Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh | Masa bercuti ke Movie Animation Park Studio (MAPS) bulan lepas, kami telah memilih untuk menginap di M Boutique Hotel Ipoh. Banyak sebab kami pilih hotel ni tapi paling utama adalah berdasarkan review pelanggan yang pernah stay dekat sini. Hotel M Boutiqe juga termasuk dalam 10 best hotel dekat Ipoh oleh Tripadvisor. Memang sepatutnya kalau nak dekat dengan MAPS kena menginap di Hotel Casuarina. Tapi sebab tergoda dengan review dan juga gambar-gambar orang kongsi terus nekad nak book M Boutiqe Hotel. 

M Boutique Hotel Ipoh
M Boutique Hotel Ipoh
Dua perkara nak buat masa cuti ke Ipoh adalah nak makan Halal Dimsum dekat Restoren GreenDimsum dan bawa anak-anak berhibur ke MAPS. Nak bergambar dengan Boboiboy dan pergi Café TokAba. Lokasi M Boutiqe Hotel sangat-sangat dekat dengan tempat yang dituju jadi memang seronoklah. 

Menginap di M Boutique Hotel Ipoh
MB - bukan Menteri Besar lol
Lagi pun jarak dari M Boutiqe Hotel ke MAPS tak la jauh sangat. 30 minit kalau jalan sesak, 15 minit kalau jalan clear. Kira masih ok. Ini merupakan hotel boutique kedua kami pernah menginap. Sebelum ni masa tahun 2016 kami pernah stay di Hotel Boutiqe di Melaka. 

Kami menginap selama 3 hari dua malam dan book bilik Suite. Kenapa suite? Sebab itu antara bilik paling besar yang ada dan kami utamakan keselesaan. Harga kalau tak silap RM600++ sekali dengan sarapan. Pergi masa cuti bersambung bulan September. 

rupa M Boutique Hotel Ipoh
Dekorasi M Boutique Hotel Ipoh
Kenapa Perlu Pilih M Boutiqe Hotel

#1 Hiasan Dalaman Dan Dekorasi Cantik 

Jatuh cinta dengan hotel ni sebab hiasan dalaman dan dekorasi hotel ni lawa gila. Setiap sudut cantik kalau nak selfie. Ruang lobby dekat kaunter nak check in pun meriah hiasan dia. Meriah dengan sofa dan selesa. Pendek kata setiap inci hotel ni memang tersedia hiasan dan prop untuk bergambar. Tuala, cadar, mandian disediakan dan bersih, tidak berbau, dan paling penting tak berkarat. 

M Boutique Hotel Ipoh suite room
Suite room sesuai untuk family

#2 Lokasi 

Bagi Diah yang tak berapa nak arif tentang lokasi ni rasanya kalau menginap di M Boutiqe Hotel ni kira bagus sebab dia kat tengah-tengah dengan tempat yang kami rancang nak pergi. Orang Ipoh sila betulkan kalau salah info ni. Dekat dengan Restoren Green Dimsum Halal, tak jauh sangat dari MAPS dan senang nak cari. 


#3 Kemudahan Dalam Hotel

Sempat jenguk gymnasium, ruang rehat untuk baca surat khabar dan majalah, Komputer disediakan untuk melayari internet, bilik iron baju dan juga mesin basuh untuk kegunaan pelanggan. Semua dalam keadaan masih elok dan bersih. Hotel ni tak ada kolam renang ya.

M Boutique Hotel Ipoh gym
kemudahan yang disediakan oleh M Boutique Hotel Ipoh

#4 Kemudahan Parking

Antara kemudahan yang Diah paling utamakan adalah kemudahan untuk parking kereta sebab masih teringat pengalaman bercuti yang lepas. Serik betul sebab terpaksa parking kereta jauh dari hotel dan di saman oleh Majlis Perbandaran gara-gara parking hotel tiada. Pelanggan M Boutiqe hotel boleh tarik nafas lega sebab ada parking yang cukup dekat bahagian belakang hotel. 

#5 Sarapan Pagi

Untuk pilihan sarapan pagi, hotel ada sediakan dua pilihan iaitu Asian Style (Restoren Old Town White Café) atau Continental Style (IMYTH Eatery & Bar). Beza dia adalah Continental style memang English Breakfast Style so tak jumpa la nasi lemak. Diah suka Asian style sebab Old Town Coffee. Walaupun breakfast dia tak la semewah hotel-hotel lain tapi cukup la untuk alas perut. 

best M Boutique Hotel Ipoh
Nice dan cosy je M Boutique Hotel Ipoh ni

#6 Staff Mesra Pelanggan Dan Mesra Keluarga

Tiada masalah masa nak check in mahu pun check out. Bilik tersedia on time, sentiasa tersenyum dan pandai explain tempat menarik dekat Ipoh. Baik dari penyambut tetamu sampailah ke pelayan Coffee House. 
Suite Room M Boutique Hotel Ipoh
Bilik Suite M Boutique Hotel Ipoh
M Boutique Hotel Ipoh Family Room
Selesa dan bersih sesuai untuk Family
Dilema yang selalu Diah hadapi bila nak book hotel adalah nak yang kena dengan bajet, bersih dan selesa. Almaklumlah berjalan dengan anak kecil memang pilih hotel yang mesra keluarga. Tujuan utama ke Ipoh pun sebab nak enjoy dekat MAPS. Bila balik hotel nak berehat kena la cari hotel yang sedap mata memandang dan selesa. Jadi M Boutiqe ni memang sesuai sangat dengan apa yang Diah bayangkan. Selamat, bersih, selesa dan privacy terjaga. 

Selamat Bercuti!

2 comments:

  1. banyak tempat menarik di perak rupanya,, hotel ni nampak konsep dark n white tapi tetap cantik view nya

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.