Lokasi Menarik Di Ipoh Patut Anda Kunjungi

By Rodiah Amir - December 24, 2018

Lokasi Menarik Di Ipoh Patut Anda Kunjungi 

Assalamualaikum, hi korang. Diah mula jatuh hati pada Ipoh lepas percutian singkat kami sekeluarga bulan September yang lepas. Oleh sebab Diah rasa Ipoh ni best sebab syurga makanan atau lebih tepat syurga bagi penggemar Kopi maka Diah buat entri khas untuk korang yang nak datang Ipoh tapi tak tahu lokasi yang menarik dekat sana.  

Percutian yang lepas Diah menetap di Hotel M Boutiqe Ipoh dan sempat cover beberapa lokasi tarikan pelancong. In sha Allah ada kesempatan di tahun depan nak repeat lagi dan cuba makanan lain dekat sana. Diah sempat jejakkan kaki Ke Movie Animation Park Studio (MAPS), Gerbang Malam (Pasar Malam), Dataran Ipoh, Halal Dim Sum Greenwood dan juga Gunung Lang. Dua hari memang tak cukup nak pergi semua lokasi yang dicadangkan di internet. Jadi rancang perjalanan anda sebaik mungkin. 


Bercuti Di Ipoh
Lokasi Menarik Di Ipoh Patut Anda Kunjungi


Ipoh trip Itinerary


Diah kongsikan Ipoh Trip Itinerary supaya mudah nak rujuk pada masa hadapan. Setiap kali berjalan juga memang tak sah kalau tak cuba makanan yang terkenal di tempat yang kita lawati tu. Macam dekat Ipoh ni dia memang terkenal dengan makanan yang banyak mendapat pengaruh dari kaum Cina seperti Nasi Ayam, Dim Sum, Mee Daud Mat Jasak, Nasi wanggey, Nasi ganja dan juga aneka pilihan kopi. Sebenarnya banyak lagi tapi makanan-makanan ni la yang paling banyak Diah jumpa sepanjang kami bercuti di Ipoh. Untuk yang beragama Islam mohon alert dengan status Halal kedai yang ingin anda kunjungi ya. 

7 lokasi Terkenal Sarapan Pagi di Ipoh


1. Halal Dim Sum Greentown 
2. Dim Sum (Foh San/ Ming Court/ Yoke Fook Moon)
3. Ipoh Kong Heng Oldtown
4. Xin Quan Fang Curry Noodles 
5. Nam Heong (Ipoh White Coffee), Kong Heng, Tian Chun
6. Ipoh Hollywood 

6 lokasi Terkenal Makan Tengahari di Ipoh

1. Yong Tau Foo (Dai Shu Kok @ Pasir Pinji
2. Hawker Fare (Lake Wooi Kooi Kopitiam, Central/ Wah Pan / Cowan Street
3. Indian Curry Rice (Yong Suan Nasi Ganja, Wanggey  @ Jalan Yang Kalsom
4. Daichau (Wong Koh Kee @ Oldtown
5. Hainan Chicken Rice (Halal) – dekat dengan Klinik Kesihatan Greentown
6. Tasek Raban Restaurant berdekatan dengan stadium

8 lokasi Terkenal Makan Malam di Ipoh

1. Mun Choong Seafood Restaurant
2. Dataran Ipoh Food Truck
3. Rawang Famous Steam Fish (Chinese)
4. Thumbs Café & Karat Café 
5. Konda Kondi Café 
6. Koppeme Café 
7. Miker @ Padang Ipoh 
8. Satay Endut – taman kanak-kanak di belakang Kamdar


Lagi Lokasi Menarik Di Ipoh 


             taman-rekreasi-gunung-lang-ipoh


1. MAPS Ipoh
2. Lost World Of Tambun 
3. Gua Tempurung 
4. Ipoh Heritage Walk (Starting Point Dari Tourism Centre)
5. Gunung Lang
6. Kellie Castle 
7. Han Chin Pet Soo Museum 
8. Kek Long Tong and Sam Poh Tong
9. Perak Tong
10. Shopping Centre (Ipoh Parade, AEON Kinta City, Aeon Klebang, AEON Station 18)
11. Round Ipoh Tour (Old Town / New Town)
12. Mesti beli (Pomelo, Heong Peng, Biscuits, Aunkhenglim Salt Baked Chicken)

5 Lokasi Menarik Waktu Malam di Ipoh 

1. Gerbang Malam (Pasar Malam Near Lou Wong)
2. Hot Spring Di Lost World of Tambun
3. Bukit Kledang Untuk Melihat Pemadangan Cantik Bandaraya Ipoh Pada Waktu Malam
4. Kinta Riverfront Walk (LED Tree & Light)
5. Night Market Di Taman Pertama setiap hari Jumaat

In sha Allah tahun depan akan ke Ipoh lagi untuk khatamkan lokasi menarik yang kami tak sempat nak pergi hari tu. Yang penting satu family memang enjoy trip ke Ipoh. Oleh sebab Diah akan travel dengan anak-anak kecil rasanya next destination Lost World of Tambun kot. Nak kumpul duit nak beli kopi banyak-banyak dan repeat makan Dim Sum. 
Selamat bercuti!

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. waehhh.. bnyk tempat menarik :)

    ReplyDelete
  2. duk pikir nak ke perak jugak tapi taktau apa yang best. thnkyou up blogpost ni, membantu sangat!

    ReplyDelete
  3. Ipoh ni syurga makan banyak geram hii.. yang mana nak bercuti tu rekemen sangat :)

    ReplyDelete
  4. wahhhh. menarik ni.. boleh lah next vacation kita nak pergi Ipoh

    ReplyDelete
  5. Dalam banyak kedai makan tu teringin pula nak cuba dimsum tu, macam best jer

    ReplyDelete
  6. Pernah sampai ipoh sekali pergi hantar adik pratikal kat sekolah kat ipoh tak sempat nak jalan2 pun.. Nanti boleh masuk. List dalan senarai untuk melancong

    ReplyDelete
  7. Ada juga tempat di Ipoh yang Sha tak sampai lagi.. 🤣

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.