Barang Mentah Murah di ST Rosyam Mart Sdn Bhd

Barang Mentah Murah di ST Rosyam Mart Sdn Bhd | Dah dua kali Diah menjejak kan kaki ke ST Rosyam Mart Sdn Bhd. Rupanya dekat je dengan rumah. ST Rosyam Mart Sdn Bhd terletak di Setiawangsa, berdekatan dengan Giant Setiawangsa dan Aeon AU2 Keramat. Rupanya Datuk Rosyam Nor buka pasaraya ni dan bekerjasama dengan syarikat Seri Ternak. 

Diah suka datang sini sebab barang yang di jual dalam tu adalah barangan mampu milik tapi di jual dalam mall yang selesa dan agak mewah. Perasaan dia kalau masuk Cold Storage, tapi dekat Cold Storage harga barang mahal kan? Ha dekat ST Rosyam Mart ni harga barang sesuai la dengan taraf kehidupan Diah yang sedang-sedang ini. 

ST Rosyam Mart Sdn Bhd
Barang Mentah Murah di ST Rosyam Mart Sdn Bhd 

Promosi Ayam RM0.88 Satu Ekor

Entri pasal Rosyam Mart ni dah lama Diah duk peram dalam draf, kebetulan sekarang ST Rosyam Mart Sdn Bhd tengah mengadakan promosi Sale A Bration yang mana ayam di jual pada harga RM0.88 satu ekor terus teringat nak publish. Ayam yang di jual pada harga RM0.88 ni adalah pada 15 DAN 19 haribulan September sahaja sempena Hari Malaysia. Bukan ayam je, barang lain pun di jual pada harga murah juga. 

ST Rosyam Mart Sdn Bhd Setiawangsa
Promosi ST Rosyam Mart
Menurut kakitangan ST Rosyam Mart semua harga promosi hanya lah untuk pemegang kad ahli sahaja. Kebiasaan nya untuk memiliki kad ahli kena buat pembelian RM500 ringgit dalam 1resit tetapi jangan risau pada hari pembukaan 15hb pendaftaran untuk memiliki kad ahli adalah PERCUMA terhad kepada 3000 org sahaja. 

Kuanter pendaftaran di buka dari jam 10pagi hingga 6petang. Sila datang awal bagi mengelakkan kesesakan. Kena bijak rancang nak datang waktu bila untuk berbelanja dan jangan la risau ST Rosyam Mart ni di buka 24 jam. 

Selain daripada jualan besar-besaran, pada 14 sehingga 16 september 2018 ST ROSYAM MART turut mengadakan serta "FOOD SAMPLING" oleh Vendor yang terpilih. Sebanyak 36 KIOSK telah di sediakan untuk pelanggan merasai PRODUK-PRODUK TEMPATAN. Yang ni Diah suka. Salah satu cara ST Rosyam Mart membantu peniaga-peniaga IKS. 

Pendaftaran Ahli ST Rosyam Mart Sdn Bhd

Macam Diah terangkan dekat atas tadi, untuk menjadi ahli kena berbelanja sebanyak RM500 dalam satu resit baru layak tapi sempena promosi ni ST Rosyam Mart telah bermurah hati menawarkan keahlian secara PERCUMA bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam sahaja pada 15hb hingga 17hb September 2018. Kena bawa kad pengenalan sahaja. Baru boleh shopping pada harga murah ya. 
Pasaraya Bersih dan Besar

Apa yang Diah suka bila datang sini ialah pasaraya ni bersih dan besar. Selesa sangat kalau nak datang beli belah. Kalau dari luar sebelum masuk lagi dah nampak mewah dan gah tapi jangan risau sebab barangan yang dijual pada harga mampu milik. 

Apa yang Diah perasan masa di sana, sempat la tengok troli orang lain, penuh dengan barang-barang orang nak berniaga makanan macam meat ball dan sosej. Kiranya, murah la kalau dibandingkan dengan tempat lain. Yang seronok dekat sini, makanan mentah macam udang,sotong, ketam, dan makanan laut dekat sini dijual dengan murah dan banyak pilihan. 
ST Rosyam Mart Sdn Bhd Sayur murah
Dibuka 24 jam
Syurga Penggemar Keju

Selain barang mentah dan sayuran, ST Rosyam Mart adalah syurga untuk penggemar keju. Keju parut, keju bongkah, keju hiris dan pelbagai jenis keju boleh di beli dekat sini. Ada beberapa peti ais yang dipenuhi dengan keju. Teruja tengok keju yang ada. Walaupun ST Rosyam Mart ni di buka 24 jam tapi setiap kali menjejak kan kaki ke sana orang memang padat. 

ST Rosyam Mart Sdn Bhd keju
Cheese Dalam Cerita Tom and Jerry

Keseluruhan nya, ST Rosyam Mart ni tempat memborong barang mentah yang murah, tempat yang selesa, banyak pilihan, kakitangan yang mesra pelanggan dan anggota RELA yang bertugas depan pasaraya ST Rosyam Mart pun sangat-sangat membantu. Tak sombong. 

2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.