Kami masuk seawal 10.30 pagi dan keluar pada pukul 8.00 malam. 
Anak-anak behave dan walaupun penat tapi masih gembira. 

Berbaloi la harga tiket dengan kenangan yang kami dapat. Yang suka tangkap gambar dan suka kan theme park MAPS adalah pilihan yang tepat. 

Untuk yang nak cuba permainan yang mencabar MAPS ni kurang sesuai. 

Walau dah buat persiapan awal, baca pengalaman orang tapi kami masih kelam kabut masa hari kejadian. 

Ada yang tak sempat nak tengok. Jadual show akan sedikit berubah bergantung kepada bilangan pengunjung dan juga cuaca. 

Untuk penambah baikan:
  1. Letak sceen besar dekat center stage dan update show apa yang tengah berlangsung sebab jarak antara zone agak jauh dan makan masa. 
  2. Signboard untuk setiap zone Diah tak nampak. Jadi macam sesat tengah-tengah alam tu. 
  3. Banyakkan lagi kakitangan dan besar kan Kaunter khidmat pelanggan supaya senang pengunjung nak rujuk. 
  4. Ramaikan badut dan Panjang kan tempoh badut beramah mesra dengan kanak-kanak terutama pada cuti umum. Sekejap sangat buat belon dan sikit je kanak-kanak dapat. 

Selamat Bergembira untuk yang nak pergi. 

Catat Ulasan

23Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Wahh dah macam disnyeland tapi versi malaysia,, cam best jerrr

    BalasPadam
  2. kalau masuk sini mesti sha yang sibuk nak bergambar hahaha

    BalasPadam
  3. Teringin nk p cuma nk bg ank bsr ckit. Skrg ni dia asyik malu2 takut

    BalasPadam
  4. Memang best ! Dah pernah masuk dah tahun lepas. Masa tu taman tema yg belakang tu belum siap. Skrg rasanya dh siap kot. Wahh untunglah pergi time promotion. Harga tiket murah

    BalasPadam
  5. eh kebetulan sama tempat diceritakan dgn dikbee :)
    ohsem!
    aida memang teringin nak gi. ada plan nak singgah, tapi cancel.
    nanti la esok-esok izzat besar skit. baru berbaloi.
    takut plak ada certain ride yg dia tak boleh naik, kan. rugi!

    BalasPadam
  6. Rawlins masih belum berkesempatan ke MAPS. Teringin gak nak mengujakan diri dengan menaiki rides nan pelbagai tu. MAPS taknak sponsor Rawlins ke? Ahaks.

    BalasPadam
  7. yeayyy... dah pergi MAPS Perak jugak ritu celebrate Merdeka. Bestttt.. walaupun dah 2x pergi tapi still enjoy dan teruja explore semua zone sampaikan zone untuk kanak-kanak pun kami terjah. hehe. Paling best rumah hantu dengan 4D theatre boboiboy..

    BalasPadam
  8. Luas betul kawasan maps ni kan. Memang kena spend masa yang banyak. Betullah kena datang awal baru dapat teroka semuanya

    BalasPadam
  9. Kan , best ni kalau dapat bawak family ke sini , lebih-lebih lagi anak2 . Tq for sharing

    BalasPadam
  10. Kalau dapat tiket murah lia pun nak pidengan family. Sebab harga dia mavam menakutkan je .Hopefully dapatke sana 1 day nak rasa sendiri kemeriahan .

    BalasPadam
  11. Bestnya.next cuti nak datang sini;ah.nampak bilik hotel pun best ni hahaha.tapi amni jelah main.suami tak main sebab sejenis gayat kot.hahaha

    BalasPadam
  12. Best gila tengok tempat ni. Hari tu memang ada plan nak pergi ke MAPs ni dengan husband bawak anak. Tapi waktu tu anak macam kecik lagi. Rasa macam banyak mainan yang dia tak boleh nak main lagi. So postpone dulu

    BalasPadam
  13. Tak pernah sampai lagi tempat ni, beberapa tahun lepas masa tempat ni buka ada banyak dapat liputan media

    BalasPadam
  14. Wah best yer dapat bercuti bawa anak2 ke MAPS Perak. Teringin nak bawa anak2 juga ke sini satu hari nanti

    BalasPadam
  15. Wahh...seronok dpt kesini.. Bkn bdk2 je suka..mak bpk org dewasa pon suka ke sini ... Harga dia berpatutan la juga... Lg2 dlm ni mcm2 ade kan..

    BalasPadam
  16. Tengok ramai dah pergi sini, memnag kene pergi ni..hehee..Tapi kena tunggu anak besar sikit baru best pergi ni..boleh mak join sekali main ape yang ada..hahaa

    BalasPadam
  17. Macam banyak pulak tarikan best2 kat maps ni. Rasa terpanggil pulak nak ke sana. InshaAllah klu ke perak boleh singgah

    BalasPadam
  18. dah kerap juga dengar tentang tempat ni. yang mama tau ada taman tema boboi boy kan. anak anak mesti suka

    BalasPadam
  19. harga tiketnya sangat murah dan mampu milik untuk parents bawak anak2.. kan best kalau semua theme park macam ni.. lagi atu maps ni boleh tahan juga bestnya..

    BalasPadam
  20. AM dah penah pegi.. AM paling suka yg bahagian drift zone tue.. leh tgk aksi2 stunt moto n kete bagai!! Menarik giler.. AM rasa time tue, AM yg bersorak sakan, abis suara!!

    BalasPadam
  21. Last pergi masa sebelum yg Megamind tu bukak. Ni alang ada promo bolehla pegi lagi sekali.

    BalasPadam
Catat Ulasan